Friday, January 25, 2013

KENYATAAN KHAS SAIFUL NANG BERHUBUNG ISU PENYEBARAN GAMBAR PRA PERKAHWINAN LIYANA JASMAY

ASSALAMUALAIKUM

Cerita kali ni, aku ambil daripada Facebook je. Takdalah teringin pun nak jadi blogger hiburan. Tapi bila baca kedua-dua belah pihak punya cerita ni rasa terdetik nak update pasal ni. Aku tak ambil port pun pasal depa ni. Aku pun tak tahu yg Liyana Jasmay ni dah bertunang. Serious tak tahu. Aku tahu pun dah keluar isu macamni. So, mula2 korang boleh baca kenyataan Ibu Liyana Jasmay mengenai gambar pra perkahwinan anak dia yg tersebar. 

http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/
Then.. Korang boleh baca kenyataan Saiful Nang ni ;


TERKEJUT UNTA bila ramai yang forward kan link sebegini kepada saya http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/


Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop 

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini. 

BIAR SAYA CERITA DARI MULA...

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya). 

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana "overslept". Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang. 

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi. 

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu. 

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan "Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta" jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini. 

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti "fotografi dijalankan oleh candidsydrom" (siap salah eja lagi selalunya). 

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi 

"Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja...senang cerita"

Lalu saya jawap kepada Izuan, "Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya".

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan 

"Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS". 

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan "Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit".

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok. 

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA? 

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni. 

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang. 

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun. 

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya. 

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan. 


SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com


dipetik daripada : https://www.facebook.com/snfanclub/posts/427693007299313

Bukanlah nak bergossip. Tapi apa yg boleh disimpulkan, kalau takdanya komunikasi dua hala. camni lah jadinya. Apa-apa pun semoga masalah ni boleh diselesaikan dgn cara yg baik.

Monday, January 21, 2013

A TRIP TO SKYTREX ADVENTURE SPONSORED BY NUFFNANG

*yang kecik belakang yg paling hensem tu Syed ah tu. kakaka bye.

ASSALAMUALAIKUM 

Ehem. Nii sebenarnya nak cerita ni.. Hari Sabtu baru ni, which means 2 hari lepas pada tanggal 19 January aku telah berjaya menjejakkan kaki di Skytrex Adventure, Shah Alam! . Dan yang paling penting kat sini, segala bayaran nak masuk kat sini ditanggung oleh Nuffnang yang baik hati nak bawak aku ke sana. kahkah. Secara jujurnya, ni kira macam event pertama aku lah bersama Nuffnang. Sebeuum ni memang takda join mana2 event pun. Sebab tu lah. Malas betul jari ni nak mengomen dekat ruangan Nuffnang tu. Sebab aku ni pesen yg susah sikit nak masuk contest bagai ni. Tapi rasa tertarik pula bila baca pasal Skytrex Adventure kali ni. Yelah, time bosan-bosan apa salahnya cuba nasib ye dak? hehe

Then, after diberitahu aku dapat peluang gi Skytrex ni, aku pun apa lagi, mula lah proses mengoogle apa yg ada dekat sana, macam mana nak gi sana. At first macam naik pening jugak lah aku nak pergi sana. Takda transport punya pasal lah ni. Taktau naik apa. Nak dekat 2 hari juga lah aku fikir macam mana nak pergi sana. Niat di hati ni punyalah taknak susahkan org nak suruh hantar pergi sana, tapi terpaksa juga susahkan pak sedara aku untuk hantar kat sana. Yelah, aku nak naik teksi taktau pulak tambang berapa. Karang mahal karang mati aku kena berkhidmat jadi driver 5 tahun untuk bayar tambang :(. 

Ohhh lupa nak cerita, aku pergi sana bukan sorang-sorang lah. Kawan aku merangkap classmate, coursemate, block mate  pun dapat juga pergi sana. Kami pun pergi berdua lah. Naik LRT Kerinchi ke KL Sentral. Then ambil komuter pergi ke Batu Tiga. Sampai dkat KTM Batu Tiga suruh pak sedara aku ambil hantar dekat Skytrex Adventure tu. Takdelah jauh mana pun rupanya. Ada dalam lima belas minit je sampai. Dah la dengan tak sempat nak breakfast nya, perut berkeroncong lah. apa lagi. Nasib baik sempat menjamah Roti dengan Air 100 Plus dekat kedai berdekatan dgn KTM tu. Dapatlah alas perut sikit...

Sampai je kat sana, aku dgn kawan aku yg sorang ni pun kena cari banner yg ada tulis "Nuffnang" sebab kena mendaftarkan diri kat sana. Melilau jugak lah sekejap. Tak sampai 5 minit pun. Sebab kami hebat kan. So, sekejap jelah. KAHKAHKAH. Bila dah jumpa sekumpulan blogger yg berkumpul kat situ, terus kami mendaftarkan nama masing2 di kaunter *Eh ada kaunter ke*. 


Lepas selesai sesi pendaftaran, terus masing menyerbu masuk bas untuk pergi ke Skytrex Adventure punya litar! *litar ke?* . Approximately dalam 15 minit juga lah kot nak masuk dalam tu. Kalau salah janganlah marah aku. Aku math ni macam lemah sikit lah. haha siapa suruh percaya. So, dia punya bas tu mmg classic. Aku terasa macam geng bas sekolah jugak lah. hehe. 


Sampai-sampai je dah disajikan dgn makanan dan minuman. Omnomnom emmm daknyeeeeeee makannn daknyeee! . So, hidangan pada pagi itu ialah Roti dan Susu dan Nescafe rasanya. Tak pun teh. Eh entah tak ingat. HAHA teruknya daya ingatan seorang Syed ni.


Pada saat dan ketika ini, aku termalu sendiri gara-gara telah menumpahkan susu ke atas meja. At first aku ingatkan yg susu tu masih belum dibuka untuk diminum, So sesaja lah terbalikkan. Then, tertiba terkeluar!. Ya Allah malu tak sudah aku rasa. Lepas tu, bila nak tuang susu tu ke dalam cawan. entah macam mana tumpah lagi sekali. Actually time tu t engah nervous, malu semua ada. Sebab tu apa yg aku buat semua jadi tak kena. Tengok gambar pun tgh kaver tahan gelak ni. kakaka!!.


Ni gambar secara close up nak bagi lebih jelas sikit. haha aku makan yg Cheese Omelette. Sedap jugak lah even aku tak berapa nak suka sangat dgn roti yg macam berkhasiat sikit ni. haha tapi lapar kan. So, apa lagi. Telan jelah. Bagi 10 pun aku boleh habis rasanya. Tapi tu lah, tempat org kena lah lagak-lagak sopan sikit barulah ada org nak ambil jadi menantu. kekeke.


Sebahagian blogger yang join ketika masing2 melahap breakfast yg disediakan. hehe.


So, lepas dah puas tangkap gambar, berkenal-kenalan semua, maka kami semua pun terus pergi dapatkan harness untuk dipakai dan segala benda yg perlu untuk kami pakai. Benda ni ketat jugak lah nak dikatakan. Malu jugak. Sebab nampak macam bentuk tettttttttt sikit kat seluar tu!. cisss! haha. 


So, here's Mr. Azlan memberi sedikit briefing pasal Skytrex Adventure tentang semua jenis cabaran yg terdapat dekat sini. Besar jugak tempat ni rupanya. Cabaran yang aku ambil ialah Extreme Challenge. Cabaran dia boleh tahan banyak jugak lah. Ada dalam 30 something KOT. 


Time ni dia brief tentang macam mana nak letakkan harness semua tu at the right place. Kena kemaskan semua kalau tak nanti jatuh mati siapa nak tanggung? kahkah. Kemain exaggerate punya statement. haha. 
Sebelum naik flying fox yang tinggi dia berpuluh meter tu, dia bagi yg ringan2 dulu untuk kita test. 

dan yang bawah ni pula awal2 peringkat. Mula2 rendah je, makin lama makin tinggi bak hang! haha.



Yang part ni susah jugak lah. Nampak macam rendah tu. Sebenarnya boleh tahan tinggi dia. Tengok bawah kalau jatuh memang mati lah. HAHAHA. Tapi selamat. Don't worry. Setiap platform ada instructor dia yg bertugas menjaga keselamatan kita. hehe. Kalau tak lepas sentiasa ada rescue dkat belakang. 

Gambar2 time tengah flying fox, tengah memanjat pokok ke pokok semua takda. Nuffnang tak upload lagi. Entah bila lah dapat. kahkah. After the adventure, memang penat habis lah. Bila dah sampai ke platform yg terakhir tu rasa macam Merdekaaaaaa! hehe. 


Muka happy masing2 bila dah berjaya menyelesaikan misi! hehee. Lepas dah complete pun dapat makan lagi. Haaaaaaaaa lega... Apa-apa pun memang best lah! Rasa nak buat flying fox lagi sbenarnya time ni. Ecehhhh...


Dah la dapat Sijil. Seronoknya! :') hehe tak sangka ada dapat sijil. 


Lepas dah selesai semua kami pun balikkkkkkkkkkk naik bas ni lagi! yeayyy. Selamat tinggal Skytrex Adventure. What a really wonderful experiences to share with! :') . Ni boleh dikira macam first time lah jugak  aku naik flying fox semua ni. Sebelum ni takda pula rasanya. Puas hati!. Thanks sangat sangat Nuffnang sebab bagi peluang macam ni. hehe. Kalau ada kelapangan lagi boleh la berkunjung lagi ke Skytrex Adventure ni yg beralamat di,

SKYTREX ADVENTURE PARK 
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +601 3276 9841 (Please call only from 9am - 6pm)
Fax: +603 7960 8290
So, ini adalah blogger-blogger yang turut serta pada hari tersebut ;

1) Hans
3) Aleen
6) Debbie
7) Diana
8) Mady
9) Anne
10) Nuar
13) Daniel
14) Charissa 

Thanks kepada semuaa yg peramah-peramah tuuuuuu. hahaa. Sorry tak banyak sangat berkomunikasi . Pemalu woiiiiiiiii! HAHAHA XD. Oh ye, Tak lupa jugak kepada Che Sakinah yg bersusah payah hantar dari Shah Alam ke Pantai Dalam. Sorry sebab menyusahkan. Sorry sebab terambik 40 sen. Okay dah. Terima kasih juga kepada kawan aku Tai Jhe Ken yang berada di sana bagi mengatasi moment2 awkward. LOL -.-" 
p/s : Sekian Terima Kasih. Dah macam thesis dah ni rasanya. kahkahkah. Dan RIBUAN terima kasih jugak diucapkan kepada Hans and Mady sebab banyak gilaaaaaaaaa ambil gambar dari blog diorang. hehehe sorry. Takda gambar sendiri. Tu lah nasib badan. 

Thursday, January 10, 2013

MIMPI MENANGIS DAN BETUL-BETUL MENANGIS


*huduhnya title blog camni!. haha*
ASSALAMUALAIKUM

Ehemm, cerita dia macamni. Semalam aku tidur. Tertidur awal. pukul 11 dah tidur dah rasanya. Sempat dah basuh kaki semua tu. Tidur punya tidur, sedar2 sahaja dah pukul 6 Pagi. Aku TERsedar sebab dikejutkan oleh satu mimpi. Mimpi ni boleh lah nyaris2 aku nak ketegorikan dia sebagai nightmare. So, here's the story.

Time sekolah rendah, sekolah menengah, kebanyakannya semua orang ada orang yg dia tak suka kan? . Tak suka ni kira macam tak ngam lah ataupun tak rapat sebab berlainan perwatakan, pembawakan, dan perangai. Aku pun ada lah org yg aku tak berapa nak ngam sangat. Mula2 time sekolah rendah tu aku mmg satu sekolah dgn dia, sampai ke sekolah menengah pun still satu sekolah dgn dia lagi. Mana tak stressnya aku. Tension jugak bila kita dikelilingi org yg kita benci sepanjang hidup ni sebenarnya. 

Tapi budak yg sorang ni memang seriously aku tak suka dgn dia. Menyampah. Banyak buat kes dia ni. Pukul orang, ponteng kelas, merokok, cari gaduh, hisap gam dan macam2 lagi lah. Lagi menyampah bila dia secara tidak sengaja masuk ke dalam mimpi aku malam tadi. Aku tak berapa ingat cerita dia, tapi part yg aku paling ingat.. dia nak belasah aku. Dia kejar aku kesana kesini... dan sampai di masjid, time tu aku tak ingat ada majlis apa dekat masjid tu.. aku dimalukan dekat situ.. Dia ambil satu periuk nasi tak silap aku, lepastu dia campak nasi tu atas kepala aku. Kira macam kepala aku semua penuh dengan nasi2. Pastu kat tepi tu ada mak aku. Aku menangis-nangis peluk mak aku.. Teresak-esak pulak tu.

Bila aku menangis je dalam mimpi tu, terus aku terbangun dan tersedar yg aku menangis juga di dunia yg nyata. Aku taktau part mana yg menyedihkan. Tapi I was just keep crying. Beristighfar 2 3 kali, and then aku sambung tidur balik sampai 6.30. Pastu baru Subuh.. Alhamdulillah tak mimpi apa-apa lagi dah lepas tu. Cerita dia kat sini cuma nak bagitahu yg aku tak suka bila mimpi nangis, in real life pun aku menangis juga. Petanda apa semua ni? hahaha. Ok lah, tu je cerita yg nak dishare. Kelas aku pukul 9 pagi kejap lagi. So, Good morning people! have a beautiful Thursday!  :')

Monday, January 7, 2013

BERAK DALAM KOLAM TAMAN TEMA AIR


ASSALAMUALAIKUM

Mula2 sekali sila perhati betul2 gambar di atas, cuba tengok betul-betul benda apakah itu? Kalau tak nampak lagi takpe, Boleh zoom in sejuta kali kot. bagi clearer image. HAHA. Nampak tak punyalah aku takda idea nak update blog. Sampai kisah taik pun jadi nak cerita dekat blog. Terasa juga loser seorang Syed kat situ. Tapi tak kisah kan? saja nak kongsi-kongsi rasa jijik bersama-sama. Sharing is caring. Right? 

Aku sebenarnya nak kata yg kalau aku salah satu mangsa yg tengah mandi dalam kolam kat atas ni, perasaan aku semua bercampur baur kot. Mungkin rasa jijik, rasa nak muntah and at the same time rasa nak lempang orang yg bertanggungjawab berak dalam kolam awam tu! Get a room lah siot! 

Serious geli. Aku tak tahu lah apa yg berlaku dgn kondusi otak dia time tu. Mungkin amnesia ke apa agaknya. Mungkin dia ingatkan tandas. Tapi salah tempat. oppsss. If only I were there, ahhhh tak boleh nak bayangkan lah! geli wei! hahaha. Lagi2 bila nampak dengan jelas texture taik tu. Ya Allah I cannot brain this T.T .

So, konklusi dia di sini, bagi aku mungkin taik ni 'dihasilkan' oleh seorang budak2 yg kurang pengawasan dari orang tua/parents beliau. Bila dah tak tahan lagi, berak je lah kat mana-mana. Senang kan? Kata budak2. Mana fikir banyak dah. Mungkin jugak tu kan? HAHAHA. 

p/s : jumpa lagi! jgn berak merata okayyyyy :) 

Tuesday, January 1, 2013

YEAY DAH DAPAT RESULT FINAL EXAM!


ASSALAMUALAIKUM :)

First of all, happy new year kepada semua yg mengenali diri ini. Semoga dgn tahun baru ini dapatlah kita meningkatkan ibadah, dapatlah kita berubadah kepada yg lebih baik ataupun boleh jugak kalau nak perbetulkan salah silap ke apa. Yg penting kepada yg lebih baik lah. Jangan lah makin lama makin teruk pulak. 

Tahun ni aku akan bergelar sebagai seorang pelajar degree. Which is bagi aku macam susah je kot sebab tengok subject2 tertentu pun ada yg macam susah. MACAM lah tapinya, belum cuba belum tahu kata org lama-lama. kehkeh. So, azam tahun baru aku tak lain tak bukan nak jadi insan yg lebih bertanggungjawab, taknak tangguh2 kerja lagi dah. Nak jadi rajin dan struggle untuk pelajaran. Nak kumpul CGPA. insyaAllah. 

So, berbalik kepada topik utama pada hari ini.. nak cerita pasal result! 
Result untuk final exam aku yg lalu tu baru keluar semalam. hehe. dan keputusannya, result aku boleh laaaa. Nak kata best sangat tu taklah jugak. Tapi bersyukur sebab still dapat lanjutkan pengajian kepada tahap degree. Tak jangka pun dapat result macam tu. Bagi aku, itu adalah hadiah new year yg paling spesial sekali. Serioussssss.  Dah la time aku nak check tu kemain lagi berdebar dia. Semacam punya debaran. haha. last2 bukak2 tengok, Alhamdulillah pointer 3.00 je. Tak tinggi mana pun, cuma cukuplah takda paper yg failed. Tak payah nak ambil refer paper ke apa.

Esok dah start kelas. Mula2 orentasi je. Tak sabar. Dah naik bosan dah sebenarnya duk dalam bilik tak buat apa2 ni. Nanti ada cerita kita jumpa pada hari yg berlainan ye! . ta-ta for now! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...