Tuesday, January 1, 2013

YEAY DAH DAPAT RESULT FINAL EXAM!


ASSALAMUALAIKUM :)

First of all, happy new year kepada semua yg mengenali diri ini. Semoga dgn tahun baru ini dapatlah kita meningkatkan ibadah, dapatlah kita berubadah kepada yg lebih baik ataupun boleh jugak kalau nak perbetulkan salah silap ke apa. Yg penting kepada yg lebih baik lah. Jangan lah makin lama makin teruk pulak. 

Tahun ni aku akan bergelar sebagai seorang pelajar degree. Which is bagi aku macam susah je kot sebab tengok subject2 tertentu pun ada yg macam susah. MACAM lah tapinya, belum cuba belum tahu kata org lama-lama. kehkeh. So, azam tahun baru aku tak lain tak bukan nak jadi insan yg lebih bertanggungjawab, taknak tangguh2 kerja lagi dah. Nak jadi rajin dan struggle untuk pelajaran. Nak kumpul CGPA. insyaAllah. 

So, berbalik kepada topik utama pada hari ini.. nak cerita pasal result! 
Result untuk final exam aku yg lalu tu baru keluar semalam. hehe. dan keputusannya, result aku boleh laaaa. Nak kata best sangat tu taklah jugak. Tapi bersyukur sebab still dapat lanjutkan pengajian kepada tahap degree. Tak jangka pun dapat result macam tu. Bagi aku, itu adalah hadiah new year yg paling spesial sekali. Serioussssss.  Dah la time aku nak check tu kemain lagi berdebar dia. Semacam punya debaran. haha. last2 bukak2 tengok, Alhamdulillah pointer 3.00 je. Tak tinggi mana pun, cuma cukuplah takda paper yg failed. Tak payah nak ambil refer paper ke apa.

Esok dah start kelas. Mula2 orentasi je. Tak sabar. Dah naik bosan dah sebenarnya duk dalam bilik tak buat apa2 ni. Nanti ada cerita kita jumpa pada hari yg berlainan ye! . ta-ta for now! :)

2 comments:

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

wah~ alhamdulillah.. hana bwu je strt final exam ;) poninggg btol la .

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei best on the internet blogshop for wholesale & supply
korean accessories, earrings, earstuds, choker, rings, hair, bracelet
& bracelet accessories. Offer 35 % wholesale price cut. Ship Worldwide
Look into my web page : treinamento cerebral

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...