Monday, July 16, 2012

11 TABIAT LELAKI MALAS


ASSALAMUALAIKUM

Harini rasa macam nak update pasal TABIAT LELAKI MALAS. Ya, setiap orang pun sebenarnya tak lari dari sifat malas ni. Cuma, lelaki ada cara dia sendiri mengekspresikan TABIAT malas mereka. HAHA. betul ke ni? Apa kata korang checklah samada tabiat ni ada ke tak dekat korang punya ayah/keluarga yg terdekat. hihi. 
 11 TABIAT LELAKI MALAS
1) TIDAK MENCUCI PAKAIAN 

Tak dinafikan lelaki ni agak malas skit kalau bab2 cuci pakaian ni. Tapi kalau yg prihatin sangat dekat apa yg dia pakai, biasanya dia akan basuh setiap kali selepas guna. Biasanya mereka ni akan kumpul seminggu baju2 yg diorang dah pakai. Lepastu, basuh sekaligus semua. Takdelah nak basuh tiap tiap hari. Leceh. Laki ni tak suka buat kerja banyak kali. Tapi takdalah sampai istillah TIDAK MENCUCI PAKAIAN. Kami cuci lah. Segelintir je yang mcam tu. haha.

2) TIDAK MENGEMAS RUMAH

Jujur. yang ni aku pun kadang2 malas jugak. HAHA. bab2 menyapu sampah, kemas sana kemas sini ni aku lemah sikit. Tapi tak bermakna bilik aku tak kemas. Bilik aku still sedap mata memandang. Cuma takda lah tersusun gila. Tapi kalau jumpa lelaki yg menitikberatkan sangat pasal faktor kekemasan ni.. masaklah awak semua wahai perempuan. Kalau awak jumpa lelaki yg sukakan kekemasan, takleh selerak sikit pun. Memang susah lah kerja awk tiap kali nak kena pastikan rumah kemas sebab takut suami mengamuk. Eh!.

3) TIDAK MEMBASUH PINGGAN

Yang ni pun aku setuju jugak. Sebab lelaki ni lepas makan susah betul nak basuh pinggan. Lagi-lagi kalau diorang yang masak. Kadang2 lelaki ni masak sedap. Tapi bila masuk je kat dapur. Amboi kau terabur gila sampai takda rupa macam dapur dah. Aku tengok dekat twitter dan facebook pun ada jugak mereka yg mengadu lelaki ni susah betul nak basuh pinggan. Bagi aku sendiri, lepas makan basuh pinggan tu memang perkara yg WAJIB lah. Sebab mak aku dah didik aku dari kecik lagi. Lepas makan, tak kira lah dekat rumah sendiri ke, rumah org lain ke, jangan tinggal pinggan tanpa DIBASUH. Sampai sekarang sy ingat tu. 

4) TIDAK MENGGOSOK BAJU

Tak dinafikan ramai jugak lelaki yg malas nak gosok baju. Aku tak tahu kenapa mereka malas nak gosok baju. Tapi pada aku, Aku memang tak boleh keluar kalau TAK GOSOK BAJU. Tak gosok baju = Takda konfiden nak tempuhi hari hari yg mendatang. Amboi. Sungguh ni. Kadang2 tengok baju depa ni habis kedut  seribu. Tapi still confident. Kalau aku memang tak boleh lahh. Kadang2 seluar pun aku gosok jugak. Pernah sekali tu aku iron seluar trek, sampai hangus. Sebab kain dia bukan material yg sesuai untuk digosok. Kan dah makan di api. kahkah. 

5) TIDAK BERCUKUR

Amboi. Kalau tengok dekat gambar ni. part ni kemain BESAR LAGI SAIZ FONT DIA. HAHA. Obviously benda ni adalaah benda yg paling ketara dkat lelaki. Bagi aku, kalau jenis yg tak berjanggut, bermisai ni tak kisah lah sangat. Kalau macam aku ni.. cukur harini esok dah tumbuh.. lebih kurang dalam seminggu camtu dah banyak balik. Fedup tau kadang2. Sebab tu kalau time cuti sem ke apa, saja je biar dia panjang gila mcam org tua dulu. Lepastu, baru aku shave. heh.

6) RAMBUT KUSUT

Tak semua suka berambut kusut ni. Biasanya rambut kusut ni yg jenis suka simpan rambut panjang2, lepastu tak reti nak sikat. Aku sendiri pun rimas.. Tapi, kalau aku.. aku memang tak suka simpan rambut panjang2.. and setiap kali nak keluar pun aku akan sikat rambut lengkap with gel. Benda ni pun bersangkut paut dengan self-confident jugak. Kalau tak pakai gel tu macam ada something wrong dekat diri sendiri dan macam tak yakin nak berhadapan dgn org ramai. Rasa kekurangan pada diri sendiri.

7) TIDAK DATANG KE PEJABAT/KULIAH

Benda ni aku malas nak ckap. Sebab laki perempuan pun sama je. Benda ni pucuk pangkal dia disiplin yang ada dalam diri korang. Kalau korang sedar tanggungjawab korang sebagai pelajar dan pekerja. Takdelah korang nak ponteng kerja or kuliah. Cara kita dibesarkan lain. Masing2 dibesarkan dgn cara yg tersendiri. Kalau dia dah dibiasakan dengan disiplin. Maka berdisiplin lah dia. Aku cukup tak suka kalau ponteng2 benda macamni. Aku sedar tanggungjawb aku sebagai seorang pelajar. Sebab tu kadang2 aku hangin jugak dengan mereka yg ambik mudah pasal kedatangan dia ke kelas. *sigh*

8) TIDAK MENCUCI KENDERAAN

Are you sure? Sebab setahu aku kereta lelaki lebih kemas dari kereta perempuan. Lelaki kan suka dengan benda2 macam ni. Mungkin kalau yg berkerja n yg dah berumur sikit tu, Wallahualam lah. Kwan2 aku pun tak ramai yg berkereta sendiri. So, bila nak judge tu rasa macam tak adil lah jugak. Tapi agak tidak setuju dengan yg ni. hehe 

9) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN DIRI

Penampilan diri adalah sangat penting bagi aku. Aku akan pastikan aku pakai benda yg betul dan kemas. Sebab benda ni pun melibatkan keyakinan dalam diri. Kalau benda yg kita pakai tak kemas. Memang serius takda self confident. Taktahulah pula bagi mereka yg tak menjaga penampilan diri ni apa yg dia rasa. 

10) TIDAK SUKA MEMBACA

HAHA ok yg ni betul kot? . Sebab aku pun malas membaca. Bukan malas. Tak suka. Lagi2 buku akademik. Kalau macam baca blog ka apa ka boleh lah. Kalau bagi buku akademik ni memang pegang 2 minit dah tertidur lah. 

11) TIDAK BANGUN AWAL PAGI.

Saya selalu bangun awal pgi! Sebab saya nak pergi kelas. Kalau takda kelas pun ada jugak lah saya bangun awal pagi. Tapi tidur balik lah lepastu. kalau tak tidur sy buat kerja lain. hehehe. Tapi tak fair lah nak cakap org yg tak bangun awal pagi ni pemalas. Sebab, manalah tahu malam tu dia tidur lambat. So, logiklah kalau dia bangun lambat kan? 

Ok, dah habis semua 11 perkara. Sebenarnya benda ni  tak semuanya betul. Cuma bergantung cara korang menghandle diri korang sendiri. Kalau korang orang yg berdisiplin dan sangat mementingkan segala apa yg anda pakai dan cara anda berhadapan dgn komuniti, tak wujud sifat malas  ni dalam diri. Kalau benda ni dah ada sikit2 dalam diri, sama2 lah kita jauhi sebab MALAS ni adalah penyakit yg paling bahaya. Lebih bahaya daripada dadah. Sebab dia membunuh kita secara perlahan-lahan dan terus hancur binasa bila sudah sampai waktunya. Rasa dah taknak hidup. eceh. Oklah, itu sahaja buat kali ini. Thanks for READING :')

Sunday, July 15, 2012

BUDAK SEKOLAH GOLONGAN POPULAR DI FACEBOOK & TWITTER


ASSALAMUALAIKUM

FAMOUS? Apa yg ada pada famous sebenarnya? Aku tak tahu kenapa aku tergerak hati nak jadikan topik famous sebagai bahan blog aku kali ini. Aku rasa mungkin sesuai cakap pasal famous ni, yelah kan.. sekarang dengan kehadiran pelbagai social networking which is facebook, twitter, youtube and banyak lagi yg pelik2 tu.. dan bila banyaknya wujud social networking site ni, mereka especially pengguna social networking ni lebih cenderung untuk mengejar POPULARITI berbanding menggunakan social networking tadi atas sebab2 ingin bersosial secara virtual dan berkenalan dengan kawan-kawan alam maya yg sebelum ni kau pun tak kenal siapa dan muncul dalam hidup kau secara tetiba. ouch. 

So, dah jelas tak kenapa aku nak update pasal famous ni? Aku rasa dah clear dah ni. Meh sini kita singkap satu persatu senario yg berlaku dekat facebook dan twitter

SENARIO DI FACEBOOK
Macam mana kita nak tahu seseorang itu famous di facebook? Ok senang je. Kalau tengok apa yg diorang update dapat banyak gila LIKE. tu tandanya RETIS facebook lah tu. Nak pulak kalau update status ayat nak bagus. Entah mana dia copy pun aku tak tahu lah. Lagi satu, bila upload gambar, ayat tak lain tak bukan "Sila LIKE kalau rasa saya handsome" dan yg seumpama dengannya. Kalau dalam masa 10 minit dah beratus2 like tu.. tandanya dia femes ler tu. hekeleh suka hang jadi femes.

SENARIO DI TWITTER
Kalau kat twitter ni, lain sikit daripada facebook, famous di facebook tak semestinya femes di twitter. Kadang2 sampah je diorang dekat twitter ni. kahkah. Famous di twitter dilihat kepada bilangan FOLLOWERS yang dah sampai puluh ribu sedangkan dia follow tak sampai berpuluh pun. WOW! Hebat siot. Entah macamana kau buat pun aku tak tahu. HAHA. Lagi satu, kalau depa famous, bila depa tweet ramai gila yg duk RETWEET tweet diorang tak kurang jugak yg FAVORITE tweet diorang. 

Ok, dah jelas tak ta'rif famous bagi kedua-dua social networking di atas? haha. Sekarang, korang tahu tak golongan mana yg paling banyak famous di SOCIAL NETWORK?. Kalau tak tahu, meh sini ceq nak habaq mai. Kalau nak tahu, base on my observation org yg FAMOUS dekat Social network ni mostly adalah PELAJAR SEKOLAH. Betul kalau tengok dekat facebook, yg banyak nak mati like tu, semuanya pelajar sekolah. Orang tua mcam aku berapa ketul lah sangat like. Kadang2 takda pun. 

Kalau kat twitter pulak, budak sekolah jugak yg ramai twitfamous ni. Aku pun tak kenal diorang. Sebab i tak follow budak budak hokayh -.-" . Kadang2 pelik jugak aku, budak sekolah tweet pasal cinta cinta semua. Entah dari mana depa ni kutip ayat2 cinta camtu. Sedangkan yg dah kahwin pun tak cakap pasal hubungan bagai ni. Tapi rupanya budak sekolah lebih arif pasal ni. HUH

Siapa yg cakap aku jeles sebab depa famous itu adalah sangat tak masuk akal. Mohon cuci otak awak dengan clorox ka apa. Takda masa aku nak jeles dengan korang yg famous ni. Famous2 awak semua pun belum tentu masuk syurga. Banyak like dekat facebook pun tak semestinya kalau takda like macam saya tak masuk syurga.. Banyak followers dkat twitter pun belum tentu semua followers awak tu puji2 awak. Awak tak tahu belakang awak depa maki2 awak. KahKah. Stop seeking for popularity. Get a life! Takda apa pun yang awak dapat dari jadi glemer di social network ni. Baiklah awak fokus study tu semua. Dapat lah jugak jadi pandai. Bila pandai org suka, semua senang dengan awak. :')


FIRST TIME MAKAN TUTTI FRUTTI #MYFIRSTTIME

ASSALAMUALAIKUM

Ok, entry ni nampak macam kepochi sikit lah. First time makan tutti frutti pun nak canang dkat org ramai kan? haahaha. Tapi lantak lahh. Nak jugak bagitahu yg aku dh mkan tutti frutti ni. Aku sebenarnya dah lama teringin gila nak makan menda alah ni. Akhirnya niat aku tercapai pada 8 July haritu. Dan aku baru nak bagitahu harini yg aku dah makan tutti frutti! HAHA. Aku ingatkan harga dia mahal gila nak arwah. Rupanya takde lah mahal sangat. Bagi aku reasonable lah jugak.

Bagi aku, tutti frutti tu sedap lah jugak. Sebab dia rasa yogurt *memang yogurt pun* dan dia frozen. Ahhh memang best lah. Topping dia pun aku suka gak. Aku makan dekat Tutti Frutti The Curve haritu.. 
Ni tempat diaaa , 


Cantik jugak kan? LOL. Aku rasa semua tempat sama je pesen design dia. kahkah. Aku makan murah je kot aku rasa. RM 10. 50 je.  Nak tahu apa je aku ambil? Jappp...


Aku ambil flavor Apple rasanya haritu. Topping tu aku pakai hentam je ambik. Banyak sangat choice. Pening kepala rasanya nak ambil mana satu. So, corn flakes menjadi pilihan. hehe. Kepada yg risau sangat nak makan tutti frutti ni, jangan risau sangat lah. takde lah mahal sangat rupanya. Aku ingat satu mangkuk yg kecil tu boleh mencecah RM20 something. hehe. 
p/s : Aku memang kepochi makan Tutti Frutti pertama kali pun nak update dekat blog! 

Saturday, July 14, 2012

Giveaway: Genting with Rayyan Haries

ASSALAMUALAIKUM

Ehem, tetengah berjalan dekat pesbuk tu haa... Tetiba ternampak someone post about percutian ke genting secara PERCUMA!. i repeat ya, PERCUMA.. means.. FREE. Awak suka barang free? Saya suka. Eleh tipu lah kan kalau cakap tak suka. Kalau sy cakap saya nak belanja awk starbucks awak  nak? Suka kan? Elehhh takyah jawab sy dah tau yg awak suka. hikhik. *ok sila lempang sebab banyak mengarut*.
Sebenarnya saya kenal tuan punya belog yg buat GIVEAWAY ni. Dia senior saya sebenarnya... ni dia,

 Aku tak tahu lah dia ingat lagi ke tak dekat aku. HAHA

So, untuk meneruskan upacara GIVEAWAY ni, dia mintak supaya masukkan gambar percutian yg TERAWESOME sekali. Saya secara jujurnya takda gambar awesome pun. Ya, sy tahu sy awesome, tapi gambar saya yg tak awesome. jgnlah salahkan saya. Kahkah. Lagipun laptop baru lepas format. So, semua gambar dah hilang. Ni pun aku kutip2 yg dekat album Facebook je. Takpelah, tak awesome pun takpe. Janji i want to give a try. 

Keindahan Pantai Klebang yg membiru... yg turut dihiasi dengan menda alah satu Malaysia tu. Ok nice. Eh
Walaupun awak cakap gmbar saya yg ni tak awesome, tapi bagi saya, tetap awesome sebab ianya gambar saya bersama ummi saya. Awak ada? Elehhh jeles lettew. bye .
Okkk, tu je gambar yg TERawesome yg aku dapat cari :(  . Then, bawah ni ada link-link mereka yg terlibat dalam menjayakan GiveAway ni. :) 
Okay, Sila lah klik Link link di atas untuk pencerahan yg lebih cerah dan jelas. LOL . Saya rasa saya dah menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan untuk join GA ni. So, Saya harap saya berjaya memenangi percutian ke Genting Highland ni. HEHE. Akhir kata, saya seru awak semua supaya join GA ni. Macam seronok pula kan bila pergi ramai2? :)

Untuk join,
CLICK : HERE


Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK SATU MURID SATU SUKAN SATU MALAYSIA DI IPG KBA


ASSALAMUALAIKUM

Harini, bersamaan dgn 20 Julai 2012, SELURUH sekolah dan IPG satu Malaysia melakukan aktiviti senamrobik.. so, IPG KBA yg tercinta aku ni pun tak terkecuali daripada melakukan aktiviti ni. Kami buat pertandingan tau. Pertandingan senamrobik. Banyak hamper untuk dimenangi. Tapi, satu hamper pun tak melekat dekat kelas aku. hahaha takpelah tak kisah pun. Sebab kelas kami memang tak minat bab2 menari ni. *ye ye je aku ni*. 

Tentatif program dimulakan dgn bacaan doa, ucapan perasmian daripada siapa eh tadi. Alamak tak ingat *kantoi buat kerja lain time dia bg ucapan* Then, mula first session. First session ni semua org kena menggunakan step yg sama. Pertandingannya pulak dekat sesi ke dua. Bila dia pasang je music, Setiap kelas kena ada step masing2.. Tapi setiap org menari serentak pada waktu yang sama. haha. Kelakar sbenarnya. Aku dah lah tak pandai menari ni. Buat step sendiri je aku rasa. Tapi takpelah, Quite fun and enjoyable disamping dpat menyihatkan tubuh badan *gittew* 
GAMBR SEKITAR PROGRAM SENAMROBIK

Dah ... Sebenarnya banyak lagi gambar lain. Tapi tu lah. Susah nak upload. Lembab. Tak terdaya aku nak upload semua. Cukuplah dengan apa yg ada. hahaha. Papepun, seronok menari. Even macam nokharom je. kahkah. Untuk masuk IPG. Sepatutnya sekolah je yg join. Tetiba kami terlibat sekali. Untung sangat kan? em em.

Sunday, July 8, 2012

MISI 20 BIJI MEATBALL DI IKEA


ASSALAMUALAIKUM

Kali ni nak cerita pasal makan2 di IKEA. hehe. Actually, aku tak tahu siapa yg mencetuskan idea untuk makan di IKEA ni. Aku rasa aku lah kot. HAHA. Tapi, aku tak cakap apa pun. Aku cuma ckap "Teringin pulak nak makan meatball" Ahhh lebih kurang camtu lah. kikiki. Then, Tetiba mereka pun menyahut ajakan aku untuk turut pergi ke IKEA pada hari Sabtu iaitu semalam. Ni kali ke brape eh aku makan dkat IKEA ni... aku rasa tak smpai 10 kali lagi.. Kitorang pergi sana naik LRT putra ke Kelana Jaya and ambil teksi untuk ke IKEA. Sepatutnya naik shuttle bus, tapi... MALAS nak tunggu.. so naik teksi ramai2 nasib baik ler teksi tu nak ambil jugak penumpang walaupun dah 5 org naik teksi. kahkah.

Sampai je kat IKEA.. Amboi kemain ramai org. Perut dah lapar dah. Time tu pukul 2 kot. ke pukul 3 petang. entah aku pun tk sure. Dengan tak breakfast nya.. mmg lapar kenmain lah. Tanpa berfikir panjang, aku order 20 Biji Meatball! Haaa.. amboi nafsu aku.. nafsu naga betul. 


 Perkara yg paling melemahkan di IKEA adalah beratur. Dah lah lautan org ramai gila wei kat sana. Sabar jelah. Perut memang dah meronta minta diisi. Apa yg diperlukan pada saat ini adalah bersabar dan pastikan tahap kesabaran kita berada ditahap yg TINGGI untuk dapatkan 20 bijik meatball! hehe.


Alhamdulillah. Setelah berpanas, berhujan akhirnya dapat jugak menyantap 20 Bijik Meatball! Kenyangnya takyah ckap lah. Sampai tak larat nak masuk mulut dah aku rasa. HAHA. Oh ya, Time dekat IKEA tu, terserempak pulak dengan kawan sekampus yg berlainan course.


Fatin Awanis nama dia. Budak IPBA jugak. hehe.. Mula2 tak perasan tau dia duk sebelah meja kitorang. Otak aku pulak time tu asyik teringat ke makanan je. Manalah nak pandang keliling. Sekali pndang. Ehhh macam familiar je. heehe. Lepas tu, dia tangkapkan gmbar kitorang ni...... :)

Thanks kepada awak semua yg teman saya untuk mengisi hari SABTU saya yg bosan jugak kadang2 tu. hihihih :') . Thanks juga kpada yg susah2 baca entry tah hape hape aku ni. 

Saturday, July 7, 2012

PENJELASAN KEPADA KARL SHAFEK BERSERTA UCAPAN MAAF

ASSALAMUALAIKUM



Pepagi buta gila macamni aku masih tak tidur lagi. Saja nak update sesuatu sebelum tidur and i think menda ni macam penting lah jugak sebab didorong rasa bersalah sekali dalam diri ini. Semuanya bermula atas tindakan diri aku sendiri yg tetiba gila nak kacau semua artis dkat laman twitter. Seriously aku bosan gila dan taktahu nak buat apa, so..biasalah bila kita tweet artis kan..dan biasalah artis biasanya mana pernah balas apa yg kita tweet. Melainkan kalau dah tweet sejuta kali baru dia balas. #EhYeKe.

Akhirnya, pada 7.7.2012 , aku akan pahatkan tarikh ini di dalam sejarah hidup aku dimana aku telah 'bergurau' dengan seorang artis yg mcm terkejut dgn apa yg aku tweet kat dia. Beliau ialah Karl Shafek.

Semuanya bermula dgn tweet aku yg nii....

Ni lah tweet yg aku bagi kat dia mula2, bagi aku.. aku nampak tweet ni macam main2 je. Seriously takda langsung keseriusan dalam tweet ni. Emoticon pun aku masih letak. Kalau aku serious, takda aku nak letak emoticon dgn "em em" tu.. Tapi, mungkin bgi org yg tak kenal aku.. Mana lah dia tahu aku menmain ke or serius kan. Nak2 pulak Karl. Ermm. Lepas tu, dia balas..

Tweet aku tu macam mengembalikan balik peristiwa di mana yg kereta dia memang BETUL BETUL DILANGGAR! . Sangat KEBETULAN. Aku tak sangka yg kereta karl pun mmg betul2 dilanggar. Kiranya nampak macam aku menuduh dia lah kalau tweet aku tadi diambil dengan serious.. Lepas tu, followers aku yg tiap hari duk bertweet dgn aku mesti lah tau aku macam mana. Mestilah tau yg aku bergurau ke atau serious. Aku terharu sangat dengan diorang yg menerangkan keadaan sebenar dkat Karl bila aku kena tweet limit. Mubarak, Aina, Nyamuk Terbang, Cyma, Ijat, Nanal, Reen, Elyani, Munira Sajuti, Daus Pozi, dan beberapa org yg lain lagi lah!. thanks korang! :)


Dan untuk awak, Seriously.. sy tak terniat even SEDIKIT pun nak cari publisiti murahan ke apa. Awak tak kenal saya camne, so jangan nak judge saya sangat lah. Org yg rapat dengan sy je tahu sy camne. Awk follow saya pun tak nak serkap jarang pula. Eleh mengada. 
Sedikit interaksi KARL dgn kwn twitter aku

At last, Karl pun memahami situasi dan memahami gurauan yg aku cuba sampaikan, ermmm. Thanks for that and he even asked me to treat him Milo ais dgn KEROPOM lekor. Keropom lekor tu sebenarnya typo kwan aku...pazlee. ni tweet dia.. 


So, aku saja membahan typo si pazlee ni. Karl ternampak kot tweet aku tu. So, datswai dia eja KEROPOM jugak. Sian typo kwan saya kena bahan. kakaka padan muka pazlee.

Kalau nak tahu, sepanjang aku kena limit tu aku tak tenteram kot. Takut jugak isu ni dipanjangkan dan lgi satu bengang sebab kena tweetlimit dan tak dpat nak menerangkan cerita dia yg sebenar kepada Karl. Bila aku dah habis limit je dia dah tidur. Sebelum tidur, dia ada tweet...


Dia cakap saya dah jadi kawan baru dia. Ok, sy nak tengok sama ada dia maksudkannya atau pun tidak. Bukan bermaksud yg aku buat benda ni semua semata2 nak berkawan dgn dia. Tapi ia adalah spontaneously. Aku kacau semua artis kot dalam satu masa. Takkan lah aku nak berkawan dgn semua artis? Betul tak? Attention seeker sangat aku ni rupanya. Memang tak lah. Depa pun tak pandang aku. HAHAAHAA. Tapi aku respect lah jugak skit dkat Karl ni.. dia melatah sekejap je.. mungkin sebab terkejut.. lepas tu dah ok.. :) .

Ohhh ya, akhir kata.. dengan ini, sy betul2 meminta maaf di atas tweet saya yg pada mulanya hanyalah untuk bergelak ketawa tetapi akhirnya jdi camni pulak. SORRY , dah takda apa dah yg aku dapat ungkap. 
Ohhh ya, Karl.. ni kawan saya pesan..


Betul tu Karl. Apa yg awk tweet semua org baca. Semua org tengok. So, bila Karl cakap sy "SEWEL" tu seolah2 mcm kasar lah jugak kan sebab Karl pun tak kenal saya. Kalau Karl mmg dah kenal saya dan kawan rapat, nak panggil saya gila ke, sewel ke, mental ke apa suka hati lah. sy tak kisah pun..  Saya rasa tu sahaja buat waktu ini.. dan saya akhiri dengan ucapan MAAF lagi sekali. Let me know kalau awk dah maafkan sy. Sekian, Terima kasih. 

p/s : Kalau nak tuntut KEROPOM dgn MILO AIS bagitahu saya. HAHAHAHA ok -.-"
Ohhhh.. Karl pun ada belog rupanya 
www.karlshafek.com

Wednesday, July 4, 2012

JOM MAKAN DI HR. STEAK HOUSE KG. BARU


ASSALAMUALAIKUM

Ehem... Harini aku nak bawak korang jalan2 di HR. Steak house @ Kampung Baru! . *feeling pengacara jalan2 cari makan* . kahkah... takdelah, nak cerita ni... malam ni aku dinner dekat HR. Steak House.. Sebab aku dinner dekat situ adalah kerana kawan aku, Afiq..dia mengidam benda ni... A day before, which means, semalam.. kawan2 aku yg dari kelas lain dah pergi dah tempat ni.. So, aku pun rasa macam teringin jugak lah sekali and kami pun mengambil keputusan untuk pergi beramai2 ke sana. Tapi, atas sebab yg aku tak tahu kenapa.. some of them tak nak pergi. masih tido katanya... So, kami pergi ber-tiga..

Sebelum pergi tu.. aku macam konfiden je yg aku masih ingat jalan nak pergi ke sana. Sebab sebelum ni aku pernah lah pergi steak house tu. Tapi, sekali je lah.. dan aku act like professional gila lah konon depan diorang, tapii... sebenarnya aku pun tak ingat dah jalan nak ke sana! HAHAHA. Then bila dah sampai je setelah meredah beberapa stesen LRT, kami pun meneruskan perjalan...Sesat jugak lah.. mana aku tahu jalannya. Terpaksa lah tanya 2 3 org yg lalu lalang kat situ dan akhirnya Alhamdulillah selamat dijumpai.


Bila dah sampai, order lah benda apa yg nak dimakan. Aku order Chicken Combo Moroco apa entah mula2, tapi dia cakap ayam dah habis and dia suruh order benda lain. So, aku pun bertukar lah menu kepada Beef Morocco Rice kot? ahhhh aku pun tak tau. Nama pelik2. Aku org kampung oi. #Eh.. Air pulak aku order jus tembikai. omnomnom sedap oi. Tunggu dalam 15 minit something dah sampai dah juadah!. Pelbagai juadah yg diperagakan *macam baju pulak* dekat sini!. Ambik masa setengah jam lah jugak untuk orang macam aku nk pilih. harharhar.


Ok, ni apa yg aku order. Gambar teruk lah. Malu nak buat Flash. Org pandang oi. HAHA. Aku suka benda ni, first sebab dia punya sauce blackpaper tu rasa pekat dan pedas. Daging dia pun boleh tahan lah banyak. Nasi tu even rasa tomato je, tapi bila dimakan sekali dgn sauce tu rasa dia macam blend lah, matching.. Cuma kalau jagung aku tu besar sikit, mesti sedap. HEHE k. Daging pun kalau lembut sikit lagi mungkin perfect kot?


Jus tembikai ni pun sedap jugak. Sebab gelas besar. Kalau kecil mungkin aku cakap tak sedap. Sebab tak puas. HAHAHAHA. Rasa dia pun tk manis sangat. ok lah. *ala2 juri masterchef*. 


Tadaaaaa! dah habis. licin wei. hahaa


Haaaaa. Aku pergi dengan dia ni lah, Afiq. Sat sat. ada lagi sorang -.-


And he is Ken, Chicken. Eh. HAHAHAA k tipu .

Okay. Aku rasa tu je lah cerita dia.. dan kami sangat berpuas hati makan di sini. Kalau tokei HR Steak House terbaca blog aku ni boleh la undang aku untuk makan free ke apa. HAHAHA. Akhir kata, kalau kau orang nak makan steak yg murah dan berpuas hati..makan lah kat sini.. harga pun reasonable! :)
p/s : diorang bayar SEJUTA duit dekat aku untuk promote restoran diorang. AHHAHA
p/s : Tokei kedai len kali pasang signboard lah. kami dah sesat dah tadi :( 

Tuesday, July 3, 2012

SI KUNING MENCURI HATIKU


ASSALAMUALAIKUM

Ehem, nampak tak yg aku dah rajin sikit lah update blog. Walaupun tak berapa rajin jugak lagi. HAHA. tapi at least effort untuk update tu ada lah jugak, walaupun update benda yg macam takda org nak baca.. Ok, ni aku nak cerita ni! Tahu kan benda apa kat atas ni? yang kaler kuning yg nampak macam menyelerakan gila ni... Kalau tak tau meh cikgu bagitahu.. tu namanya jagung bakar! Siapa suka jagung bakar angkat tangan!? . Ok, boleh turun sekarang. *cikgu sangat* . 

Aku tak tahu macamana terlintas dekat benak fikiran aku nak update pasal jagung. Nampak mcam pelik lah jugak. Eh jap, takdelah pelik pun.. biasa jelah kan.. pada update entry SEO yg copy paste bagai tu alih2 tak faham pun apa yg dia copy tu. wkwkwk. *ok ni bukan hentam mana2 pihak. sumpah tak tipu* . Sebenarnya  minggu lepas, time aku tengah bercuti aku balik Pahang (kampung).. so mak aku buatlah bubur jagung! . Aku benda yg berkenaan dgn jagung ni memang aku minat gila gila. favorite food kot menda ni. *padahal semua makanan faveret food aku* and then sekarang, bila dah ada dekat kolej, aku masih terbayang-bayang bubur jagung yang mak aku masak haritu. Bestnyaaa kalau dapat makan lagi!.


Haaaa... ni lah gambaran bubur jagung hasil daripada carian google! . Tapi tak nampak menyelerakan sangat lah sebab mak aku buat lagi menyelerakan rasanya. hehe. Time dekat rumah haritu aku makan 3 mangkuk penuh..tu pun rasa macam tak cukup.. Tengok2 dah habis. ai iz sad lah. 


Kalaulah dapat makan satu mangkuk yg besar gila macam ni confirm lah puas gila plus kenyang gila!!. Apa yg berbeza bubur jagung mak aku buat dgn yg jual kat kedai ialah rasa dia. Kalau mak aku buat santan dia pekat, rasa lah lemak segala semua tu. Tapi kalau kat kedai cair je..santan macam tak letak, lemak pun tak rasa..gula je yg lebih. Sebab tu lah bila nampak bubur jagung kat kedai, kena goncang2 dulu... Kalau cair jgn beli. Tak sedap. HAHAHHA ok tips merepek. 


Kalau tak dapat bubur jagung, aku selalu beli sweet corn ni. SWEET CORN ni memang AKU MINAT GILA GILA. Sebab rasa dia sedap! Lagi2 yg daily fresh ni.. sebab dia punya garam, marjerin semua tu mmg rata lah rasa dia. Kalau kat kedai biasa tu kadang2 tak rasa sangat pun. Kadang2 aku beli sampai 2 yg large untuk aku sorang. Tu pun rasa macam tak cukup lah. HAHAHA gila aku ni melantak ke apa aku pun tak tau. I'm getting obsessed with it! Sekali makan rasa nak 10000 ribu kali woi! . Bab makan memang serahkan je dekat aku. Jagung tu dengan waffle adalah gandingan yg ideal aku rasa! Enak, lazat, mengenyangkan... dan kalau awek lalu sebelah pun aku habiskan dulu jagung baru pandang. kahkah. 

Ok, habis dah cerita pasal si JAGUNG! :') 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...