Friday, April 26, 2013

FOOD REVIEW : SUSHI KING. FIRST TIME MAKAN SEBENARNYA. KAHKAH


ASSALAMUALAIKUM

Sebagai pengenalan, aku bukanlah penggemar makanan korea, jepun dan seangkatan dengannya. Aku juga bukanlah gemar mengunjungi restoran-restoran seperti Dubu-Dubu dan Sushi King ni. Bapak lah tak suka aku nak pergi restoran camni. Bak kata orang, tekak ni lalu je dekat kedai depa tuu dah kembang dah. HAHA. Tapi entah angin laut mana entah yang datang meniup aku tetiba je pergi makan Sushi King 2 hari yang lalu iaitu pada 24 April 2013. Secara peribadinya, agaklah tersangat kekok time masuk Sushi King ni. Macam rusa masuk kandang. Tak pun macam orang dari kampung mana tah masuk sushi king. Dah la pakai chopstick tak pandai. Haaa amik. Mampu kau makan sushi pakai tangan?. 

Sebenarnya, bukanlah aku memang berniat daripada awal nak pergi Sushi King ni. Cuma kawan aku ada tengah makan-makan dekat situu.. So, sebab tak tau nak pergi jalan kemana lagi.. singgah jela kat sushi king ni. haha. Mula-mula tak beli pun. Jamah diorang punya je sikit-sikit. Lepastu, bila makan Ayam yang nama dia tah hape tah tu.. tetiba rasa macam sedap pulak. So, order lah semangkukkk...


Ni lah dia bendanya. Aku tak tau nama menda ni apa. Tapi ada laa bunyi dia macam "todorokooo.." tak ingat lah. hhahahah. Cicah dengan sauce kaler hitam tu sedap wei. Yang ni je yang boleh masuk tekak aku rasanya. Yang lain tu macam. Errrr fikir 10 kali dulu nak masuk mulut. hahaha


Yang ni pulak kira lebih kurang macam mee sup lah. HAHA aku tak tahu nama dia. Jangan tanya aku. Benda petak tu yang atas sudu tu pun aku tak tahu apa. Dah try gigit sikit. Tak sedap. Blerghh


Sup ni nampak je cantik. Ada bentuk "love" gituuu.. Tapi rasa dia entah laaa tak sedap pun. HAHAHA. Aku tak suka bau dia, rasa dia... semua lah. Sekali rasa macam ada rasa benda salai-salai. Rupanya sea weed. Makan 2 3 sudu je takleh nak masuk lagi dah lepas tu. ahaha


Haaaaa.... SUSHI! Rasa diaa... kalau cicah dengan sauce dia okay lah. Tapi, bila  dah hilang rasa sauce dia tu... Aku rasa dia punya Salmon yang mentah ni rasa macam nak muntah. Aaaaaa mmg takleh makan T.T


Salad apa tah nama dia ni! hahaha tapi sayur mmg tak lah aku nak telan. Tak sedap T.T . Ayam tu je okay. Boleh laa kalau setakat nak masuk mulut. hehehe



Depa semua ni lah yang mendorong saya dalam usaha menghabiskan sushi dan menjamah setiap juadah yang tersedia tu. AHAHA. Sebenarnya aku teruja tengok sushi bergerak-gerak kat tepi tu. Sistem cara dia bagitahu harga pun unik. Pakai colour-colour bagai. okay... So, sebagai kesimpulan dia.. tekak aku takleh nak digest lagi sushi-sushi ni. Tapi kalau setakat Ayam kat Sushi King ni boleh laaa nak ajak aku makan. Sentiasa sedia berkhidmat. hahah. Sekian terima kasih. bye :P

8 comments:

luqman zakaria said...

nmpk mcm sodap..tp tak pernah terai..pernah sekali member ajak..tp xmau try..hehe

NARDtheNERD said...

sedap la sushi....
:)

Honey Daa said...

shushi ni ada yg menepati selera tekak org melayu, ada yg tak. kena pandai2 pilih. mcm sy selalu pilih yg shushi bergerak tu. ambik yg agak2 mcm boleh dimakan. yg salmon tu mmg x sedap makan mentah2. eeuuww. ok itu aje. hehe :D

penaberkala said...

aku pun tak pernha lagi makan sushi
masuk ke sushi king lagi la tak pernah

Bahrain Ramlan said...

dulu ada teringin nak makan kat kedai sushi tpi ragu2x tntg halal, ikut tempat kot, kt tempat aku takde tmpal halal. so tak jadi makan, makan sushi dulu pernah sekali kat hotel itupun ada majlis kawan buat, rasa dia buat aku rasa loya, mmg tak sedap lgsg..hahaha

Cuttie Little Iera said...

Sushi smmgny sdp klo suh abiskn smua plate tu pun xper... Suka gler mkn sushi..dlu bila tgk kmbar mkn sushi mcm plek jer.. Tpi lpas da cube.. Kemba plak yg akap kau xjmu ke mkn sushi..

Cuttie Little Iera said...

Sushi smmgny sdp klo suh abiskn smua plate tu pun xper... Suka gler mkn sushi..dlu bila tgk kmbar mkn sushi mcm plek jer.. Tpi lpas da cube.. Kemba plak yg akap kau xjmu ke mkn sushi..

Cik Iman said...

eh salad ayam tu dia tak bagi sos ke? Cik Iman baru je makan salad tu ada sejenis sos pekerja tu bagi. Serious sedap makan dengan sayur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...