Friday, July 29, 2011

RAMADHAN BULAN IBADAH DAN KELEBIHANNYA

ASSALAMUALAIKUM


"RAMADHAN YANG DIRINDUI KINI BAKAL TIBA :)"

Alhamdulillah...Aku bersyukur..kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba pada tahun ni.. weeeee~ Actually aku tgh berseorangan didalam bilik aku ni. roomate aku pergi mid valley tak balik2 lagi..dan, tetiba pulak wi5 kat sini macam agak laju je kan.. so, apa salahnya aku ambil kesempatan ni untuk mengupdate blog usang aku ni.. Actually..aku nak balik minggu ni.. pastu pastuuu..tetiba je ada event.. ceramah hape tahh.. by Permodalan nasional berhad.. hadoii. tak pasal2 takleh balik kan? keji gila aku rasa.. so, niat untuk balik insyaAllah ditunda ke hari esok.. after ceramah tu terus aku balek.. then, will be back to IPBA on SUNDAY. sehari je kan aku kat rumahh? hadehh.. 

Dalam masa tiga hari lagi.. kita akan berada di dalam bulan ibadah..yakni bulan Ramadhan :) . oleh itu, jom kita hayati apa itu Ramadhan dan Kelebihan Bulan Ramadhan itu sendiri. 
RAMADHAN BULAN IBADAH 
Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!


Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),


Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.


Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.
Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).
Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari). 


Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.
Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).
Diatas ni adalah sedikit perkongsian daripada artikel yang dipetik daripada http://socolatajuz.blogspot.com/ .. ia merupakan artikel yang sangat menarik bagi aku.. sangat lengkap huraian tentang bulan Ramadhan ini.. Mula-mula aku rasa macam nak jadikan artikel di atas ni dalam bentuk point .. tetapi, bila aku baca..aku rasa macam semua yg ditulis adalah penting.. Oleh itu, luangkanlah masa kita.. untuk membaca , memahami dan langsung beribadat pada bulan yang mulia ini..

Oleh itu, dikesempatan ini.. SyedGraphix.com mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat islam dan semoga anda menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna.. SELAMAT BERIBADAH ! :)

14 comments:

Syazwan said...

smart la plak gambar ucapan ko buat. #weewee

selamat menyambut ramadhan juga

Unknown said...

slmt brpuasa juga :)

ain mazlan said...

alhamdulillah.. ak msih diberi kesempatan menyambut ramadhan utk thn nie.. ^_^

mimie said...

wei panjang nyer en3. aku bc ayat last je.wakaka slamat berpose beb

muhamadsufian89 said...

selamat berpuasa adik syed. haha

eyjalukman said...

lawa gilee gambar tu . tp kepala syed nmpk pelik . ahaha;D nk stu jugak boleh ucapan tu ?

smoga ramadhan kali ni lebih baik dari yg lepas :)

Unknown said...

selamat menyambut bulan pose..semoga pose tahun ini membawa seribu makna dan keindahan..amin44x

CikTeddyCorner said...

slmt berpuasa jugak kat syed..moga Ramadhan kali ni lbh baek drpd yg lepas2..Amin!

puteri ain said...

selamat berpuasa :)

Nizam Ijam said...

selamat berpose...

Anonymous said...

OMG, it is still accepting donations! Fantastic example of a creative fundraising effort that raised $10,000 in 48 hours to build a classroom at the school in Tanzania.

Toyota Parts said...

Sorry mate in todays modern you still believe in Bomoh...???Tradition healing and method are some how out dated ...for spiritual healing i....its weakness in one mind....!!!

Toyota Parts said...

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betap

Anonymous said...

assalamualaikum..nak mintak izin copy artikal ni utk mengaja..thanks..semoga awak sntiasa drahmati..wasalam.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...