Monday, August 8, 2011

CERPEN CINTA SEORANG WANITA YANG DIPERMAINKAN




Di pagi buta ni, aku nak bercerita tentang kisah cinta. ya! CINTA..Walaupun task dan tutorial aku masih tertangguh.. aku masih merelakan diri untuk menulis entry ini. semuanya kerana CINTA. Argh. abaikan-abaikan.. Lets straight to the point and pleeaase dont belok-belok. Actually, tadi aku ade laa usha-usha facebook atau erti kata lain facebookwalking. Then, terjumpa la satu cerpen ni..and, aku rasa korang semua mesti dapat agak la kan cerpen ni pasal ape..ya! pasal CINTA! . Aku rasa cerpen dia ni sangat menarik laa bagi aku.. so, aku teringin plak nak kongsikan dkat korang pasal cerpen ni... jom baca!
BERMULALAH KISAHH......

Hai awak, bleh tak sy nak berkenalan dgn awk ? sy nak sangat kawan dgn awak Iman...tolonglah terima sy sebagai kawan awk dulu...pleaseee Iman...
Itulah paparan mesej yang baru sahaja Iman terima.’’Huh, mamat ni lagi. Tak habis-habis ganggu hidup aku. Hari –hari mesej aku cakap benda yang sama. Aku cakap tak nak dia tetap jugak kacau-ka...cau aku.’’ luah Nurul Iman Adrianna kepada Nur Alia Arisya, sahabat baiknya. ‘’Ala Iman kau layan jelah mamat tu, untung nasib boleh jadik pakwe kau, hehehe’’ujar Lia sambil tersenyum kambing pada Iman. Iman menjegilkan matanya pada Lia ‘’haaaa apa kata , kalau kau nak sangat kau jelah layan mamat tu. Aku tak naklah layan dia. Dah lah tak kenal tiba-tiba je hantar mesej kat aku nak kenal-kenal dengan aku. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Kang tak pasal-pasal dia permainkan hati aku perasaan aku macammana?? Sapa nak jawab?? ‘’ soal Iman pada Lia.
‘’Hmmm betul jugak cakap kau tu Iman. Kang tak pasal-pasal kawan aku nih makan hati berulam airmata pulak’’ Lia berkata sambil mengerutkan mukanya. ‘’ Yang kau berkerut-kerut ni napa? Hihihi janganlah buat muka camtu nanti hilang kecomelan muka kau tu tahu tak’’gelak Iman.’’ jangan marah Lia aku gurau je’’gurau Iman kepada Lia. Alia mempertahankan dirinya ‘’ehhh kau cakap baik sikit tau,aku walau buat mimik muka macamana pun tetap comel tau..hahaha... takdelah Iman,aku Cuma fikirkan tentang mamat tu,napa tak habis-habis dok kacau kau. Apa ekk yang dia nak dari kau? Betul ke dia ikhlas nak kawan dengan kau atau dia ada maksud lain?’’ Iman mengeluh sambil membetulkan posisi badannya ‘’ entahlah Lia,aku pun tak tau apa yang dia nak dari aku. Nampak macam betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku. Dah hampir sebulan dia mesej aku tanpa jemu semata-mata nak kawan dengan aku. Aku bukan taknak terima tapi aku takut dia ada simpan muslihat. Yelah, dari mana dia dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu. Tu yang buat aku takut tu.’’ Terang Iman.’’ Apa kata kau terima je dulu. Kau kawan je dengan dia,mana tau dia betul-betul ikhlas dengan kau’’pujuk Lia. ‘’ hmmm nantilah aku fikirkan dulu. Ehh Lia jomlah kita g sekarang,nanti terlewat pulak kita sampai kelas’’ kata Iman sambil bangun melangkah menuju ke pintu.
**********************************************************************************
Salam..Iman boleh tak sy nak kawan dengan awk? Dah lama sy nak kenal dgn awk.. sy bekenan sgt ngn awk..please Iman..terima sy sebagai kawan awk..Iman akhirnya membalas mesej tersebut.
Oklah..sy terima awk sebagai kawan sy.. tapi tolong jangan main-mainkan perasaan sy..sy terima awk sebagai kawan sy seikhlas hati..Jadi sy harap pun awk seikhlas hati nak kawan dengan sy tanpa apa-apa niat..boleh awak berjanji takkan permain dan pergunakan sy untuk sebarang tujuan? Sebelum tu,siapa awk ni? Nama awak apa?mana awak dapat nombor sy?
Dan 5 minit kemudian lelaki tersebut pun membalas mesej Iman
Nama sy Hafiz Arif student Uitm jugak ambik kursus kejuruteraan mekanikal. Sy mintak nombor fon awk pada member awk..tak perlulah sy ckp sape dia sb sy dah janji dgn dia takkan bgtaw identiti dia. Terima Kasih sebab sudi terima sy jadik kawan awk. Happy sgt2 sb awk sudi jugak nak kawan dgn sy Iman. Sy berjanji takkan permainkan awk dan sy jugak iklas bkawan dgn awk ..
Iman membaca mesej itu berulang kali sambil memikirkan siapakah yang member nombornya kepada Hafiz. ‘’hmmm lantaklah sapa pun yang bagi..dah penat nak fikir’’ Iman berkata-kata didalam hatinya.
**********************************************************************************
Hari demi hari hubungan Iman dengan Hafi bertambah erat. Walaupun mereka tidak pernah bertentang mata namun keakraban mereka melebihi segala-galanya.
Hari ini genaplah 3 bulan perkenalan mereka.Mereka belum berkesempatan untuk berjumpa kerana Iman masih belum bersedia untuk bertemu Hafiz . mereka hanya berkirim gambar sahaja melalui MMS. Walau bagaimanapun, Hafiz sering melihat Iman dari jauh. Hafiz amat tertarik dengan sikap Iman yang sentiasa ceria bersama teman-temannya. Hal itulah yang menyebabkan Hafiz benar-benar ingin mengenali Iman. Sekarang Iman dan Hafiz sedang bercuti pertengahan semesta. Iman berada di kampungnya yang terletak di Pahang manakala Hafiz masih di Shah Alam kerana bekerja secara sambilan di sebuah Hotel yang terletak di Subang Jaya.Tepat pukul 12 malam Hafiz menelefon Iman dan menjelaskan isi hatinya kepada Iman.‘’Iman, Fiz nak luahkan sesuatu pada Iman..Fiz sebenarnya dah lama jatuh cinta pada Iman tp Fiz takut nak luahkan sebab takut Iman menjauhkankan diri dari Fiz andai Fiz terus terang. Fiz jatuh cinta pada Iman sejak pertama kali terpandang Iman.’’ Hafiz memghentikan ayatnya sambil mengeluh. ‘’Iman, izinkan Fiz bertakhta dihati Iman, izinkan Fiz mencintai Iman. Fiz janji takkan hampakan Iman.Iman terkedu dengan pengakuan itu ‘’ erkkk, biar betul Fiz?? Iman tak tau nak cakap macammana sebab terkejut sangat. Fiz yakin ke betul-betul cintakan Iman?’’‘’Fiz yakin Iman, Fiz betul-betul cintakan Iman.Iman terimalah Fiz jadi sebahagian dari hidup Iman’’. Rayu Hafiz.‘’Oklah Fiz, Iman terima Hafiz jadi sebahagian dari hidup Iman. Iman terima Fiz seadanya dan Iman harap Fiz juga terima Iman seadanya. Iman harap Fiz tak permainkan cinta Iman ’’.Hafiz menjawab, ‘’ Iman,fiz janji takkan sekali-kali permainkan hati,cinta dan perasaan Iman. Fiz janji’’.
********************************************************************************
‘’ Iman, Fiz dapat tawaran kerja offshore dengan Exxonmobil. Fiz dah berhenti belajar. Jadi, kita terpaksa tangguh dululah pertemuan kita sebab 21 Jun ni Fiz dah nak kene lapor diri. Mungkin lambat lagilah kita boleh jumpa sebab lepas ni Fiz sibuk dengan training selama 1 tahun. Harap Iman sabar ye. Fiz kerja ni pun sebab nak kumpul duit. Nanti dah cukup duit kita kahwin yea sayang. Iman bagi masa kat Fiz setahun untuk kumpul duit,InsyaAllah tahun depan kita kahwin’’ jelas Fiz pada Iman.'’ Yelah Fiz, Iman faham. Fi jangan curang dengan Iman ye. Iman betul-betul da mula cintakan Fiz. Iman harap Fiz sentiasa setia dengan Iman sebab Iman tak pernah curang dengan Fiz’’ ujar Iman sambil menahan sebak. Sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh Hafiz.Hafiz memujuk Iman, ‘’ sayang janganlah sedih, Fiz pergi kerja cari rezeki,kan kita nak kahwin. Iman jangan sedih-sedih ye. Fiz selalu ada untuk Iman.’’Bulan berganti bulan, hubungan mereka makin rapat. Iman semakin mencintai Hafiz. Hubungan mereka sudah melewati usia setahun namun mereka masih belum berkesempatan untuk berjumpa memandangkan kerjaya Hafiz yang baru bermula membuatkan Hafiz sukar memohon cuti.Walaupun pergaduhan kecil sering berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk berjumpa namun semua itu bukan alasan untuk Iman curang.Salam, hai Iman. Apa khabar? Iman sihat?-Abang wan- Iman mengenali pemuda itu. Dia adalah sahabat baik Hafiz. Salam..Alhamdulillah iman sihat abg..abg sihat x? Berapa lama cuti? Sama dengan Fiz jugak ke?
Hubungan Iman dengan wan rapat seperti abang dan adik. Wan juga bekerja satu tempat dengan Hafiz. Iman dan Wan sering berbalas mesej. Iman amat senang dengan sikap Wan yang amat prihatin terhadapnya. Walaupun Iman tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan Wan didalam telefon namun dia tahu Wan seorang abg yang baik. Manakala hubungan Iman dengan Hafiz tetap utuh dan semakin mekar walaupun dari kejauhan.
*********************************************************************************
Tett..tett... bunyi nada mesej dari telefon Iman. Iman membuka mesej tersebut dan mendapati pengirimnya adalah Abg Wan..Salam.. Iman tengah buat apa tu? Iman abg ada 1 perkara nak bagitahu Iman. Iman dah bersedia ke nak dengar??
Berdebar-debar jantung Iman tatkala membaca mesej tersebut
Salam abg.. Iman tak buat apa-apa,baru sudah masak je ni.. Yea abg.napa ehh?? Ada perkara mustahak ke yang abg nak bgtaw? Iman sedia nak dengar. Cakaplah bang.
Tak lama kemudian Iman tiba-tiba menerima panggilan telefon dan tertera nama ‘Abg Wan’.
‘’Hello’’ Iman memulakan berbualan.
‘’Hello Iman’’, Wan menjawab.
Dada Iman berdegup kencang keran itu adalah suara Hafiz!!! Bagaimana suara hafiz tapi yang sedang bercakap itu adalah wan?? Semua itu menjadi tanda Tanya pada Iman.
Ni sapa? Abg Wan ke Hafiz?? Kenapa suara Hafiz tapi yang naik nombor abg??
Iman menyoal Wan..
‘’Iman, ni Abang Wan. Abg nak terus terang kat Iman. Abang dah tak sanggup nk tipu Iman lagi. Iman, sebenarnya Hafiz da hampir 8 bulan tipu Iman. Hafiz sebenarnya dah kahwin semasa kalian tengah bercinta. Dia kahwin semasa hubungan kalian lebih kurang setahun. Dia paksa abg ganti tempat dia untuk jaga Iman. Sim kad dia ada pada abg.selama itulah juga Iman mesej dan bercakap dengan abg bukan dengan Fiz. Suara kami memang sama. Sebab tulah Iman tak dapat cam antara suara abg dan dia. Maafkan abang Iman kerana sebab kawan abang pun sanggup tipu Iman’’. Terus tenag Wan kepada Iman.
Bagai halilintar membelah bum, dihujung talian Iman sudah mula tersedu sedan. Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa terlukanya Iman di kala itu. Satu penipuan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.
‘’abang,apa salah Iman? Mengapa Fiz sanggup buat Iman macam ni? Mengapa dia tak terus terang dengan Iman? Apa dosa Iman pada dia? Hina sangatkah Iman pada dia sampai sanggup tipu Iman? Mengapa dulu berjanji dengan Iman akhirnya dia sendiri mungkiri janji? Napa abang juga tipu Iman? Napa abang ?? Hancur hati Iman abang tahu x? Cinta yang Iman beri,ini yang dia balas. Setelah Iman cinta sepenuh Hati pada dia, setelah bermacam-macam pengorbanan yang Iman lakukan ini balasan dia. Patutlah susah nak jumpa bermacam-macam alasan tercipta. Sampai hati dia buat Iman macam ni’’ sendu Iman.
‘’ Iman maafkan abang. Abang tersepit antara Iman dan Kawan baik abang. Fiz minta abang jaga Iman sementara dia ceraikan isterinya sebab tu abang sanggup ganti tempat dia sekejap. Abang tak mahu hubungan kalian putus. Tapi sekarang Fiz da hilangkan diri. Abang dah tak tahu kemana dia pergi. Maafkan abang Iman, maafkan abang abg berdosa pada Iman. Hidup abang tak tenang Iman. Abang nakk terus terang dengan Iman namun abang tak sanggup kerana abang mula jatuh cinta dengan Iman.abang takut kehilangan Iman’’.
Iman mematikan talian kerana sudah tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan lagi dari Wan. Ketika itu Iman amat terluka dengan perbutan kedua-duanya yang sanggup menipu dirinya. Iman menangis dan terus menangis. Hancur hatinya mendengar khabar yang tidak pernah dijangka. Sia-sia cintanya selama ini langsung tak dihargai oleh lelaki yang hanya pandai menabur janji. Dan Iman pun menangis sepuas-puasnya dengan pendustaan demi pendustaan yang dia terima. 'YA Allah pilunya hatiku pedihnya aku menangung semua ini..mengapa disaat aku mencintainya dia permainkan hatiku..mengapa aku tertipu..sukarnya nak menerima kenyataan pilu ini..Ya ALLAH kuatkan hatiku tabahkan aku''
Kini, tawar sudah hatinya untuk dimiliki dan mencintai. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Iman pasrah dengan suratan takdir. Biarlah Hafiz bahagia diatas penipuan yang dia cipta.

ohhhh. sian kan dekat perempuan tu. hmm, aku taktau laa ape motif nye laki tu berjanji bagai nak kahwin laaa.. nak cari rezeki untuk kahwin dgn pempuan tu laaa.. alih-alih dia dah kahwin dulu... so, senang citer macam ni laaa.. bercinta ni.. janji je lebih..tapi jarang sangat tertunai nye.. macam dalam cerpen dkat atas ni.. konon janji taknak sakiti hati prempuan tu laaa.. nak kahwin dengan perempuan tu laa.. tapi, alih-alih benda lain yang jadi... aku rasa sangat kesian terhadap kondusi perempuan tu sekarang. hey iman! jom la kahwin dengan sy, perlu ke kahwin dengan sy? mesti la perlu.. sebab, saya JANJI takkan sakiti hati awak macam HAFIZ buat kat awak. kbai .

sumber : facebook. aku tak ingat dari mana aku copy. so, siapa yg claim artikel ni dia punya. bagitau aku, nanti aku backlink dkat tuan dia. thanks :)

12 comments:

Yui_Wani said...

Fuhuuu...jiwang.


Kahkahkahkah xD

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

ase nk nages pn ade bace cerpen ne..

CheQ PP JoY said...

sianye..kalau da xnk, bgtaula..nape nk buat org mcm tu..siap passing2 kat org laen lagi..ingt anak patung ke ape..nk ajk iman kawen, sama2 perempuan plak..xpela iman, mngkin bukan jodoh..insyaAllah, ada y lebih baek..amin..

Entry Terkini: Satu-Satunya Cinta

farra said...

bengong..sebab tu aku benci laki..laki yang camtu la..x semua..kang x kawen lak aku..

muhamadsufian89 said...

siot je. aku terbaca cerpen jiwang pulak. tapi best pulak cerpen jiwang ni kan. baru aku tau. hehe. ish tak patot betolla laki tu. kalau dah tau akan mungkir janji baik single je macam kite ni kan syed?? haha

Salim Harmanain said...

tak patut betul la laki tu...cess..nasib baik aku baik...heheh

Nyamuk Terbang said...

err laki skrng mcm nie ker
tkt la plak

Eyda Syahida said...

part yg taleh blah part nihh..

Fiz minta abang jaga Iman sementara dia ceraikan isterinya sebab tu abang sanggup ganti tempat dia sekejap. Abang tak mahu hubungan kalian putus.

nak cerai tuuu... haihhh.. kalo dye cerai bini dye skalipun, tak mustahil dye akan ceraikan iman jugak 1 ari nnti.. ape daa llki cmnihh.. =_='

Nur Hamizzah said...

what a sweet talker. haha.. susah nak percaya lelaki yang stakat contact tapi tak pernah jumpa. saya follow :)

Bintang Biru. said...

#sial betul laki tu.
aku tendang laju laju kang.
huh *marah*

Anne Nurain said...

apsal mcm gantung ja cerpen ni? ke aku x abis baca lg? huhu..

maybe Fiz tpaksa kawen ngan ppuan tu.. sbb tu dia nak cerai.. hehehe..

Toyota Parts said...

Whats the best school to go to, Cinta aveda institute or Marinello school of beauty? Their both top rated, but i cant decide where to go ! Im Very frustrated with this question ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...