Tuesday, October 30, 2012

FIRST DAY OF FINAL EXAM

ASSALAMUALAIKUM

It's my first day of final exam. Everything runs smooth. The question that I have answered was not really tough. Tapi aku takda keyakinan. Aku tertanya-tanya, betul ke apa yg aku jawab tu. diterima ke? Ya Allah.. Aku harap betul lah. Aku taknak failed. Aku dah cuba yg TERBAIK rasanya. Subjek tu yg paling aku lemah sekali sebab, grammar kan macam matematik yg perlukan banyak latihan dan jawapan dia pulak kekal. Jawapan lain tak terima. It is either you get marks or ZERO. Haraplah aku lulus dgn jayanya paper Language Description ni. 

Sehari dua sebelum final, macam-macam yg terjadi. It involves everything.. persahabatan.. pelajaran.. dan semualah. Macam2 masalah yg akhirnya aku sendiri pun tak mampu nak tampung. Macam2 yg aku takutkan. Kesannya, aku sendiri rasa depressed dgn semua masalah yg aku hadapi.  Aku takda keyakinan nak ambil exam. Keliru. Buntu. Fikiran ke lain. Apa pun ke lain. Dan akhirnya aku menangis. Bukan tanda lemah. Tapi terlampau banyak menanggung kesalahan. Susahlah nak cerita dkat blog ni. Yelah, bukan semua benda yg boleh diceritakan. Lagi-lagi perkara yg selalu bermain di fikiran aku ni.

Takpelah, yang penting sekarang aku dah okay. Esok adalah paper Language Development. Doakan saya supaya sentiasa beroleh ketenangan ketika menjawab. Terima kasih :).

Monday, October 15, 2012

DEBARAN FINAL EXAM KIAN TERASA


ASSALAMUALAIKUM

Seperti yg sedia maklum oleh diri aku sendiri, Final exam betul2 dah dekat. Dalam 2 3 minggu lagi. Takut? Mestilah. Gila apa tak takut. Tahu tak dah nak dekat 2 tahun aku tak exam pape? Pastu tetiba baru nak start exam. Memang something yg gelabah jugak lah. hmmm..  Taktahulah. nak cakap pasal preparation nak menghadapi final exam ni, tak prepare sangat pun. Macam biasalah. Aku tak boleh nak study awal2 camni. Macam2 halangan, dugaan berserta rintangan yg dihadap. *padahal malas sebenarnya*. Nak kata malas yg sangat tu takda lah jugak. Tapi memang habit. Dari sekolah rendah tak pernah study awal. Biasanya malam nak exam tu lah pulun sampai tak tidur bagai. hahaha. 

Aku tengah takda keyakinan ni, English bukan lagi subjek yg senang bagi aku. Bila dah ambil TESL ni, rasa macam hazab. susah kemain. Rasa menyesal pun ada. Tapi mestilah kena teruskan. Sebab itu jalan yg aku telah pilih. Nak berputus asa di tengah jalan memang tidak sama sekali. Tapi tu lah, Kadang2 rasa macam putus asa juga. Aku ni takda lah pandai macam orang lain. Lagi2 bab grammar ni. Memang lemah betul. Tapi setelah banyak latihan yg dibuat aku rasa macam takda lah susah sangat. Atau sebenarnya aku yg kurang buat latihan ni? Mungkin juga. 

Sebelum final ni macam sesak juga. Macam2 event ada, Minggu Kesenian Islam. Bulan Bahasa. Pastu aku memang jadi mangsa yang kena buat poster, banner semua tu. Kahkah. Nasib badan. Aku dah muak sebenarnya buat poster ni. Design aku pun semakin hambar rasanya. Kejap, bawah ni ada lah sikit poster yang aku buat untuk kedua-dua event tersebut. 




Mengikut adalah bebanan-bebanan yg telah berjaya aku selesaikan -.-" . Agak banyaklah jugak masa yg aku spend untuk buat benda ni. Susah kot. Nak fikir idea bagai lagi. Maklumah. Aku ni bukanlah professional mana pun. Edit pun macam apa je entah. 

Berbalik kepada topik asal, Final exam!. Aku tak suka buat notes. Sebab aku takut aku hampa. Buat nota banyak2. Tapi takda pun masuk exam nota yg aku buat tu. Taknaklah. Takut kecewa. Baik baca soalan2 yang dah diramal camtu je. Ya Allah. Serious nervous gila nak exam ni. Aku harap aku mampu lakukan yg terbaik lah. Aku taknak kot mengulang. Scary. Nightmare. Macam2 lagi. Tak sanggup. Sumpah tak sanggup. Aku harap aku akan berjaya buat yang terbaik dalam final exam tu. Sekian terima kasih pembaca :)

Sunday, October 7, 2012

KETAGIHAN TERHADAP INSTAGRAM MEMBAHAYAKAN


ASSALAMUALAIKUM

Bersua kembali kita setelah sekian lama tak dengar berita. Amboi. Kali ni bukan nak cerita pasal apa sangat pun. Cuma nak bagitahu yang aku dah addicted sangat rasanya dengan instagram ni!. Satu benda yang aku suka pasal instagram ni adalah Photo Effect dia yang telah disediakan. Super nice! Vintage gitu. Berbincang mengenai instagram ni, seperti yang kita semua sedia maklum, benda ni ada dkat handphone jenis Android dgn Iphone je. Blackberry dgn yg sekutu dgnnya jangan sedih eh. Takpa, nak sedih jugak aku ada tisu ni. Boleh lah lap buat lap hingus. har har har 

Aku sendiri pun mana ada Android. Secara jujurnya, aku boleh addicted dgn menda ni sebab aku pinjam kawan aku punya Tab dengan Android phone je. Aku pinjam depa punya gadget untuk sign up sendiri akaun instagram kerana menyedari ketidak mampuan aku dalam memiliki smartphone. Kahkah. Pastu, sekali upload gambar memang banyak lah kan. Bila lagi nak upload. 
Antara gambar yg gua berkenan : 







Ahhh banyak lagi sebenarnya! hahaha. Pictures tell everything. Sebab tu aku suka tangkap gambar apa2.
Kalau boleh setiap benda yg aku buat, semua nak instagram. Follower semua tu tolak ketepi dulu. I'm on instagram not to please others. Kalau tak suka takpayah tengok pun takpa instagram aku tu. Aku bukannya aktif sangat pun sebab takda semakphone katanya.

Walau apa pun, Korang tahu tak yang korang boleh access instagram ni melalui web jugak? I mean, nak check gambar semua tu? Tahu kan? Kalau tak tahu, meh sini nak ajar kejap. HEHE. Disebabkan aku takda android untuk mengakses instagram setiap masa, so.. kekadang aku guna web untuk tengok gambar2 lain yang orang lain insta menggunakan website,


Buka je website tu okay. Senang jugak, ada feed, photo semua. Cuma tak boleh nak upload pic guna pc jelah. Selain itu semua ada. hehe. Akhir kata, Majulah instagram untuk negara! kahkah 

Snapshot daripada web.stagram.com . hehe
Follow me on Instagram : SyedGraphiX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...