Monday, May 9, 2011

IKEA GATHERING BERSAMA ARTIS . HAHA


ASSALAMUALAIKUM
Ehh ehhh, knapa tetiba je ada gmbar pinggan kosong? XD ...actually. misi aku pada harini ialah :
MENUJU KE IKEA DAMANSARA

Ikea? hoyy. buat apa kau nak gi sana?? ko nak beli barang dapur ke?? kata salah seorang sahabat aku.. erkkk... dgn selamba aku menjawab.. mana aku tau.. orang ckap dkat sana ada makan2 . HAHA. cam bangang. ok abaikan perbualan takleh blah tuh. keh keh keh..IKEA ni memang tempat orang dah kawen okay!? tapi serious aku tak sangka pulak kat atas tu ada jual menatang meatball ni..di mana, bila korang nak beli.. kena QUE panjang gila okay!. Semestinya aku tidak akan ke sini kalau tidak dibelanjai oleh Faizal..

Mula-mula aku ingat nak gi sana dengan bas je. ehh, tak.. actually dgn budak kecik je.. tp, tetiba perasaan kesian di dalam jiwa aku semakin menebal pulak kalau aku tinggalkan akak aku sensorang kat rumah. haha. so, nak tak nak.. tpaksa la aku bawak dia.. takyah la aku nak naik bas kann? tapi, yg tak best nya... aku juga yang kena drive. grrrr...kalau aku drive ko tlg tengok signboard takpe. ni takk. aku lah tgk signboard aku lah yg drive... tapi takpe.. perjalanan aku dari Shah Alam ke IKEA damansara ni tak sesat sangat pun! yess! aku bangga lagi sekali terhadap diri aku. hahaa... *pdhal sesat kejap dkat taman perumahan sape tah..
Owhh..aku sampai lebih awal dari yang dijangkakan..btolak pukul 9 dan smpai kol 10 kot? awal la kann? laju jgak aku bawak. HAHA..tp bila aku mesej si man yusoef ni "ehhh, aku da sampai. ko katne?" ohh. dia cakap baru nak btolak . krohhh... ternyata aku lebih awal.. itu menunjukkan yang aku memang seorang yg tepati masa. *poyo jap. Disebabkan semua tak sampai lagi..akak aku pun merengek rengek kat aku. dia cakap nak makan mekdi.. haishh..aku x leh tol kalau orang dok merengek2 ni. so, aku pun gi la kejap singgah kat mekdi dpan IKEA tu..Actually.semalam aku dapat kupon makan Sundae free kat situ.. sebab harii tu aku gi mekdi dkat shah alam... dia cakap mesen rosak.. and tak dapat nak buatkan sundae tu.. terus dia bg kupon..tapi, akak aku hilangkan kupon tu. grrr. tak pasal-pasal je kena bayar nak makan sundae. 

SUNDAE ni tak sedap. jgn beli
Dalam Pukul 11 suku camtu lahh.. faizal dgn man cakap dia da sampai dkat IKEA.. aku ade jgak pandang dkat IKEA tu. tapi, tak nampak plak batang hidung diorang tu. haiihhh. satu kepelikan yang melanda diri aku btol. .sebab, diorang cakap dkat twitter tadi.. diorang pandang aku dari jauh! okay fine. aku tak malu pon. lalalala~ . then, terus laaa pergi ke IKEA tu.. dan, nampak mereka mereka berdiri kat tengah orang ramai tuhh...aku mula-mula tak nampak lagi kelibat makhluk2 tuh. bila aku masuk dalam skit. oh yeh, baru aku nampak man..aku x sempat nak berkata-kata lagi man cakap "Ehhhhh, syed ke ni" 

HAHA. aku rasa nak tergelak sat time tu.. kelakar okay man cakap camtu. bukan kelakar ape. ntahhh, cara dia cakap lawak! aku nak gelakkk .. gelakk! gelakk guling guling.. tapi, takut orang cakap tak sopan. terus tak jadi gelak.. har har har...then, terus naik eskulator untuk ke atas..bila da cop tempat semuaa... faizal pun pi beratur nak order menatang haram jadah tu..lalu ditinggalkan kami di meja bulat bersama-sama wifey nya , man dan akak aku... 

Bila da siap order barang.. ehhh. order meatball tu..kitorang pun melantakk lahh cepat cepat... then, bila da 15 minit makan. *yeke 15 min? HAHA.. sampai la pulak nadia bersama ex boyfriend diaa. wahh, sama-sama merahh kot baju... ehem2...pastu diorang pun makan bersama.. awww. sweet takk mereka? HAHAHA..jom tatap gambar gambar makan! XD

EHEMMMMMMMMM .. BATUK JAP. HAHA
SWEDISH MEATBALL LEBIH ENAK JIKA TAKDE JEM STRAWBERRY XD
BAJU MERAH TU AKU YG HENSEM . TUDUNG HITAM AKAK AKU YG CHANTEK.
MUKA SEPARUH TU MAN YANG KEDING XD
MUKA TUAN YG BELANJA KAMI! HAHA.
HITAM PUTIH SEBAB GAMBAR DIA BLUR
MAN, cuba ko pose Ala-ala kau punya FB profile? HAHA
then , dia pun pose cam ni. lalala~
INI BUKAN JAM TANGAN. INI JAM LENGAN.
HARAP MAKLUM. lalala~
AKU YANG DAH KEKENYANGAN TIME NIH >.<
Okay dah la dulu..hahaha. ckup ckup. aku rasa da banyak gila da gambar ni..takut korang muntah plak tgk banyak2 kann.. Last but not least.. tatapi la gambar kat bawah ni. ok LAST one! hahaha

MASING-MASING MUKA PUAS! HAHAHAHA. takleh bla plak -.-"
Bila da siapp semua.. Faizal pergi kenduri kawen sape ntah. tapi bukan kawen dia la.. sebab bini dia ikut skali. HAHA..pastu, nadia plak pergi jalan2 dengan pakwe. lalala~ eh.. bkan pakwe. EX katanya...then, aku pun jalan-jalan jap dengan MAN dekat The Curve yg actually mmg takde ape pon kat situ. cesss. nama tempat nak gempak. tapi ape je ade ntah.. aku pun taktau..Bila da abeh round satu the curve? *satu the curve ke? errr..then, masing masing bawa haluan sendirikk. babaii . Eh, jap. sebelum cauu.. aku sempat tanya man.. jalan nak ke mana tahh.. tapi dia jwab tak tau. grrr. sangat annoying ini mamat. rasa nak lempang! HAHAHA. lalalala~ lagi x leh terima bila dia cakap..dia dok rumah je baca bukuu. ! adess..

Okeh, to conclude.. walaupun jumpa kejap..tapi, aku puas dapat makan meatball! HAHA. bukan senang orang nak belanja okehh. lagi lagi man tu. da la kedekut..takpe. pasni aku nak suh man blanje plakk. boleh takk boleh takkkk?? *sambil hentak hentak kaki. HAHA. Pastu, nak conclude lagi.. yang aku ingat nadia dah kawen... sebab malam tadik dia cakap dia baru siap mandikan anak. GRR. rupanya anak sdara! hampess ko nad.. pastu, nak conclude lagi...yang faizal tu tak nampak mcam orang da ada anak satu.. aku plak yang nampak cam orang ada anak satu. arghhh...

Dah lahh. tu je...aku takpaham kenapa diorang cakap aku malu malu.. aku mana maluu.. aku da abeh mesra da berbual dengan diorang! HAHA.. tp, aku tanya masing masing semua jawab sepatah. semua aku je yg mulakan perbicaraan.. diorang diam je... sume sopan konon-konon.. aku je yang banyak tanya. semua aku lahh. diorang ni kat twitter kemain lagi. tapi, bila aku tanya pape. semua diamm. susah jadi orang peramah mcam aku ni kann?.. okbyeeeeeee! 
 
MANGSA : MAN YUSOEF , FAIZAL , NADIA *click kat mana-mana
*yang laen takda blog :P

p/s : Swedish Meatball lebih enak jika letak SOS CILI! miahahaha

13 comments:

Afsar said...

besnya...ramai kawan blogger..ko dgn man, nadia, semua ni mmg dah lamer kenal ker????

Farra Rosse Earhart said...

wahh. hahaha. man yusoef pakai jam lengan. HAHA

^_^

abeshazwani said...

apa la korg ni, lpas aku blah tu pi la xtvt lain plak.

Farhan AJ said...

erk..ko dah berjangkit dari aku ken taip entry panjang2 ni =.=''

apezs shah said...

Hahaha the best siottt..
Syok dapat makan ramai2 camtu..:)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

semua geng2 retis ..haha..

man artis paling hot..

hawiz said...

nk jumpe artis gak la.a..hahaahaa

hafiz hafizol said...

Hahaha.. gila kejam syed ko.. aku lagi kurus kot pada man.. haha..

miss aiai said...

suke lepak ikea..!
besh..!
ekh, na tanye..
ade amek tempahan wat header ke ek?
kalo ade, kite na tempah laa..

Noraien said...

wahhhh,jpe retis laaa..syok laa..

meatball??yummy !suke giler mkan meatball (:

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Haha.. Man nampa cute lak wakakaka..

Solihin Zubir said...

kem salam kt akak tudung labuh yg blajaq kt kuin tu eh..

no tipon aku, 0123456789...

Pearl Kaz said...

nape artis ek? still tertanya2.. hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...