Friday, July 29, 2011

RAMADHAN BULAN IBADAH DAN KELEBIHANNYA

ASSALAMUALAIKUM


"RAMADHAN YANG DIRINDUI KINI BAKAL TIBA :)"

Alhamdulillah...Aku bersyukur..kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba pada tahun ni.. weeeee~ Actually aku tgh berseorangan didalam bilik aku ni. roomate aku pergi mid valley tak balik2 lagi..dan, tetiba pulak wi5 kat sini macam agak laju je kan.. so, apa salahnya aku ambil kesempatan ni untuk mengupdate blog usang aku ni.. Actually..aku nak balik minggu ni.. pastu pastuuu..tetiba je ada event.. ceramah hape tahh.. by Permodalan nasional berhad.. hadoii. tak pasal2 takleh balik kan? keji gila aku rasa.. so, niat untuk balik insyaAllah ditunda ke hari esok.. after ceramah tu terus aku balek.. then, will be back to IPBA on SUNDAY. sehari je kan aku kat rumahh? hadehh.. 

Dalam masa tiga hari lagi.. kita akan berada di dalam bulan ibadah..yakni bulan Ramadhan :) . oleh itu, jom kita hayati apa itu Ramadhan dan Kelebihan Bulan Ramadhan itu sendiri. 
RAMADHAN BULAN IBADAH 
Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!


Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),


Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.


Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.
Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).
Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari). 


Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.
Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).
Diatas ni adalah sedikit perkongsian daripada artikel yang dipetik daripada http://socolatajuz.blogspot.com/ .. ia merupakan artikel yang sangat menarik bagi aku.. sangat lengkap huraian tentang bulan Ramadhan ini.. Mula-mula aku rasa macam nak jadikan artikel di atas ni dalam bentuk point .. tetapi, bila aku baca..aku rasa macam semua yg ditulis adalah penting.. Oleh itu, luangkanlah masa kita.. untuk membaca , memahami dan langsung beribadat pada bulan yang mulia ini..

Oleh itu, dikesempatan ini.. SyedGraphix.com mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat islam dan semoga anda menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna.. SELAMAT BERIBADAH ! :)

Monday, July 25, 2011

Eh iklan percuma di bilatergigithalia.com


ASSALAMUALAIKUM

Nampak tak header kat atas ni? nampak?? header ni kepunyaan EmanTheHalia. Tujuan aku tepek header dia dkat entry ni sebab nak join dia punya segmenn.. nama segmen diaa.. ermm.. ruangan Iklan percuma di Bilatergigithalia.com untuk anda.. *ehh, ni segmen ke wei? hahaha* . Mengikut ape yang eman ni cakap.. diaa ada 3 ruangan iklan je yg percuma ...so,aku rasa..pemilihan berdasarkan entry yg kreatif dan yang pandai kipas-kipas tuan punya belog akan dipilih untuk beriklan di blog eman yang jambu tu! wuuhuu~! (bodek)

So, kalau korang nak join dan beriklan di blog eman halia ni.. korang kena ikut syarat2 dkat blog dia tu dulu.. Then kena jawab soalan ni "Tulis dua benda yang korang tak boleh lupa fasal blog ni (pastikan menarik dan pandai2 la bodek)." 

Okayhh, So, benda yang aku takleh lupa pasal blog eman ni adalah gambar pada setiap entry. Aku rasa benda ni yang paling menarik.. Sebab design-design dia cool kot mengikut setiap topik yang diketengahkan.. memang sangat sesuai dan nampak sangat profesionalisme.. . antara contoh-contoh 


ARGHHH>.< . mula-mula aku nak bagi contoh banyak2 tau takk. tapi..ermm. internet slow gila laaa. nak loading pun makan masa bebb. so, aku bagi satu je laa... aku tgk setiap gmbar dkat entry eman ni.. sangat kemas dan menarik perhatian.. so, bilaa everytime dia tweet atau ping entry dia dekat FB aku dah terbayang gmbar ape yg dia akan letak untuk topik-topik tertentu yang akan dia utarakan.. menarik bukan? :)

2nd, ape yang aku takleh lupa lagi ialah nama HALIA tu sendiri..

Bila aku teringat kat halia je.. msti aku ingat kat eman! eh takk. msti aku ingat dkat blog eman. HAHA. even kengkadang aku pergi dapur nampak halia pun aku teringat bilatergigithalia.com. Lepas tu.. aku teringat VLOG dia pulak.. vlog dia yang pasal kenapa nama blog dia bila tergigit halia tu .aaaa...asal aku tetiba teringat vlog dia nihh! haiihh..Pendek kata... nama dan identiti blog eman ni mmg da ckup memberi impak yang kuat dah kepada blogger lain untuk mengenali blog bilatergigithalia ni..dahhh la unikk...template plak menarik... ditambah plak dengan owner yg hensem dan jambu! wuahhhaa .. lagi ape lagi ehhh... taktau da ni.. aku tak reti nak kipas lelebihhh nih! kah kah kahhh.. okbai! sape nak join click je dkat sini .


p/s : sape beb nak kasi pengiklanan free dkat blog! ahaha. da la blog dia #retis 

Sunday, July 24, 2011

TUKAR IM BOX FACEBOOK ANDA KEPADA YANG LAMA KEMBALI


ASSALAMUALAIKUM

Anda mengidamkan chatboox version lama camni? sudah pasti la kan? korang perasan tak yg IM box punya facebook tu macam menyusahkan gila sekarang? so, kalau korang nak bertukar kepada IM box yang asal.. ni.. ikut tutorial ni.. sangat senang dan semudah ABC. ikut STEP yang aku bagi kat bawah tau..

1st , korang kena ada google chrome. done?

2nd , untuk dapatkan im box macam dekat atas ni.. korang kena install script dia.. so, pergi ke link ni [download]

3rd , lepas dah tekan download tu. korang terus tekan install macam gambar dkat bawah


After korang tekan install tu.. just pangkah je facebook korang.. lepastu, terus login.. and now.. tadaaa! chatbox lama dah kembali! no more new stupid im box! hehe.

MOZILLA FIREFOX
ok, this one tutorial bagi sesiapa yang tak minat nak guna google chrome plak..

1st, korang kena ada mozilla firefox

2nd, lepas tu korang kena install grease monkey .. grease monkey ni kira macam add-on untuk mozilla firefox laa.. untuk download grease monkey..klik dkat sini [download]


Then, bila korang dah add tu firefox ..teruskan dgn installation dia.. nanti ade kuar bubble ni plak


Clik je install tu... after that.. nanti tekan restart firefox atau tutup je firefox tu dlu. haha. then, bila da siap install grease monkey ni..

3rd, pergi ke link ni [download] dan click install..

4th, DONE! logout fb, tutup firefox dan u can see it works! :)

please drop some comment if you found this entry help ya! :D

SAHABAT BLOGGER GATHERING DI EXTREME PARK SHAH ALAM


ASSALAMUALAIKUM 

Nampak tak sekumpulan lelaki di atas?ok, kalau nmpak cuba cari mana satu aku? nampak tak? kalau nmpak mmg korang tipu. haha. Aku yang tangkap macamane la aku nak ade kat situ, haiihh. macam biasa laa. kalau ada orang yg ramai-ramai camni. kat ner lagi klau bukan gathering kan!. yess! GATHERING. Ohhhhh, sangat tak percaya aku yg pemalu ni gi gath. HAHA. Actually, aku gi gath ni bukan nak main panjat panjat dinding or nama saintifik dia wallclimbing. Tapi, aku gi sini sebab.. ermm.. sebab, munirasajutiraksasa nak banje secret recipe! Aku bab blanje blanje ni mmg laju jee. pantang org offer T.T .Tapi pagi pagi tadi lagi aku da blur..aku dah blur laaa.. macamane nak gi ke Extreme Park, Shah Alam tu..

Aku ni hanyalah foreigner (mengaku foreigner..puiih) mana lahh nak tau jalan ke Shah Alam ni...kalau aku naik KTM pun taktau macam mana nak menghala ke destinasi tu.. ape? GOOGLE MAPS? . Perhatian ye akak-akak and abang-abang. google maps is useful when u drive a car. kalau ko naik train.. pastu, nak tgk google maps macamane nak gi sini sini..macam boleh je kann..so, aku macam tak nak gi da mula-mula. HAHA. pastu, tetiba terdetik hati nak post kat Sahabat Blogger macam mana nak gi ke Extreme Park yang di maksudkan mereka itu.. then, Syazwan pun ada komen yg dia taktau nak gi dgn sape. so, aku pun mengofferkan diri supaya pergi dgn aku jek..dia pun setuju.. Lalu, stelah bertemu di KL central..kitorang terus straight naik train ke batu 3.. smpai batu 3 pulak terus ambil teksi untuk ke extreme park..

Mula-mula aku tanya si syazwan ni kalau naik teksi mahal ke tambang? and dia cakap around RM20. aduiihh. aku daa risau gila kot time tu. duit aku da la ade brape sen je..tetiba plak dia cakap RM20 something. pehhhh. nasib baik aku tak ajak dia balik KL semula. hahhaa. Padahal RM6.20 je.. OK, sangat lega di situ. Then, dah sampai kat extreme park tu terus gi kepsi kat blakang tu..masuk je dah nampak da muka sorang sorang..aku tak makan pun kat kepsi tu. sangat save duit hokayhh! duit aku da tinggal RM40 dah ni.. ntah ckup ke tak seminggu. T.T..

Lepas dok lepak dkat KFC dan tunggu diorang habis makan semuaa.. kitorang pergi menunaikan kewajipan dkat surau diaa.. komen aku pasal surau Extreme Park : Surau sangat kecil, saya syorkan semoga pihak pengurusan memperluaskan surau..untuk apa? jika tuan lihat persekitaran extreme park tu, saya rasa..tempat tu sangat lah luas.. tiada salahnya kalau tuan memperbesarkan lagi surau tu..sebab, orang nak sembahyang pun limited tau tak! -.-" .. okay, selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..kitorang terus pergi ke agenda yg seterusnya iaitu sesi wall-climbing dan flying fox!. Mula-mula aku taknak main tau.. sbb duit aku takde. haha. tapi, ade bro yang murah hati sponsor RM10 untuk naik flying fox. thx ayie nano! 

After that tengok orang main wall-climbing plakkk...penat kot main mende alah tu.. *padahal aku tak men pon* HAHA.. lepas semua aktiviti ni da lengkap.. sesi pecah ais dimulakan..pastu ape lg ehh. pas pecah pecah aiss.. pastu Datin Tyka ada sponsor makan makan! makan mamee monster! tam tamm , jelly air.. and soon. hahaa. Pastu tamat laa agenda pada hari ni.. babai korang. babai! semua nak balik dahh.. tapi sebelum tu sempat laa tangkap gmbar skitt... eh sattt.. aku ni dari tadi membebel. lupa nak upload gambar. jap jappp...

NAMA DIA MOMON. DIA SENGAL.. BEST GILA, RAMAI , COOL! hahahahaha!!
ADMIN SB, ATIQ SALEH
JIWA MUSIK DGN AESYA ZEALOUS *blogger yg doodle tu* HAHA. tol ke aku eja nama dia?*
NI AKMAL HILMI , LELAKI SEKSI TU LAHH! XD
SYAZWAN SYAFIQ SELEPAS MEMANJAT DINDING. kepenatan disitu
Kalau ada yang kasi seaweed atau rumput ni... baik jangan ambik! sbab tak sedap! aku buang je tau.. sian along usop sakit perut makan seaweed hang mun! grrr
Ehhh, aku dgn sape ni ekk? yg aku tau nama dia MIRA.. adik aesya zelous kot. hohoho.

Dah dahhhh.. bajek aku guna streamyx je kan nak upload semua gambar! HAHAA. padahal aku guna wi5 bersignalkan SATU bar je ni. adoii...alang-alang aku takdapat tido kan.. baik aku update entry. ehehe. Aku tangkap gambar ni semua pun dah nak last-last.. mula-mula malu nak kuarkan.. sebab ramai orang bawak DSLR.. aku ni ape laa yang ada. sobb3. camera cikai yang bajek DSLR je la yg aku usung ke sana ke mari. kah3...dah habis da gambar! Lepas sesi pergambaran.. Aku, Mun, Syazwan, Din, Elyani, k.hanim and kawan mun pergi ke SACC mall. MUN blanje secret recipe wei! hahaha. aku order 2 slice. yay! muak aku nak habiskan kek tu. baik aku order laksa tomyam macam din tu. sedap jgakk! haha.. Lepas lepak-lepak dkat secret recipe tu.. errr.. terus balik! yayyy! Syazwan siap tido dalam KTM lagi. sambil berdiri pun bleh tido. dasat2. haha. penat memanjat kot.. ok tu je. babai! Ramai gila memang cool! *pinjam trademark mun*

jap2.. ade lagi 1 keping gmbar! ahahaha
Gambar ni guna playbook blackberry syazwan. HAHA. 
 cantik jugak kamera playbook ni. kbai!

p/s :first time men flying fox! takleh panjang lagi ke tali tu? aku rasa kejap je smpai dkat hujung. tak puas beb! grrr.
p/s : gambar ni ramai orang yang takdek.. ni yg ada kat kamera aku je.. n yg da upload kat fb tu aku amek skit2.. aku nak tunggu gambar dari DSLR punya camera ni. hahaha..sorry tak dpat nak link kan sorang sorang. sbb aku da ngantuk... jam skarang menunjukkan pukul 3.30 pagi. babai!

Friday, July 22, 2011

1.2 TESL PPISMP JUN INTAKE STUDENT SANGAT GILA CAMERA. OK BYE!


ASSALAMUALAIKUM

Seperti yang anda saksikan di dalam gambar di atas..gambar di atas menunjukkan bahawa. KAMI pelajar TESL 1.2 KPLSPM AMBILAN JUN 2011 mempunyai potensi dan ruang untuk lebih maju dalam pelajaran.. ini dibuktikan dengan ketekunan, kerajinan, dan ke-hipokritan pelajar kami dalam gambar di atas. *beb, tengok. intro aku ada macam karangan bahasa melayu tak? HAHA* Sebelum aku mengupas dengan lebih lanjut tentang ape yg aku nak kupas.. meh sini aku nak bagitau hangpa semua skit.. ini kelas kitorang.. kelas kitorang terdiri daripada 22 AHLI. dan dijangka, akan digenapkan kepada 25 orang. (genap ke 25? bukan diganjilkan ke? LOL) 


This one is the left side of our class.. maka. bila ditambah gambar di atas dan dibawah ni.. lengkaplah kombinasi 22 orang warga TESLian 1.2 . HAHA...Setiap kelas, setiap organisasi..setiap komuniti.. haruslah ada pemimpin.. kalau takda pemimpin.. mmg dah sah sah hancur laa kan organisasi tersebut. so, meh sini aku nak perkenalkan yang bertanggungjawab mengemudi dan menjaga ketenteraman kelas kami .. macam sekolah je kan. adoi.


Yang Lelaki tu adalah Class Representative kami or dalam shortform dia [class rap] Nama dia Nazrin. but, dia lebih mesra dipanggil PINGU. HAHA. kenapa pingu? ko tanye dia sndiri. aku malas nak citer. sbb aku rasa nak gelak kuat kuat je kalau nak cite kat sini.. dia menjalankan tugas dia dengan sangat baik! HAHA. kalau aku lah yg jadi class REP.. sumpah mmg hancur gila kot kelas tu.. REP di kelas dan di IPT sangat berbeza.. ya! baru ku tau! banyak pengorbanan yg Nazrin ni da buat. antaranya pengorbanan masa dan wang! hahaha.. tu la antara pengorbanan terbesar pernah aku nampak selama sebulan berada di IPBA ni. *poyo*
Baju pink tu pulak nama dia Ayu.. nama penuh dia Mas Ayu ke Mas Idayu ehh. tah, aku terkonpius. sorry ayu wei! haaha. tapi, bila dia ditanya ape nama dia, dia lebih suka dipanggil dengan nama BJ. haha. dia cakap BJ tu maksud dia BABY JOHNSON. Aku rasa mesti Ayu ni suka orrang panggil dia BJ sebab dia nak kelihatan macam baby kann. HAHA. ok aku mmg suka ngutuk org. sorry >.< . Dia ni assistant terbaik nazrin la jugak. tiap ari texting bebb. ehh, texting pasai paa ni? ntah la depaaa.. mereka berdua ni skandal bhai. hahahaha,
Ok, abeh da citer pasal class rep dan penolong diaa...Kalau nak tau, kelas kitorang ni kan...ada satu habit.. nak tau habit ape? habit tangkap gmbar! HAHA. pantang tgk kamera. masing2 laju je nak tngkap gmbar. so, jom la usha gmbar-gmbar sepanjang sebulan berada di sini .. its great babe! nak pulak bila ada yang bawak DSLR. Aku ni da la pantang nampak DSLR kannn. ape lagi... mmg aku jakun skit laaa. hahaha .


FROM LEFT : AYU , SYED , AMIR , ZARITH


FROM LEFT ; IZZATI , SHEERA (treasurer merangkap bank kelas) 


YANG PEGANG KAMERA PINK TU NAMA DIA SABRINA. Yang pegang KitKat tu ensem gila kann?? tau tak sape? okbye


YANG PAKAI SARI TU NAMA DIA JANE AND YANG BERTUDUNG TU NAMA DIA NABILA. SATU MALAYSIA KAN KITORANG! tahniah kerajaan! misi tercapai! ehehe. *tiba*


THIS ONE NAMA DIA ZARITH.. DIA SUKA BUAT PEACE. DIA JUGA IS A GIRL WITH A BRACES DIA JUGAK SUKA JADI MODEL. DIA JUGAK SUKA MAKAN. LOL.


Okayhh. yang ni plak nama dia DEVI . dia adalah Sabah-ian . haha. first time dengar nama dia .. macam nama indian .tapi, bukan la plak. hehe. tertukar kot.. btw, devi! u look so cute laa dalam gmbar ni. ouch .



Alamakkk.. dahh la gambar.. lambat kot nak upload. Actually banyak gila lagi gambar-gambar kitorang. hahahaa. tapi, disebabkan internet yang macam haramjadah kat sini.. nak upload gmbar ni pun suma makan masa 3 hari tau! *ok pcaye tak? >.<* so, aku rasa ckup lah sampai di sini! bahbaii! yang takde tu sorry laa. korang malu sangat nak tangkap gmbar asal. ishh. aku rasa 2 orang yg takde masuk dalam gmbar. heheh.

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3 - FORMAL ATTIRE

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Sunday, July 17, 2011

SYEDGRAPHIX DOT COM DAH JADI DIARY KE?


ASSALAMUALAIKUM

huhh? haii. ehh, haiii!! takde org pun nak hai kat aku balek. sobbs. sume da lupe aku kann. haiih.. takpe laa. nak wat macamane kan.. LOL *lagi intro poyo dari aku* . Dah lama tak menaip di blog, so.. rasa agak dan makin tak pandai dah aku nak menaip intro . HAHA.. topik kita pada harini berkisarkan pasal blog aku yg dah berupa seperti sebuah diari! . Mengikut kamus dewan edisi ke tiga, diari bermaksud kisah hidup / cerita dan peristiwa yang kita lalui lalu ditulis atau dicatat di atas buku, kertas dan sebagainya.. Dalam konteks zaman milenium yg kita sedang tempuhi sekarang, diary kini sudah available di dalam blog mahupun dalam bentuk software. menarik kan? Advanced technology makes society better <-- ok takde kaitan. HAHA

Sila abaikan definisi yang sangat mengarut di atas. HAHA. kita bergerak ke point pertama. YA, kenapa aku cakap blog aku kini macam dah jadi diari? *aku ni kejap eja DIARY, kejap eja DIARI* kalau kita teliti, halusi dan perhati , semua entry dkat blog aku lately sangat berbentuk PERIBADI. Ko try older post 10 kali pun aku rasa tetap jumpa entry peribadi kot. hahaha. mana pergi tips photoshop? mana pergi tutorial? mana pergi graphic aku yang tak de rupa graphic tu? mana pergi lagi semuaaa cerita pasal dunia blog? mana cerita pasal #retis? LOL. semuaa dah lari.. since aku da sambung study.. semua da curang dengan aku. semua play wood three dengan aku. benci sangat tauu! <-- sangat gedik

Nak tau kenapa aku lama tak update? nak tau?? nak tau tak nihh? taknak tau? okfine >.< . Tapi aku nak bagitau jugak. HAHA. aku da lame tak update kan, sebab...aku sebenarnya fikir 10 kali nak update entry ni.. haha. antara sebabnya, aku update cerita aku mesti berkenaan campus life aku. aku takut, aku takut yang korang taknak baca.. aku takut yang korang cakap entry aku makin sampah. Aku takut orang cakap entry aku makin pointless..Aku takut bila aku tak reply comment diorang dkat blog aku.. diorang cakap aku sombong.. Aku taknak semua tu. HAHA. aku taknak la org label aku with such a very tak elok things *sangat manglish you* So, sebab itu la aku da lama gila tak update blog ni.. HAHA

Oleh itu, di kesempatan ini, aku nak menyusun 10 jari meminta maaf pd korang yang aku banyak tak reply comment korang.. T.T . aku nak reply pun tenet dkat kampus aku tu sangat macam takde wi5. HAHA. so, tu pasal laa aku berdiam diri je.. Pastu, aku nak bagitau lagi.. maybe, blog aku ni da takkan ADA sangat entry-entry berinformasi.. mungkin blog ini bakal menjadi sebuah diary.. yes! diary.. yang bila aku baca.. aku akan gelak sorangsorang macam orang gila .. kalau korang rasa nak baca, baca-lahh, kalau menyampahh. kutuklahh. takpe.. aku tak kisah pon. :) . Entry-entry yang berinformasi aku akan update bila aku ada masa je. kalau aku rasa macam aku nak update.. ade lah.. kalau takde.. aku rasa tiap hari aku akan update psal lectures aku je...bukan nak bagitau semuaa orang kehidupan seharian aku. but, pada aku biarkan blog aku bersawang tanpa sebarang entry.. lebih baik aku gunakan untuk menulis sesuatu. who knows? maybe ape yang aku tulis tu ada pengajaran or something yg boleh diambil ke.. walaupun ianya hanya sebuah catatan kehidupan. heee . oklah, babai korang! 

p/s : harini nak balik IPBA dahhh, sedih2.. sekejap je dok kat umah. haiihhh.

i just love this picture. idk why. HAHA

Monday, July 4, 2011

Permulaan Pertama Kehidupan di IPGKBA

ASSALAMUALAIKUM

Woi! sape rindu aku? ade sape rindu takk? sape rindu angkat kaki woi! . da lame gila kan aku tak update natang haram jadah ni? haishh. tkpe. arini aku nak bersih skit blog aku yg sumpah bersawang gila babeng nihh... Bermulanya chapter 1 dalam fasa hidup aku bergelar sebagai seorang pelatih guru.. banyak yang aku nak tuliskan atau nyatakan.. atau memberitahukan.. kalian kalian semua di sini tentang pahit manis hidup aku dkat IPBA ni. (woii! ko asal nak buat ayat dramatis nih.. sepak kang!) 


Dimulakan dgn hari pendaftaran aku lahh....hari pendaftaran dia 20hb 6.. so, pagi tu aku btolak agak awal la jugak kot.. pukul 7 rasenye. 7.30 camtu laaa. aku ingatkan jauh sangat nak ke sana dari shah alam. padahal dekat je. cisdale! . walaupun ada jem skit.. tapi cpat je aku smpai. aku tak ingat brape lame durasi yg diambil untuk kitorang smpai ke tempat yg ditujui. ecehh. tapi, semestinya aku taktau laa jalan utk ke IPBA tu.. kitorang pakai tibai je..pastu kan, kitorang sampai ke IPBA tu pun lalu jalan UM.. akak aku silap masuk jalan. dia pi masuk simpang ke UM. pastu.. bila kuar dari UM tu. tengok2 da nampak IPBA. haha. sumpah kelakar gilaa. tak jangka pun akan jumpa tepi tu IPBA nye. cess.

Pastu kan.. time daftar tu..dia ade la mintak dokumen yang berkenaan semua tu.. tp, accidently . seriously aku lupa gila nak photostat IC aku! . aku terlepas pandang kot dia nak salinan kad pengenalan. so, mmg takde la aku sediakan.. pastu, lecturer yg daftar kan aku tu. Dr.Sharmani tak silap. Dia cakap ape.. "its your first day. and u already show your not so good 1st imperation" pastu aku cakap laa. "sorry, actually. i .. i just lefted it at home.. im so sorry" ayat aku mmg bengong. bengong bengong. HAHA. padahal bukan IC sahaja. ade jgak certain form yg aku tinggal.. pastu dia pesan "dont repeat it again next time" .

dah, takmo citer psal daftar2.. nak citer psal orentasi plak! Hehe.


Ko tau tak. sebelum aku gi IPBA ni kan. menda yg aku taknak jalani skali ialah orentasi. sumpah do.. bila sebut je perkataan orentasi aku rasa macam nak skip je. nak lari dari semua ni. nak lari daripada perkara yg mesti junior/pelajar baru lalui walau dimana institut atau IPT sekalipun . tp, bila dah habis orentasi.. aku rasa nak ulang balek woii!. aku nak ulang balek semua detik2 indah orentasi! *ayat nak muntah* . Nak tau kenapa aku cakap detik indah? haha. detik indah laaa. sebab makan FREE! . Bila da habis orentasi semua kena guna duit sendiri. pokai den ekau tau dakk! . Perkara yang aku paling takleh bla skali bila sebut pasal orentasi ialah.. tadaaa!


yee!! itu diaa! biskut MARIE! . HAHA
Kenapa biskut marie wehh?? mesti ramai yg tertanya-tanya kan? . cess. *bajek ade org baca je*

Actually kann.biskut marie ni JPP kasi kat kitorang.suruh jaga elok-elok. jangan smpai pecah.. pergi mana-mana bawak... nak pergi mandi, berak, kencing pun kena bawak tau tak. lalala~ . Masa dia kasi biskut marie ni kat aku.. aku cakap ape kat diaa. aku cakap "taknak la kak.." . Aku taktau pun yang diorang kasi biskut tu sebagai amanah. sebab, diorang pun tak cakap yg biskut tu bukan untuk di makan.. so, even aku cakap kat akak tu yg aku taknak biskut ni.. tapi, bila dia bagi.. of course la aku ambik je kann.. then terus ngapp.. bila da makan smpai separuh.. ahli dalam kumpulan aku cakap. "weii! biskut tu bukan untuk dimakan!" . Aku makan pun sebab aku nampak orang yg duduk depan aku ni semua dah habis da diorang punya biskut.. HAHA.. lepas tu, disebabkan aku telah makan amanah yg diberi.. aku didenda.. tgk ni. dia kasi aku TAG nama.. BESAR PUNYA!


Pastu kan.. mende ni kena pakai gantung kat leher. paling takleh bla skali time riadah laaa... bila tengah berlari je .. menda tu bergerak.. ke kiri ke kanan dan seterusnya. panas kot aku! haha... tapi, kadang2 aku ngelat je.. aku tak pakai pun menda ni. dia bukan ingat pun sape kan. HAHA. keji gila aku ni.. Lepas tu kan. dia ada bagi amanah lain lagi... nak tau pe dia? 

Kena cari semua signature JPP ..sape tak dpat brape yg dia nak.. nanti kena denda 


Aku pun dapat skit jeee.. HAHA. sbb taknak mintak sangat.. sbb kann.. ingat dia nak kasi free je ke tanda tangan diorang? at least.. kalau nak dpat tandangan tu.. korang kena do something utk diorang tau tak? for example, menyanyi..menari..baca doa.. n yang seumpama dgnnya laa. so, sbb tu laa aku punya tak penuhh.. pastu, bukan senang nak tau mana satu diorang. da la diorang guna nama artis sebagai nama samaran. waaa. mmg susah kot aku nak kenal. tapi papepon, best la jugak orentasi ni. not bad.. HAHA. habis cerita pasal orentasi... 

Kita beralih pula kepada suasana bilik aku... kalau nak tau.. ni haaa.. ni la tempat aku lepaking everytime lepas class.. 


Ni pulak roomate aku..nama dia KEN . dia drpd SABAH :)


What To Say About Him , bagi aku dia ni baik laa.. aku slalu pinjam barang dia.. such as, iron, charger.. ape lagi tah. pastu dia slalu bagi aku sarapan pagi. adehh. then, dia selalu ikatkan tali leher (tie) aku sbb aku tak pandai ikat. HAHA. wei, aku tak buli diaa laa. aku mmg tak reti ikat tali leher. sobbs.. 

Lagi nak cerita pasal ape lagi ehhh, class plak so far so good laa.. dah ada esaimen banyak plak tu. suka suka. to conclude, aku rasa IPBA ni best laaa jugak. even tak besar mana pun. haha. tapi ok lah kann. kawan-kawan kat sini plak bleh tahan laa friendly. sume baek2 aku rasa.. oklah, nanti ada citer lain aku letak lagi eh kat sini. hehe. babai! :)

Time ni projek tanam bunga raya . time ni jugak la first time aku pegang cangkul untuk mencangkul tanah tanah! well done syed! good improvement! cisdale!

p/s : gambar classmate takde . sbb bateri camera aku takde. tp, aku baru je bawak charger ni. hahaa. boleh la amek gmbar. cess 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...