ASSALAMUALAIKUM
Sebagai pengenalan, aku bukanlah penggemar makanan korea, jepun dan seangkatan dengannya. Aku juga bukanlah gemar mengunjungi restoran-restoran seperti Dubu-Dubu dan Sushi King ni. Bapak lah tak suka aku nak pergi restoran camni. Bak kata orang, tekak ni lalu je dekat kedai depa tuu dah kembang dah. HAHA. Tapi entah angin laut mana entah yang datang meniup aku tetiba je pergi makan Sushi King 2 hari yang lalu iaitu pada 24 April 2013. Secara peribadinya, agaklah tersangat kekok time masuk Sushi King ni. Macam rusa masuk kandang. Tak pun macam orang dari kampung mana tah masuk sushi king. Dah la pakai chopstick tak pandai. Haaa amik. Mampu kau makan sushi pakai tangan?.
Sebenarnya, bukanlah aku memang berniat daripada awal nak pergi Sushi King ni. Cuma kawan aku ada tengah makan-makan dekat situu.. So, sebab tak tau nak pergi jalan kemana lagi.. singgah jela kat sushi king ni. haha. Mula-mula tak beli pun. Jamah diorang punya je sikit-sikit. Lepastu, bila makan Ayam yang nama dia tah hape tah tu.. tetiba rasa macam sedap pulak. So, order lah semangkukkk...
Ni lah dia bendanya. Aku tak tau nama menda ni apa. Tapi ada laa bunyi dia macam "todorokooo.." tak ingat lah. hhahahah. Cicah dengan sauce kaler hitam tu sedap wei. Yang ni je yang boleh masuk tekak aku rasanya. Yang lain tu macam. Errrr fikir 10 kali dulu nak masuk mulut. hahaha
Yang ni pulak kira lebih kurang macam mee sup lah. HAHA aku tak tahu nama dia. Jangan tanya aku. Benda petak tu yang atas sudu tu pun aku tak tahu apa. Dah try gigit sikit. Tak sedap. Blerghh
Sup ni nampak je cantik. Ada bentuk "love" gituuu.. Tapi rasa dia entah laaa tak sedap pun. HAHAHA. Aku tak suka bau dia, rasa dia... semua lah. Sekali rasa macam ada rasa benda salai-salai. Rupanya sea weed. Makan 2 3 sudu je takleh nak masuk lagi dah lepas tu. ahaha
Haaaaa.... SUSHI! Rasa diaa... kalau cicah dengan sauce dia okay lah. Tapi, bila dah hilang rasa sauce dia tu... Aku rasa dia punya Salmon yang mentah ni rasa macam nak muntah. Aaaaaa mmg takleh makan T.T
Salad apa tah nama dia ni! hahaha tapi sayur mmg tak lah aku nak telan. Tak sedap T.T . Ayam tu je okay. Boleh laa kalau setakat nak masuk mulut. hehehe
Depa semua ni lah yang mendorong saya dalam usaha menghabiskan sushi dan menjamah setiap juadah yang tersedia tu. AHAHA. Sebenarnya aku teruja tengok sushi bergerak-gerak kat tepi tu. Sistem cara dia bagitahu harga pun unik. Pakai colour-colour bagai. okay... So, sebagai kesimpulan dia.. tekak aku takleh nak digest lagi sushi-sushi ni. Tapi kalau setakat Ayam kat Sushi King ni boleh laaa nak ajak aku makan. Sentiasa sedia berkhidmat. hahah. Sekian terima kasih. bye :P