ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang semua. Harini nak cerita pasal JPP atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Dia kira macam pengawas lah. Eh yeke? tak kot. Tanggungjawab dia macam lebih sikit because semua event apa semua terletak dekat tangan ahli jawatankuasa ni nak buat apa. *kalau salah mohon betulkan*. Cerita dia macam ni, Untuk JPP pada tahun ni, tetiba aku buat keputusan untuk bertanding sebagai calon JPP IPG KBA. Mula-mula tu, aku macam tak kisah pun pasal JPP ni semua. Lantak engkorang lah nak bertanding ke apa. I will stay away from far and just ready to vote when the time comes. But then, bila dah di 'brain washed' rasa macam tertarik pulak nak join JPP ni.
Bukanlah 'brainwashed' mana pun, tapi sort of la. Ada sorang mantan jpp sesi 2012/2013 ni dia cerita lah pasal pengalaman dia sepanjang dia menjadi JPP. Lepastu, cerita la advantage semua tu, so cerita dia tu macam menarik aku untuk mencuba nasib walaupun belum tentu aku akan dipilih ke tak oleh orang ramai. kahkah. So, dengan mengambil langkah yang drastik, aku pun terus mengisi borang pencalonan wakil JPP ni. Undian dia pula pada hari ISNIN ni. Berdebar-debar jugak lah rasanya sebab aku ni takda lah terkenal di kalangan pelajar-pelajar kat sini. Entah boleh menang ke tak kita tunggu jelah. :)
And this is the poster that I have designed. Malu nak berkempen sensorang. So, kumpul semua dalam satu poster. haha. Aku rasa poster ni quite nice lah. Dia nampak macam lebih professional and "Striving towards Excellence" punya moto tu macam kena dgn background yang dah aku gunakan ni..
Aku nak janji apa-apa tu takdelah sangat kalau aku menang bertanding, Tapi.. Kalau lah aku jadi JPP, aku nak jadi Exco ICT. Aku nampak lah juga apa yang aku boleh sumbangkan. Sekarang pun ramai org yang mintak aku buatkan design semua ni.. so, expertise aku dalam bidang ICT ni mungkin merupakan advantage aku kalau nak dapat jadi exco ICT tu. Tapi, Entahlah. Tu pun cerita dia kalau menang lah. Jadi exco ICT ni macam tak susah mana kot. Kalau nak buat aktiviti yang berkenaan ICT ni pun ada la juga idea sikit2. Nak buat bengkel jana pendapatan daripada blog pun ok juga. Pastu invite lah blogger-blogger yang famous yang bagi ucapan. Tu pun kalau lah ada yang nak attend.
Tapi benda tu semua aku rasa perlu tolak tepi dulu. Memang aku kena optimis dengan benda ni, tapi kalau rancang awal-awal ni sedangkan keputusan menang kalah aku pun tak tahu lagi takut sia-sia je. So, better diamkan jelah dulu. Dan kalau student IPG KBA percaya apa yang aku mampu sumbangkan, mestilah diorang vote. Kalau diorang tak kenal dan meragui dengan ciri-ciri kempimpinan yang ada dalam diri aku, mungkin bukan rezeki aku untuk kali ni :) . Adat bertanding, ada kalah ada menang. Kalau ada yang nak vote, jangan lupa vote "Syed Abdul Hakim" . Miahahahah bye. Terima kasih kerana membaca :)
4 comments:
nak pangkah kat mana ni? aku tak rosak undi/ muahahaha
semoga berjaya Syed :-)
@fyy mokhtar Pangkah kat kertas ler. Nanti kita pagi. kahkah
@Hans Thanks hans! :)
Post a Comment