Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN JOURNAL : 10 HARI BERPUASA ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM


Sangkakah anda bahawa Ramadhan Journal adalah bahasa perancis atau  french? . Ramadhan journal tu maksud dia Diari Ramadhan. Aku tengok sana sini orang ramai je buat citer pasal diari ramadhan! mane aci! aku nak jugak beb, nak tau tak? secara habis jujurnya.. aku da draft entry ni selama seminggu tau! but, due to lack of idea..i postponed it until the 10th of fasting days. *speaking sangat, tak rasa nak lempang?* . So, harini saja kau dan aku dah dapat satu vocab french!. haha . ohh, enough of introduction. 


pakcekk! sedap sangat lauk2 pakcikk! nak skitt! kat KL non hado! T_T

Tahun ni, sbenarnya tahun pertama la jugak kiranya aku berpuasa tanpa keluarga di sisi, yelahh kann.. aku kan dari form 2 sampai lahh ke form 5 duduk kat rumah. so, memang tak pernah berenggang lah dari keluarga tu kalau nak tau. So, bila aku dah kena blajar jauhhhhhhhhhhh (Kl je pun) aku sangat rindukan suasana time berpuasa di sana! yeah, sangat berbeza seperti di sini.. Kalau kat rumah tu macam-macam keje aku boleh buat.. antara rutin aku kalau time skolah adalah seperti di bawah,
2.30 - Pulang dari Skolah (skima gila guna pulang. HAHA)
2.30 ~ 4.00 - Refreshment, Solat, Online 
4.00 ~ 5.30 - Angkut barang pergi Bazaar Ramadhan
5.30 ~ 7.00 - Online je duk depan laptop. HAHA. *jangan tanya aku study ke tak*
7.00 ~ 7.45 - Kemas-kemas barang kat bazaar termasuk berbuka sekali laaaa. then terus balik.
8.30 dan KEATAS - Pergi ke masjid untuk terawih, kalau aku tak gi terawih, aku akan online lagi. smpai pagi. HAHAHA
Tengok, siap boleh hafal schedule lagi beb! hahaha . ohh, forgot to tell you yang mak aku ni peniaga bazaar ramadhan je. Kitorang jual lauk-pauk untuk berbuka puasa dan juga mee & kuey tiaw goreng panas..So, disebabkan AYAH aku ada tanggungjawab dia sendiri, so.. aku kena la tolong menguruskan segala persiapan untuk berniaga ni agar segalanya berjalan lancar dan laris . Jangan tanya bila time aku study, aku ni bukan plajar yg straight A. so, aku study bila aku rasa nak study. *tapi macam tak pnah study je >.<* .


Ape motif aku bagitau schedule bagai kat atas ni? ada org tanya ke wei!? HAHA.. Ok, memang takde orang tanya.. tapi, aku cuma nak sampaikan.. betapa rindunya aku pada saat-saat itu..yelahh, dulu boleh buat macam-macam.. sekarang, bila da sambung belajar everything kena independent. eh, aku bukan tak reti nk berindependent! . tapi, quite hard la untuk orang yg pemalas macam aku yg cuma tau nak online 24 hours a day. haha .Lagi satu, suasana bazaar ramadhan dekat KL ni sangat berbeza dengan Temerloh! banyak gila kot perbezaan dia. Sebagai contoh,

Kuih tako!
Samada korang percaya atau tidak, Kuih yang macam ni memang takda dekat KL. serius. aku dah pergi bazaar area Kerinchi dengan Masjid jamek tu.. tapi, memang stakat ni aku tak jumpa lagi gerai yang penuh dengan kuih-muih macam ni... kalau ada punn.. elehhh.. kecikk je bekas dia... macam nak tak nak jual je. 
this reminds me of AMNI , dia pernah cakap yang dekat KL susah nak jumpa kuih macam dekat Temerloh. katanya tak banyak.. time tu memang la aku tak percaya. then, only now.. bila aku dah duduk kat KL sendiri.. baru la aku tau betapa susah nya nak cari kuih..


Tengah google jumpa plak kan bazaar tempat mak aku berniaga. haaa. ini lah dia bazaar yang dimaksudkan aku... mak aku punya tempat yang kanopi biru belah kiri tu.. (maybe) . Even dkat sini cuma Taman Perumahan biasa je.. tapi, kebanyakan orang yang beli dkat bazaar tu datang dari luar.. Kira, ramai gilaa lah orang bila time ptang-petang tu.. sebab, kengkadang diorang nak keluar pergi bandar sesak.. so, kalau taknak sesak.. pergi je beli dkat Bazaar Taman Temerloh Jaya ni.. menu pun banyak.. takdelah macam menu dkat Bazaar kerinchi ni..menu diaa.. kann.. asyik sama je.. peniaga bazaar ramadhan dengan pasar malam pun tak berubah! kami mahukan perubahan! PEHLISSS!

Disamping itu, bazaar dkat KL ni pun kalau nak pergi 3km jauhnya dari tempat aku . kena jalan kaki plak tu.. kalau berbaloi takpe. takut pergi-pergi je takde ape yg hado.. aku pernah pergi sekali je bazaar dkat kerinchi ni..so, disebabkan masalah sperti ini, aku lebih cenderung untuk berbuka puasa di Cafe yang berdekatan atau di kolej kediaman aku. ya, i did mentioned about kolej kediaman. means? HOSTEL or ASRAMA. hey! jangan ingat laki tak reti masak laaa.. we had been train on how to be independent okayh! stakat masak untuk berbuka puasa, apa lah sangat kann.. but, aku jarang sangat lahh join diorang buka puasa together. why? sebab aku lebih prefer utk makan kat luar.. ini kerana, bukanlah hendak menunjukkan yang aku SANGAT BANYAK DUIT sebab makan kat luar hari-hari. Tapi, aku lebih mementingkan kepuasan semasa makan. HAHA. *poyo ayat aku* . bukan pe, aku kalau bab-bab makanan ni mesti nak banyak je.. aku takut nanti tak cukup plak untuk aku.. so, sebab tu aku lebih cenderung untuk ke cafe >.<

Selain daripada cafe yang selalu dijadikan tempat berbuka puasa.. aku juga ade beberapa tempat lain seperti di bawah, 


KFC . aku sangat tak suka bila ada drumstick! . dan, bila ade drumstick ni aku akan suruh pekerja tu tukar dengan bahagian lain.. tapi kan, semalam...dia letak sampai 2 paha tau tak. then, aku suruh la kawan aku ni mintak tukar .. pekerja tu tukar 1 paha je.. means, ada lagi 1 paha laaa.. dah la kecik gila paha tuu.. aku pun puas tanya orang sape nak tukar bahagian dgn aku. memandangkan paha tu kecil, so.. memang takde sape yang nak.. Aku pun buat muka seolah-olah pasrah laa sebab macam tak kenyang je bila ayam kecik camtu...pastu, Amir ada lah kasi skit bahagian dia kat aku.. even aku tak mintak pun, aiyo.. bila aku dah makan ayam yang ke 2 tu.. aku tgk, ayam tinggal lagi seketul.. perhhh! perot aku da habis sumbat da nihh! memang tak leh nak gi dahh la weii...!. tu laaa.. tadi masa sebelum berbuka tadi kemainn sangat tak cukup banyak tuu... alih-alih.. haa. hamek ko.. tak terhabis! so, jangan TAMAK okay! 


Okayh, this one time last week! My first time buka puasa tepi jalan! HAHAHA. yeah, you should try it. quite fun.. and, okaylahh we had a very good time together. (dah macam ayat dalam jurnal language development aku je)  But, this one with the bloggers.. :) . Kalau ada masa boleh la buka sama-sama lagi eah! hahaha. #LOL . Tapii, tapiiii time tu tak sempat nak usha harga dekat SOGO. takpela, next time la plak. hehehe.. 

To conclude, 10 days puasa dekat KL is not bad but, i just missed my hometown. I hope like tomorrow is a
Friday, so.. I could back to Temerloh and enjoy my precious moment that much! i miss my mother! and, baru tadi umi telefon, umi cakap umi ada jatuh tangga.. hmmm, i hope that everything gonna be just fine laaa.. harap takde ape... bahaya kott kalau jatuh-jatuh tangga nii... sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)

18 comments:

aslann said...

urmm takdelah panjang mane punn..untunglaaa kan skrg dah jadi orang KL. bolehla perangkan rambut. buat tatu kt leher. haha.

pray for ur mum. may she be alright.

Unknown said...

berbuka kt umah mmg best..banyak makanan gitu..yeahh n thn ni alhamdulillah sbulan bkesempatan untuk bpuasa d umah..jgn jeles yerk..hehe

*oh yea bbuka ngn kwn2 pun best gk..lagi ramai lagi best...weee ;>)

Kumbang Jingga said...

SG..aku tengok pic KFC tu terus ngidam nk makn hehehe

Farid said...

Hurm... KL ni ada je kuih Tako tu... cuma tak jumpa je kan... haha... xpe.. cuba lagi...

Kalau gerai kuih yang macam-macam ada mungkin tak banyak kot... tapi mesti ada gak yang jual pelbagai kuih...

Biasalah, kalau dok luar kawasan sendiri... berbuka kat mana-mana pun xpe... best apa... bukan senang nak buka merata-rata, bulan Ramadhan sebulan je setahun kan...

Apa-apa pun jurnal ni memang diari la kan... haha... bagus2... pengalaman kan.. :)

Unknown said...

tetiba teringin lak nak makan kepsi.. huhu..
berbuka ngan family la paling best.. trus x sabar nak balik kampung..

smoga mak awak baik2 sj.. ^__^

SweetyMui2 said...

wow.tak pernah bukak tepi jalan.hebatla korang.hahaha

@taufiqhelios said...

panjangnye syed mencarut..haha

Anonymous said...

syed,nak tnya la ,.betul kew intro tuh ..dat means ..ramadhan journal from word french ?? ..hehe .

yampe =) said...

bazar kerinchi x ad pape kn? balik2 mknn y sme. ak sggest g lah bazar kt uia. ak pun x prnh g gk. tp lg besar dri kerinchi. x pun mai la mkn kt um. try kolej 11 punya western food. puas hati. murh pun murh. konyang lg. kolej 12 byk mknn bese je. nk try nasi ayam penyek, kolej 1. wah, promote um plk. hoho

Rtp Farra Arisha said...

klo kat sini plak byk kuih muih jawa!! hari2 dok makan kuih yg sama. it's quite boring. rindu nak pergi bazar ramadhan lagii!!
kfc is always be my first choice.

hoping ur mom is going back to normal. kirim salam kat ur umi!! :)

Noraien said...

wahhh,dah jadi org KL laaa skrg..buka mam KFC seyh ! terbaik ~ hehee (:

hope ur mum x aper2 !^^

QERY HASAN said...

ko panggil kuih tako?? aku panggil kuih tepung pelita.. -__-" ke memang kuih ni lain dri kuih aku?

Salim Harmanain said...

rilek la...nanti lama2 biasa la tu...tapi kalau boleh balik rumah lg best ^^

AnakPakZohar said...

kuih tako dengan tepung pelita ... same je.. kat jhor pon panggil kuih tako... hehhee.. panjang kann.. memang betul2 journal nieh.. huhu...

munira sajuti said...

maigaddd, hensem nye mann >.< HAHA eh aku pun ade laa cite pasal ramadhan ni,, cambest nak mencarut cam ko kan? tapi kan weyh kuih tako tu, kat sini panggil kuih sampan @ pelita. nama tako cam xbest je. kbai

Syazwan said...

already used to KL? good for you man.

hoping ur mom is okay too

Blog Eazy Izzuddin said...

raya nanti balik lah hometown..
;)
merantau besh ouh..
xD

Toyota Parts said...

did anyone ever doing a research on islamic fasting (Shaum) specially shaum sunah monday and thursday and its beneficial to diabetic?where could i find a literature about it?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...