ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya berada di dunia ini untuk membuat kebaikan serta memperbaiki kesilapan saya yang lalu. Entry kali ni just nak cerita bahawa minggu ni merupakan minggu yang sibuk gilaaaaa... yeah sometimes I feel like a robot. I need to do this, need to do that.. Everything need to do in one time. So, dia punya penat memang tak terkata. Sebagai contoh, sekarang ni aku tengah ada 4 assignment yang belum siap lagi. 4 assignment ni jugak dia punya submission date dia semua lebih kurang je dekat. Lepastu, tak cukup dengan assignment yang menimbun macam gunung everest, ada pulak Kejohanan Olahraga Tahunan. Seperti biasa, aku akan masuk kawad. Kawad pulak waktu latihan dia petang dan malam setiap hari. Sebab masa dah tak cukup and ramai yang kawad tak ingat step semua. Terpaksalah buat latihan tiap hari.
Setiap kali lepas kelas biasanya dapat baring-baring atau tidur.. Tapi sekarang nak tidur pun jangan haraplah. Setiap hari ada aktiviti. Maka. akan tidur pukul 2. Time tu memang penat macam nak meletup dah otak ni rasanya. Tapi kalau sebelum tidur tu sempat buat assignment sikit-sikit rasa penat tu takdelah membebankan sangat. Kira macam okayyyyyy lah. Aku perlukan 2 minggu lagi untuk semua ni berakhir. Lepas semua ni berakhir, insyaAllah nak tarik nafas panjang-panjang sebab masih hidup lagi bernafas di bumi milik-NYA ini. Harap diri ini sentiasa cekal dalam menghadap assignment yang menimbun dan bebanan-bebanan kerja yang lain. Fuhhhhhh *tarik nafas panjang-panjang*. Terima kasih :)
1 comment:
okay la tu busy :-)
Post a Comment