Monday, July 4, 2011

Permulaan Pertama Kehidupan di IPGKBA

ASSALAMUALAIKUM

Woi! sape rindu aku? ade sape rindu takk? sape rindu angkat kaki woi! . da lame gila kan aku tak update natang haram jadah ni? haishh. tkpe. arini aku nak bersih skit blog aku yg sumpah bersawang gila babeng nihh... Bermulanya chapter 1 dalam fasa hidup aku bergelar sebagai seorang pelatih guru.. banyak yang aku nak tuliskan atau nyatakan.. atau memberitahukan.. kalian kalian semua di sini tentang pahit manis hidup aku dkat IPBA ni. (woii! ko asal nak buat ayat dramatis nih.. sepak kang!) 


Dimulakan dgn hari pendaftaran aku lahh....hari pendaftaran dia 20hb 6.. so, pagi tu aku btolak agak awal la jugak kot.. pukul 7 rasenye. 7.30 camtu laaa. aku ingatkan jauh sangat nak ke sana dari shah alam. padahal dekat je. cisdale! . walaupun ada jem skit.. tapi cpat je aku smpai. aku tak ingat brape lame durasi yg diambil untuk kitorang smpai ke tempat yg ditujui. ecehh. tapi, semestinya aku taktau laa jalan utk ke IPBA tu.. kitorang pakai tibai je..pastu kan, kitorang sampai ke IPBA tu pun lalu jalan UM.. akak aku silap masuk jalan. dia pi masuk simpang ke UM. pastu.. bila kuar dari UM tu. tengok2 da nampak IPBA. haha. sumpah kelakar gilaa. tak jangka pun akan jumpa tepi tu IPBA nye. cess.

Pastu kan.. time daftar tu..dia ade la mintak dokumen yang berkenaan semua tu.. tp, accidently . seriously aku lupa gila nak photostat IC aku! . aku terlepas pandang kot dia nak salinan kad pengenalan. so, mmg takde la aku sediakan.. pastu, lecturer yg daftar kan aku tu. Dr.Sharmani tak silap. Dia cakap ape.. "its your first day. and u already show your not so good 1st imperation" pastu aku cakap laa. "sorry, actually. i .. i just lefted it at home.. im so sorry" ayat aku mmg bengong. bengong bengong. HAHA. padahal bukan IC sahaja. ade jgak certain form yg aku tinggal.. pastu dia pesan "dont repeat it again next time" .

dah, takmo citer psal daftar2.. nak citer psal orentasi plak! Hehe.


Ko tau tak. sebelum aku gi IPBA ni kan. menda yg aku taknak jalani skali ialah orentasi. sumpah do.. bila sebut je perkataan orentasi aku rasa macam nak skip je. nak lari dari semua ni. nak lari daripada perkara yg mesti junior/pelajar baru lalui walau dimana institut atau IPT sekalipun . tp, bila dah habis orentasi.. aku rasa nak ulang balek woii!. aku nak ulang balek semua detik2 indah orentasi! *ayat nak muntah* . Nak tau kenapa aku cakap detik indah? haha. detik indah laaa. sebab makan FREE! . Bila da habis orentasi semua kena guna duit sendiri. pokai den ekau tau dakk! . Perkara yang aku paling takleh bla skali bila sebut pasal orentasi ialah.. tadaaa!


yee!! itu diaa! biskut MARIE! . HAHA
Kenapa biskut marie wehh?? mesti ramai yg tertanya-tanya kan? . cess. *bajek ade org baca je*

Actually kann.biskut marie ni JPP kasi kat kitorang.suruh jaga elok-elok. jangan smpai pecah.. pergi mana-mana bawak... nak pergi mandi, berak, kencing pun kena bawak tau tak. lalala~ . Masa dia kasi biskut marie ni kat aku.. aku cakap ape kat diaa. aku cakap "taknak la kak.." . Aku taktau pun yang diorang kasi biskut tu sebagai amanah. sebab, diorang pun tak cakap yg biskut tu bukan untuk di makan.. so, even aku cakap kat akak tu yg aku taknak biskut ni.. tapi, bila dia bagi.. of course la aku ambik je kann.. then terus ngapp.. bila da makan smpai separuh.. ahli dalam kumpulan aku cakap. "weii! biskut tu bukan untuk dimakan!" . Aku makan pun sebab aku nampak orang yg duduk depan aku ni semua dah habis da diorang punya biskut.. HAHA.. lepas tu, disebabkan aku telah makan amanah yg diberi.. aku didenda.. tgk ni. dia kasi aku TAG nama.. BESAR PUNYA!


Pastu kan.. mende ni kena pakai gantung kat leher. paling takleh bla skali time riadah laaa... bila tengah berlari je .. menda tu bergerak.. ke kiri ke kanan dan seterusnya. panas kot aku! haha... tapi, kadang2 aku ngelat je.. aku tak pakai pun menda ni. dia bukan ingat pun sape kan. HAHA. keji gila aku ni.. Lepas tu kan. dia ada bagi amanah lain lagi... nak tau pe dia? 

Kena cari semua signature JPP ..sape tak dpat brape yg dia nak.. nanti kena denda 


Aku pun dapat skit jeee.. HAHA. sbb taknak mintak sangat.. sbb kann.. ingat dia nak kasi free je ke tanda tangan diorang? at least.. kalau nak dpat tandangan tu.. korang kena do something utk diorang tau tak? for example, menyanyi..menari..baca doa.. n yang seumpama dgnnya laa. so, sbb tu laa aku punya tak penuhh.. pastu, bukan senang nak tau mana satu diorang. da la diorang guna nama artis sebagai nama samaran. waaa. mmg susah kot aku nak kenal. tapi papepon, best la jugak orentasi ni. not bad.. HAHA. habis cerita pasal orentasi... 

Kita beralih pula kepada suasana bilik aku... kalau nak tau.. ni haaa.. ni la tempat aku lepaking everytime lepas class.. 


Ni pulak roomate aku..nama dia KEN . dia drpd SABAH :)


What To Say About Him , bagi aku dia ni baik laa.. aku slalu pinjam barang dia.. such as, iron, charger.. ape lagi tah. pastu dia slalu bagi aku sarapan pagi. adehh. then, dia selalu ikatkan tali leher (tie) aku sbb aku tak pandai ikat. HAHA. wei, aku tak buli diaa laa. aku mmg tak reti ikat tali leher. sobbs.. 

Lagi nak cerita pasal ape lagi ehhh, class plak so far so good laa.. dah ada esaimen banyak plak tu. suka suka. to conclude, aku rasa IPBA ni best laaa jugak. even tak besar mana pun. haha. tapi ok lah kann. kawan-kawan kat sini plak bleh tahan laa friendly. sume baek2 aku rasa.. oklah, nanti ada citer lain aku letak lagi eh kat sini. hehe. babai! :)

Time ni projek tanam bunga raya . time ni jugak la first time aku pegang cangkul untuk mencangkul tanah tanah! well done syed! good improvement! cisdale!

p/s : gambar classmate takde . sbb bateri camera aku takde. tp, aku baru je bawak charger ni. hahaa. boleh la amek gmbar. cess 

26 comments:

Unknown said...

wohoo.. seorng bakal guru~

cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

Rafidah Farhana said...

La.. dekat je la dgn UM tu.. Macam best je bila baca pasal new life kat IPBA.. :)

Syazwan said...

orientasi ko macam lagi best je dari aku ~.~

all the best bro. kekalkan legasi #SyedRTB ok..!

Isamuddin Isa said...

salam cikguuu heee... patut lah lama xnmpk cikgu post kt sahabat bloggger.. huhuh..

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/07/yingluck-shinawatra-pm-wanita-1st.html

Isamuddin Isa said...

salam cikguuu heee... patut lah lama xnmpk cikgu post kt sahabat bloggger.. huhuh..

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/07/yingluck-shinawatra-pm-wanita-1st.html

A.I said...

hey dag register eh?

selamat menjalani life yang best eh kat sana.

;)

zikeryhassan said...

satu permulaan yang baik nampaknya. hope kau enjoy untuk habiskan sisa sisa pertapaan di IPBA tu k. all the best!

PearlKaz said...

laaa.. hensem rupenye rumet ko? aku igt bdk sabah yg muka mcm cina2 skit.. hihi. baik plak tu tolong ikat tie, buat sarapan.. hahaha... dah reti ckp sabah bah?

man yusoef said...

owh ni la roomate ko yg selalu ko complain kat twitter cakap roomate ko klu sembur perfume sampai ko nak pening eh...HAHAHA

wawahida idris said...

lumrah la tu kena orientasi. mmg xleh lari punya. hee

Bintang Biru. said...

syed, nak mengorat roomate ko. HAHA, comel la dia. lalala *lempang*

iniialahaku said...

ko amik apa???tesl?tefl??pismp??
rmai jugak mmber aku kat sana...slalu gakla aku pgi sna

HazHand said...

perghhh...gile hot abg nh..hahahahahhaa
untung la dh smbg study kat mktab...papehal da populer,jgn lupe aku dooo..hahahah

Nizam Ijam said...

wah...,best r :)




Saya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join
Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam

Invisible Me said...

kwn sy da sorang kat sana :)

AnakPakZohar said...

hahaha... adat lah tu wahai adik kuuu.... mintak sain. kene gantung nama kat leher.. biasa broo~~ kira ok lah tu pakai nama sendiri... ahkak ni kene pakai nama buah ok! nama buah! masa mintak sain kene buat jalan itik.. heaven ok! heaven!

Siti Safiyyah said...

err..err.. camane ni?? nanti bulan 9 ni turn aku pulak nak kene orientasi. tidakkkkk !!! nak lari boleh tak?

Noraien said...

hahaha..nice stoty..jgn repeat agy ea kesilapan tue..sedap x biskut tue ??hahha

jaga diri k kat sne n study smart ! :D

good luck bro ~

erleena said...

haha sonok bace entri nieh,mg orientasi ak benci! tp itula y ak rndu skunk,mg bes :DD

Anonymous said...

nice one dehh....keep it up!

surianisiti said...

selamat pagi cikgu.. hehe

:angguk

ieza ashaari said...

macam best jer kan.. hihi..

tang umet xboleh blah. sib umet comel dan baik hati.. *cikgu jgn mls2 belajar tau. kalau x, xleh pesan benda yg sama kat anak murid.. :P

Unknown said...

Seriously, benda sama aku lalui kat IPBA dulu, tapi kitorang kena pakai tag nama besar tu sebab tak pakai tag nama yang kecik. Tapi aku tak kena... Well, glad to hear that you love being in IPBA, be a good student and see you there in September!

Miss Butterfly said...

syed err syed xpndai ikat tie? errr.. :D

Kamaruddin Kairuu said...

seronok ye orientasi bang...kah3...nak orientasi skali lagi x...?

isazmi90 said...

sedang mncari kisah ipba, tjumpa la blog ni.. coretan yg bgus & trgelak jg bla baca... xpe lpas nie jmpa orientasi time 1st year degree plak... he3... =) Tahniah syed hakim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...