Monday, January 21, 2013

A TRIP TO SKYTREX ADVENTURE SPONSORED BY NUFFNANG

*yang kecik belakang yg paling hensem tu Syed ah tu. kakaka bye.

ASSALAMUALAIKUM 

Ehem. Nii sebenarnya nak cerita ni.. Hari Sabtu baru ni, which means 2 hari lepas pada tanggal 19 January aku telah berjaya menjejakkan kaki di Skytrex Adventure, Shah Alam! . Dan yang paling penting kat sini, segala bayaran nak masuk kat sini ditanggung oleh Nuffnang yang baik hati nak bawak aku ke sana. kahkah. Secara jujurnya, ni kira macam event pertama aku lah bersama Nuffnang. Sebeuum ni memang takda join mana2 event pun. Sebab tu lah. Malas betul jari ni nak mengomen dekat ruangan Nuffnang tu. Sebab aku ni pesen yg susah sikit nak masuk contest bagai ni. Tapi rasa tertarik pula bila baca pasal Skytrex Adventure kali ni. Yelah, time bosan-bosan apa salahnya cuba nasib ye dak? hehe

Then, after diberitahu aku dapat peluang gi Skytrex ni, aku pun apa lagi, mula lah proses mengoogle apa yg ada dekat sana, macam mana nak gi sana. At first macam naik pening jugak lah aku nak pergi sana. Takda transport punya pasal lah ni. Taktau naik apa. Nak dekat 2 hari juga lah aku fikir macam mana nak pergi sana. Niat di hati ni punyalah taknak susahkan org nak suruh hantar pergi sana, tapi terpaksa juga susahkan pak sedara aku untuk hantar kat sana. Yelah, aku nak naik teksi taktau pulak tambang berapa. Karang mahal karang mati aku kena berkhidmat jadi driver 5 tahun untuk bayar tambang :(. 

Ohhh lupa nak cerita, aku pergi sana bukan sorang-sorang lah. Kawan aku merangkap classmate, coursemate, block mate  pun dapat juga pergi sana. Kami pun pergi berdua lah. Naik LRT Kerinchi ke KL Sentral. Then ambil komuter pergi ke Batu Tiga. Sampai dkat KTM Batu Tiga suruh pak sedara aku ambil hantar dekat Skytrex Adventure tu. Takdelah jauh mana pun rupanya. Ada dalam lima belas minit je sampai. Dah la dengan tak sempat nak breakfast nya, perut berkeroncong lah. apa lagi. Nasib baik sempat menjamah Roti dengan Air 100 Plus dekat kedai berdekatan dgn KTM tu. Dapatlah alas perut sikit...

Sampai je kat sana, aku dgn kawan aku yg sorang ni pun kena cari banner yg ada tulis "Nuffnang" sebab kena mendaftarkan diri kat sana. Melilau jugak lah sekejap. Tak sampai 5 minit pun. Sebab kami hebat kan. So, sekejap jelah. KAHKAHKAH. Bila dah jumpa sekumpulan blogger yg berkumpul kat situ, terus kami mendaftarkan nama masing2 di kaunter *Eh ada kaunter ke*. 


Lepas selesai sesi pendaftaran, terus masing menyerbu masuk bas untuk pergi ke Skytrex Adventure punya litar! *litar ke?* . Approximately dalam 15 minit juga lah kot nak masuk dalam tu. Kalau salah janganlah marah aku. Aku math ni macam lemah sikit lah. haha siapa suruh percaya. So, dia punya bas tu mmg classic. Aku terasa macam geng bas sekolah jugak lah. hehe. 


Sampai-sampai je dah disajikan dgn makanan dan minuman. Omnomnom emmm daknyeeeeeee makannn daknyeee! . So, hidangan pada pagi itu ialah Roti dan Susu dan Nescafe rasanya. Tak pun teh. Eh entah tak ingat. HAHA teruknya daya ingatan seorang Syed ni.


Pada saat dan ketika ini, aku termalu sendiri gara-gara telah menumpahkan susu ke atas meja. At first aku ingatkan yg susu tu masih belum dibuka untuk diminum, So sesaja lah terbalikkan. Then, tertiba terkeluar!. Ya Allah malu tak sudah aku rasa. Lepas tu, bila nak tuang susu tu ke dalam cawan. entah macam mana tumpah lagi sekali. Actually time tu t engah nervous, malu semua ada. Sebab tu apa yg aku buat semua jadi tak kena. Tengok gambar pun tgh kaver tahan gelak ni. kakaka!!.


Ni gambar secara close up nak bagi lebih jelas sikit. haha aku makan yg Cheese Omelette. Sedap jugak lah even aku tak berapa nak suka sangat dgn roti yg macam berkhasiat sikit ni. haha tapi lapar kan. So, apa lagi. Telan jelah. Bagi 10 pun aku boleh habis rasanya. Tapi tu lah, tempat org kena lah lagak-lagak sopan sikit barulah ada org nak ambil jadi menantu. kekeke.


Sebahagian blogger yang join ketika masing2 melahap breakfast yg disediakan. hehe.


So, lepas dah puas tangkap gambar, berkenal-kenalan semua, maka kami semua pun terus pergi dapatkan harness untuk dipakai dan segala benda yg perlu untuk kami pakai. Benda ni ketat jugak lah nak dikatakan. Malu jugak. Sebab nampak macam bentuk tettttttttt sikit kat seluar tu!. cisss! haha. 


So, here's Mr. Azlan memberi sedikit briefing pasal Skytrex Adventure tentang semua jenis cabaran yg terdapat dekat sini. Besar jugak tempat ni rupanya. Cabaran yang aku ambil ialah Extreme Challenge. Cabaran dia boleh tahan banyak jugak lah. Ada dalam 30 something KOT. 


Time ni dia brief tentang macam mana nak letakkan harness semua tu at the right place. Kena kemaskan semua kalau tak nanti jatuh mati siapa nak tanggung? kahkah. Kemain exaggerate punya statement. haha. 
Sebelum naik flying fox yang tinggi dia berpuluh meter tu, dia bagi yg ringan2 dulu untuk kita test. 

dan yang bawah ni pula awal2 peringkat. Mula2 rendah je, makin lama makin tinggi bak hang! haha.



Yang part ni susah jugak lah. Nampak macam rendah tu. Sebenarnya boleh tahan tinggi dia. Tengok bawah kalau jatuh memang mati lah. HAHAHA. Tapi selamat. Don't worry. Setiap platform ada instructor dia yg bertugas menjaga keselamatan kita. hehe. Kalau tak lepas sentiasa ada rescue dkat belakang. 

Gambar2 time tengah flying fox, tengah memanjat pokok ke pokok semua takda. Nuffnang tak upload lagi. Entah bila lah dapat. kahkah. After the adventure, memang penat habis lah. Bila dah sampai ke platform yg terakhir tu rasa macam Merdekaaaaaa! hehe. 


Muka happy masing2 bila dah berjaya menyelesaikan misi! hehee. Lepas dah complete pun dapat makan lagi. Haaaaaaaaa lega... Apa-apa pun memang best lah! Rasa nak buat flying fox lagi sbenarnya time ni. Ecehhhh...


Dah la dapat Sijil. Seronoknya! :') hehe tak sangka ada dapat sijil. 


Lepas dah selesai semua kami pun balikkkkkkkkkkk naik bas ni lagi! yeayyy. Selamat tinggal Skytrex Adventure. What a really wonderful experiences to share with! :') . Ni boleh dikira macam first time lah jugak  aku naik flying fox semua ni. Sebelum ni takda pula rasanya. Puas hati!. Thanks sangat sangat Nuffnang sebab bagi peluang macam ni. hehe. Kalau ada kelapangan lagi boleh la berkunjung lagi ke Skytrex Adventure ni yg beralamat di,

SKYTREX ADVENTURE PARK 
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +601 3276 9841 (Please call only from 9am - 6pm)
Fax: +603 7960 8290
So, ini adalah blogger-blogger yang turut serta pada hari tersebut ;

1) Hans
3) Aleen
6) Debbie
7) Diana
8) Mady
9) Anne
10) Nuar
13) Daniel
14) Charissa 

Thanks kepada semuaa yg peramah-peramah tuuuuuu. hahaa. Sorry tak banyak sangat berkomunikasi . Pemalu woiiiiiiiii! HAHAHA XD. Oh ye, Tak lupa jugak kepada Che Sakinah yg bersusah payah hantar dari Shah Alam ke Pantai Dalam. Sorry sebab menyusahkan. Sorry sebab terambik 40 sen. Okay dah. Terima kasih juga kepada kawan aku Tai Jhe Ken yang berada di sana bagi mengatasi moment2 awkward. LOL -.-" 
p/s : Sekian Terima Kasih. Dah macam thesis dah ni rasanya. kahkahkah. Dan RIBUAN terima kasih jugak diucapkan kepada Hans and Mady sebab banyak gilaaaaaaaaa ambil gambar dari blog diorang. hehehe sorry. Takda gambar sendiri. Tu lah nasib badan. 

3 comments:

sharizan hamid said...

Waa..,! Teratr betol blog ko..cmner nk buat??!! Ajar skit..

Nyamuk Terbang said...

weyh best nya.....

luqman zakaria said...

mcm seghonok jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...