ASSALAMUALAIKUM
Nampak tak sekumpulan lelaki di atas?ok, kalau nmpak cuba cari mana satu aku? nampak tak? kalau nmpak mmg korang tipu. haha. Aku yang tangkap macamane la aku nak ade kat situ, haiihh. macam biasa laa. kalau ada orang yg ramai-ramai camni. kat ner lagi klau bukan gathering kan!. yess! GATHERING. Ohhhhh, sangat tak percaya aku yg pemalu ni gi gath. HAHA. Actually, aku gi gath ni bukan nak main panjat panjat dinding or nama saintifik dia wallclimbing. Tapi, aku gi sini sebab.. ermm.. sebab, munirasajutiraksasa nak banje secret recipe! Aku bab blanje blanje ni mmg laju jee. pantang org offer T.T .Tapi pagi pagi tadi lagi aku da blur..aku dah blur laaa.. macamane nak gi ke Extreme Park, Shah Alam tu..
Aku ni hanyalah foreigner (mengaku foreigner..puiih) mana lahh nak tau jalan ke Shah Alam ni...kalau aku naik KTM pun taktau macam mana nak menghala ke destinasi tu.. ape? GOOGLE MAPS? . Perhatian ye akak-akak and abang-abang. google maps is useful when u drive a car. kalau ko naik train.. pastu, nak tgk google maps macamane nak gi sini sini..macam boleh je kann..so, aku macam tak nak gi da mula-mula. HAHA. pastu, tetiba terdetik hati nak post kat Sahabat Blogger macam mana nak gi ke Extreme Park yang di maksudkan mereka itu.. then, Syazwan pun ada komen yg dia taktau nak gi dgn sape. so, aku pun mengofferkan diri supaya pergi dgn aku jek..dia pun setuju.. Lalu, stelah bertemu di KL central..kitorang terus straight naik train ke batu 3.. smpai batu 3 pulak terus ambil teksi untuk ke extreme park..
Mula-mula aku tanya si syazwan ni kalau naik teksi mahal ke tambang? and dia cakap around RM20. aduiihh. aku daa risau gila kot time tu. duit aku da la ade brape sen je..tetiba plak dia cakap RM20 something. pehhhh. nasib baik aku tak ajak dia balik KL semula. hahhaa. Padahal RM6.20 je.. OK, sangat lega di situ. Then, dah sampai kat extreme park tu terus gi kepsi kat blakang tu..masuk je dah nampak da muka sorang sorang..aku tak makan pun kat kepsi tu. sangat save duit hokayhh! duit aku da tinggal RM40 dah ni.. ntah ckup ke tak seminggu. T.T..
Lepas dok lepak dkat KFC dan tunggu diorang habis makan semuaa.. kitorang pergi menunaikan kewajipan dkat surau diaa.. komen aku pasal surau Extreme Park : Surau sangat kecil, saya syorkan semoga pihak pengurusan memperluaskan surau..untuk apa? jika tuan lihat persekitaran extreme park tu, saya rasa..tempat tu sangat lah luas.. tiada salahnya kalau tuan memperbesarkan lagi surau tu..sebab, orang nak sembahyang pun limited tau tak! -.-" .. okay, selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..kitorang terus pergi ke agenda yg seterusnya iaitu sesi wall-climbing dan flying fox!. Mula-mula aku taknak main tau.. sbb duit aku takde. haha. tapi, ade bro yang murah hati sponsor RM10 untuk naik flying fox. thx ayie nano!
After that tengok orang main wall-climbing plakkk...penat kot main mende alah tu.. *padahal aku tak men pon* HAHA.. lepas semua aktiviti ni da lengkap.. sesi pecah ais dimulakan..pastu ape lg ehh. pas pecah pecah aiss.. pastu Datin Tyka ada sponsor makan makan! makan mamee monster! tam tamm , jelly air.. and soon. hahaa. Pastu tamat laa agenda pada hari ni.. babai korang. babai! semua nak balik dahh.. tapi sebelum tu sempat laa tangkap gmbar skitt... eh sattt.. aku ni dari tadi membebel. lupa nak upload gambar. jap jappp...
NAMA DIA MOMON. DIA SENGAL.. BEST GILA, RAMAI , COOL! hahahahaha!!
ADMIN SB, ATIQ SALEH
JIWA MUSIK DGN AESYA ZEALOUS *blogger yg doodle tu* HAHA. tol ke aku eja nama dia?*
NI AKMAL HILMI , LELAKI SEKSI TU LAHH! XD
SYAZWAN SYAFIQ SELEPAS MEMANJAT DINDING. kepenatan disitu
Kalau ada yang kasi seaweed atau rumput ni... baik jangan ambik! sbab tak sedap! aku buang je tau.. sian along usop sakit perut makan seaweed hang mun! grrr
Ehhh, aku dgn sape ni ekk? yg aku tau nama dia MIRA.. adik aesya zelous kot. hohoho.
Dah dahhhh.. bajek aku guna streamyx je kan nak upload semua gambar! HAHAA. padahal aku guna wi5 bersignalkan SATU bar je ni. adoii...alang-alang aku takdapat tido kan.. baik aku update entry. ehehe. Aku tangkap gambar ni semua pun dah nak last-last.. mula-mula malu nak kuarkan.. sebab ramai orang bawak DSLR.. aku ni ape laa yang ada. sobb3. camera cikai yang bajek DSLR je la yg aku usung ke sana ke mari. kah3...dah habis da gambar! Lepas sesi pergambaran.. Aku, Mun, Syazwan, Din, Elyani, k.hanim and kawan mun pergi ke SACC mall. MUN blanje secret recipe wei! hahaha. aku order 2 slice. yay! muak aku nak habiskan kek tu. baik aku order laksa tomyam macam din tu. sedap jgakk! haha.. Lepas lepak-lepak dkat secret recipe tu.. errr.. terus balik! yayyy! Syazwan siap tido dalam KTM lagi. sambil berdiri pun bleh tido. dasat2. haha. penat memanjat kot.. ok tu je. babai! Ramai gila memang cool! *pinjam trademark mun*
jap2.. ade lagi 1 keping gmbar! ahahaha
Gambar ni guna playbook blackberry syazwan. HAHA.
cantik jugak kamera playbook ni. kbai!
p/s :first time men flying fox! takleh panjang lagi ke tali tu? aku rasa kejap je smpai dkat hujung. tak puas beb! grrr.
p/s : gambar ni ramai orang yang takdek.. ni yg ada kat kamera aku je.. n yg da upload kat fb tu aku amek skit2.. aku nak tunggu gambar dari DSLR punya camera ni. hahaha..sorry tak dpat nak link kan sorang sorang. sbb aku da ngantuk... jam skarang menunjukkan pukul 3.30 pagi. babai!
10 comments:
jeles100000X
Pergh!!! Bestnya..rugi tak pergi...huhuhuhuhu
untunglaaaaaaaaa dapat pergi......
Untunglaaaaa dpt wallclimbing...
Untunglaaa dpt firefox....
Untunglaaaa Mun blanje SR...
Untunglaaaa....
Untunglaaaa.....
Untunglaaaaaaaaaaaaaaa...
p/s : firefox ke flyingfox? XD
aku dok seksyen 9, dekat je dgn park tu.
tapi apakan daya, aku takde kat shah alam skg.
kirim salam syazwan *trollface* haha
aku dapat tangkap gambar dgn geng2 retis. bangga sekejap. haha
firefox? hahahahhahaha jeles3 =.=
kawan2 mun 2 slah sorgnya aku..hehehe
ciss
kenapa
kenapa
kenapa
aku x tau? HAHAHA
wahhhhhhhhh gambar aku ade..hahahah gmbr mira pun ade...
nice to meet u :)
If I want to use a font that says it's for personal use only, would it be ok to use on blogger? Also, I don't know if getting Google Adsense would make a difference.
Post a Comment