*huduhnya title blog camni!. haha*
ASSALAMUALAIKUM
Ehemm, cerita dia macamni. Semalam aku tidur. Tertidur awal. pukul 11 dah tidur dah rasanya. Sempat dah basuh kaki semua tu. Tidur punya tidur, sedar2 sahaja dah pukul 6 Pagi. Aku TERsedar sebab dikejutkan oleh satu mimpi. Mimpi ni boleh lah nyaris2 aku nak ketegorikan dia sebagai nightmare. So, here's the story.
Time sekolah rendah, sekolah menengah, kebanyakannya semua orang ada orang yg dia tak suka kan? . Tak suka ni kira macam tak ngam lah ataupun tak rapat sebab berlainan perwatakan, pembawakan, dan perangai. Aku pun ada lah org yg aku tak berapa nak ngam sangat. Mula2 time sekolah rendah tu aku mmg satu sekolah dgn dia, sampai ke sekolah menengah pun still satu sekolah dgn dia lagi. Mana tak stressnya aku. Tension jugak bila kita dikelilingi org yg kita benci sepanjang hidup ni sebenarnya.
Tapi budak yg sorang ni memang seriously aku tak suka dgn dia. Menyampah. Banyak buat kes dia ni. Pukul orang, ponteng kelas, merokok, cari gaduh, hisap gam dan macam2 lagi lah. Lagi menyampah bila dia secara tidak sengaja masuk ke dalam mimpi aku malam tadi. Aku tak berapa ingat cerita dia, tapi part yg aku paling ingat.. dia nak belasah aku. Dia kejar aku kesana kesini... dan sampai di masjid, time tu aku tak ingat ada majlis apa dekat masjid tu.. aku dimalukan dekat situ.. Dia ambil satu periuk nasi tak silap aku, lepastu dia campak nasi tu atas kepala aku. Kira macam kepala aku semua penuh dengan nasi2. Pastu kat tepi tu ada mak aku. Aku menangis-nangis peluk mak aku.. Teresak-esak pulak tu.
Bila aku menangis je dalam mimpi tu, terus aku terbangun dan tersedar yg aku menangis juga di dunia yg nyata. Aku taktau part mana yg menyedihkan. Tapi I was just keep crying. Beristighfar 2 3 kali, and then aku sambung tidur balik sampai 6.30. Pastu baru Subuh.. Alhamdulillah tak mimpi apa-apa lagi dah lepas tu. Cerita dia kat sini cuma nak bagitahu yg aku tak suka bila mimpi nangis, in real life pun aku menangis juga. Petanda apa semua ni? hahaha. Ok lah, tu je cerita yg nak dishare. Kelas aku pukul 9 pagi kejap lagi. So, Good morning people! have a beautiful Thursday! :')
1 comment:
Cian.. Nangis kene buli yer... Hehee..
Post a Comment