Thursday, May 1, 2014

6 GAYA HIDUP SEORANG PROCRASTINATOR. ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA?

ASSALAMUALAIKUM

Harini, nak cerita sikit pasal tahap-tahap seorang procrastinator. Engkorang tahu kan apa itu procrastinator? Kalau ada kanak-kanak bawah umur baca entry ni and tak tahu apa itu procrastinator or procrastination, meh sini abg nak enlighten sikit ke engkorang. Procrastinator seseorang yang suka tangguh-tangguh keje, manakala procrastination tu pulak ialah penangguhan kerja itu sendiri. Faham? Kalau faham cakap "Fahammm cikgu!" heh. Maka, meh kita teliti gambar kat bawah ni untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas. 


Stages of procrastination ni ada 6. Meh sini cikgu nak hurai satu-satu okeh? 

1. False Security
Setiap kali dapat assignment dari lecturer, mesti tengok dateline dia dekat task sheet tu. Maka hati pun berkata "Elehhhh lambat lagi. Lekluuu sapkok luuu". Konon-konon rasa secure lah lambat lagi dateline padahal pejam mata bukak mata esok dah kena hantar. Padan muka engko!

2. Laziness
Kadang-kadang bila dah nak sampai duedate untuk hantar esaimen tu, ada la sikit terlintas nak buat sikit-sikit. At least I should work on it about 40%. Tapi selalunya tak pernah berhasil pun dek kerana MALAS and selalu rasa macam awal lagi nak buat.

3. Excuses 
Manusia ni memang penuh dengan alasan. Ada saja alasan yang diberi bila nak mula buat assignment. Antaranya "Alahhh ada meeting lah weh malam ni. Camna nak buat?" "Alaaaa tutorial task yang haritu pun aku tak siapkan lagi" "Wehhhh sumpah penat gila harini sebab tak sempat nak tidoq petang tadi. Camna nak buat esaimen ni??". Berikut merupakan serba sedikit alasan-alasan yang cliche yang aku selalu buat. Padahal tidur lambat juga taktaulah aku buat apa. haha!

4. Denial
Bila esoknya nak hantar esaimen mula lah in-denial. Rasa macam "Elehhhh banyak lagi masa. ada 20 jam lagi sebelum hantar esaimen. So, buka pesbuk dulu ah. haha" . Padahal tu semua nak sedapkan hati je. Dalam hati kemain risau lagi. Maka terpaksa lah tak tidur for the whole day untuk siapkan esaimen.

5. Crisis
Bila dah buat esaimen last minit tu kan... Faham-faham lah. Mesti ada crisis. Ada je something comes up. Contohnya, time nak print ink habis la, kertas tersangkut la, eletrik takda lah, kertas A4 dah habis lah. Masalahnya kalau time tak buat esaimen tu tada pulak jadi perkara-perkara macam tu. hahaha. Lepastu, konon-konon dah serik dah nak buat kerja last minut. Siap berjanji dengan diri sendiri tanak buat dah camni. Susah paya ja tidur lambat semua. Markah pun belum tentu tinggi...

6. Repeat 
Tapi berazam tu sekejap je tahan.. tak lama lepastu still repeat balik perkara yang sama. Masih buat kerja last minute..... hahahha ok inilah dia gaya hidup seorang procrastinator. Adakah anda tergolong dalam kalangan berikut? Kalau ya, kita geng! hihihi :)

1 comment:

Anonymous said...

How to end this evil habits?? Hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...