Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Eh iklan percuma di bilatergigithalia.com


ASSALAMUALAIKUM

Nampak tak header kat atas ni? nampak?? header ni kepunyaan EmanTheHalia. Tujuan aku tepek header dia dkat entry ni sebab nak join dia punya segmenn.. nama segmen diaa.. ermm.. ruangan Iklan percuma di Bilatergigithalia.com untuk anda.. *ehh, ni segmen ke wei? hahaha* . Mengikut ape yang eman ni cakap.. diaa ada 3 ruangan iklan je yg percuma ...so,aku rasa..pemilihan berdasarkan entry yg kreatif dan yang pandai kipas-kipas tuan punya belog akan dipilih untuk beriklan di blog eman yang jambu tu! wuuhuu~! (bodek)

So, kalau korang nak join dan beriklan di blog eman halia ni.. korang kena ikut syarat2 dkat blog dia tu dulu.. Then kena jawab soalan ni "Tulis dua benda yang korang tak boleh lupa fasal blog ni (pastikan menarik dan pandai2 la bodek)." 

Okayhh, So, benda yang aku takleh lupa pasal blog eman ni adalah gambar pada setiap entry. Aku rasa benda ni yang paling menarik.. Sebab design-design dia cool kot mengikut setiap topik yang diketengahkan.. memang sangat sesuai dan nampak sangat profesionalisme.. . antara contoh-contoh 


ARGHHH>.< . mula-mula aku nak bagi contoh banyak2 tau takk. tapi..ermm. internet slow gila laaa. nak loading pun makan masa bebb. so, aku bagi satu je laa... aku tgk setiap gmbar dkat entry eman ni.. sangat kemas dan menarik perhatian.. so, bilaa everytime dia tweet atau ping entry dia dekat FB aku dah terbayang gmbar ape yg dia akan letak untuk topik-topik tertentu yang akan dia utarakan.. menarik bukan? :)

2nd, ape yang aku takleh lupa lagi ialah nama HALIA tu sendiri..

Bila aku teringat kat halia je.. msti aku ingat kat eman! eh takk. msti aku ingat dkat blog eman. HAHA. even kengkadang aku pergi dapur nampak halia pun aku teringat bilatergigithalia.com. Lepas tu.. aku teringat VLOG dia pulak.. vlog dia yang pasal kenapa nama blog dia bila tergigit halia tu .aaaa...asal aku tetiba teringat vlog dia nihh! haiihh..Pendek kata... nama dan identiti blog eman ni mmg da ckup memberi impak yang kuat dah kepada blogger lain untuk mengenali blog bilatergigithalia ni..dahhh la unikk...template plak menarik... ditambah plak dengan owner yg hensem dan jambu! wuahhhaa .. lagi ape lagi ehhh... taktau da ni.. aku tak reti nak kipas lelebihhh nih! kah kah kahhh.. okbai! sape nak join click je dkat sini .


p/s : sape beb nak kasi pengiklanan free dkat blog! ahaha. da la blog dia #retis 

Saturday, May 14, 2011

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru


ASSALAMUALAIKUM CIKGUU!!!
"WAALAIKUMUSSALAM DUDUK YE MURID2"

Hai koranggggggg!!. di pagi hari yang indah bertemankan secawan air batu kosong di tepi aku , aku menggagahkan diri untuk menaip entry ini kerana sebenarnya..aku tak tido lagi ni.. aku tido semalam pun dah lambat. kul 4 pagi. pastu bangun pukul 6 pagi. gilaa. smpai skarang tak tido lagi.. tapi aku cool je kan ? ok macehh cakap aku cool :) .Aku tertarik dengan segmen yang dianjurkan oleh abam zik*gila gedik abam* HAHA..Nak tau kenapa aku eksaited gila nak join segmen dia nih? mesti la sebab aku nak jadi cikgu! LOL. jangan gelak. aku tau aku berbakat untuk menjadi cikgu harapan negara. kau jeles kann kann? .

So, tujuan segmen ni dibuat.. dia suh aku sambung ayat yang dia kasi je.. ni haa.. Kalaulah saya seorang guru...kan best kalau soalan time aku temuduga IPG dulu dia tanya macamni. hahhahaa. baru lah aku boleh jawab dengan lancar. kan kannnn..okeh jom tgk ape yg aku buat kalau aku seorang guru.. :)
1) Nak dressed up kasi tak hengattt
- Penampilan adalah sesuatu yang penting bagi seorang cikgu..bukan bagi seorang cikgu je. bagi sesiapa saja lah kan. kadang2... melalui pemakaian kita.. orang boleh bagi andaian kat kita.. yang kita ni jenis yang macamane.. kemas ke tak..selekeh ke.. pengotor ke.. tak mandi ke.. and so on lahh.. so, bagi menampakkan ke-kredebiliti aku sebagai seorang guru harapan bangsa.. setiap hari aku akan jaga gila lahh penampilan aku.. *ayat nak lebat aku ni* 
2) Tak tido menunggu detik 16.5. LOL
- Ni lagi satu perkara yang best bila bergelar seorang guru. HAHA. apa dia? mestilah hari guru! kalau aku jadi guru nanti kann.. bila dah nak sampai je 16.5 aku siap pesan kat diorang suh diorang beli hadiah banyak-banyak untuk kasi kat aku. HAHA. boleh tak macamtu? Pastu, mesti lahh hari tu bakal menjadi hari yang paling istimewa dalam sejarah hidup seorang cikgu.. Kalau macam hari biasa.. mengajar mengajar dan mengajar. ya! tak dpat dinafikan, memang la tugas seorang guru tu untuk mengajar.. tapi, ye lah kan.. kadang tu.. nak jugak rutin yang lain selain dari tu. keh keh. oleh itu, bila tiba je 16 May.. macam2 aktiviti dah dirancang.. tak mengajar la aku sehari! yayy! XD
3) Boleh ajar anak-anak. *erkkk
- Yang ni penting ni!  bila kita dah jadi guru kann.. boleh la kita turunkan ilmu yang kita ada dekat anak anak...sampai bila aku nak hantar anak aku dekat tempat tuisyen or orang laen.. padahal aku sendiri boleh ajar kan? walaupun aku tak dpat ajar semua subjek..but, at least.. aku still ada masa dengan anak-anak aku untuk ajar dia walaupun sikitt...
Aku ajar anak aku update blog. HAHA
4) Nak jadi guru cemerlang setiap tahun . boleh?
- Aku ni kan attention seeker. HAHA. so, mesti lah angan-angan aku kasi tinggi punya...aku kalau boleh nak jadi cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang u know!? .. Setiap subject yang aku ajar tu,.. aku akan pastikan aku punya anak murid score A. then, secara tidak langsung... aku akan menaikkan nama sekolah aku. tak gitu? pastu..nanti, mesti akan ada offer utk mengajar di sekolah yg lebih bagus. . dan gaji pun dia up lagi. hahaha....

Okay lahh, dah cukup 4 =P. Actually. point yang aku bagi ni bukan betul sangat pun. sila jangan percaya. aku nak jadi cikgu yang betul2 ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid beliau.. dan sudah pasti, tidak mengharapkan sedikit pun balasan terhadap apa yang aku buat..bahkan jugak ganjaran.. aicehh. aku jawab soalan kat atas ni ada macam cikgu tak?..hehehe. kalau korang nak join join jugak kann.. nah.. just click kat sini ... 

*perasan tak yg tulisan aku dah besar? hehe

Monday, April 11, 2011

SEGMEN : DIY [DIY tu ape???]



Assalamualaikum.. ehh ehh, pelik x asal tetiba je ade muke mamat ni kat atas? hahaha. aku pn pelik.. ttibe je tertampal header mamat ni dkat blog aku .. errr.. ahh, dahh.. aku x nak teruskan hipokritasi aku. kah3. Actually.. aku tampal header mamat ni dkat entry aku ni...adalah bertujuan untuk join segmen dia yang bertajuk
 SEGMEN: DIY!  DIY! tu ape? aku pun taktau! XD
Aku dikehendaki menjawab soalan2 yang ditujukan di bawah tanpa berfikir dan secara spontan! menarik kan?? ok.. jom kita tgk soklan ape yang bakal di tanya! :)

Aku seorang yang sangat HIPOKRIT. so, kalau ko dgr ape yg aku ckap.. jgn dok pcaye sngat. sebab, ade kebarangkalian aku hanya berpura-pura XD

Seorang yang tak boleh makan nasi kalau x de sambal or anything yang pedas! Nak pulak kalau gi rumah orang yang masak x pedas langsung.. errr.aku gi petik lada kat halaman umah dia untuk makan.. *cool x saya?? XD

Aku FOBIA dengan kamera. aku maluu..tapi, ahh. aku dulik apa.. still nak NIKON D90!
Berketinggian 176CM dan berat sebanyak 58KG *sila panggil aku lidi*

Aku kuat makan.. tapi, aku rasa nak sepak2 je diri aku bila aku makan then, x reti nak naik2 berat badan.. haiihh..

Aku seorang yang pemalu...serius x tipu..ko nampak je aku kepochii dalam blog. tapi kat luar. .demm. shy shy cat kot..

Addict gila terhadap designing ni...and, nak berterima kasih dkat mamat dkat myspace dulu.. time aku fom 1.. dia kerek gila.. aku tanye dia edit gmbar camne.. x balas doh aku tanya.. konon professional lah tu.. tapi, sekarang. HAHA. aku da boleh edit sendiri..thx kerana bg aku smngat nak minat designing ni :)

Aku tak putihh. aku gelap.. So, pleeeaase  take note yang gmbar2 aku dkat FB n blog yang aku upload.. semuaa gmbar edit lighting tu.. JANGAN TERPEDAYA okay? 

Lebih suka menghabiskan waktu didepan lappy berbanding hanging2 x tentu pasal kat luar tu... x de keje aihhh..

Aku lahir 12 hb April dekat Hospital MENTAKAB. Sila bagi aku NIKON D90 ye esok =P

Alhamdulillah
InsyaAllah
Sengal lahh ko
Sakai gilaa
demm demmm
Hai awakkk..
Assalamualaikum..
Sombong gilaa
Nitee
'Lah'

Pertama kali aku buat doodle
Pertama kali aku teringin nak pakai iPhone 4
Pertama kali aku rasa nak NIKON D90 as my present!
Pertama kali aku rasa teringin nak pakai kasut SUPRA
Pertama kali aku naek kapal terbang AIR ASIA
Pertama kali aku pergi gathering dgn blogger dkat E-Station CAFE
Pertama kali aku teringin nak bawak kete BMW
Pertama kali aku dapat beli kasut NIKE
Pertama kali org panggil aku yg itam ni 'jambu'
Pertama kali aku rasa aku buat entry sepanjang ni XD


Seee? aku da berjaya habiskan semuaa soalann! korang bila lagi? kalau rasa nak habiskan soalan macam aku jugakk.. jom laa. CLiCK je dkat LINK dkat bawah ni yeee :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...