Tuesday, May 31, 2011

NASI GORENG KUNYIT CARA SYEDGRAPHIX

ASSALAMUALAIKUM

Ehemm2. selamat petang!.. tadi si Zamir Zainon ni ade laa buat Nasi goreng.. pastu, korang nak tau takk. dah la dia pi beli kat kedai mamak. then. resepi plak dia google je. pastu boleh plak dia claim dia masak. HAHA. aku rasa cam nak lempang je.. dia tipuuu.. nak tgk nasi goreng dia? nahh tgk nih..

NI NASI DIA BELI KAT KEDAI MAMAK TADI *gambar hiasan
Disebabkan atas rasa kasihan aku kat dia..mehh sini aku nak kasi resepi macamane nak buat nasi goreng sedapp gila babeng.. sedap ni! HAHAHAHA.
BAHAN-BAHAN

SAIZ HIDANGAN : 2 ORANG

1) Ayam 2 ketul dipotong dadu.  erkk *dadu ke tu? HAHA
2) Yang kaler merahh tu.. lada kecikk.. aku suka pedas. so, aku letak banyak.. 5 ulas kott , pastu aku tambah lagi dengan lada kering. sebab, aku rasa macam tak ckup je 5 ulas tu. adehh.
3) Nampak tak bawang kecik tu? aku letak 4 biji kann? 
4) Bwang putih tuuu 5 ulas udahhh. nak lebih pon bolehh
5) Ikan bilis ko genggam je segenggam.. 
So, Bila da ckup semua bahan kat atas.. haaa. ape lagi. BLEND jee! toksah nak tumbuk2 pakai lesung batu bagai..lecehh. HAHAHA. aku pun malas wat keje leceh2 ni..
Bila da siap je korang blend bahan-bahan kat atas tu tadi... hahh. tunggu ape lagi.. angkat kuali.... then, letak minyak sikitt. pastu lagii... tumis je cam bese. masukkan ayam.. tunggu je mende tu semua garing boleh laaa korang letakkan garam . Ajinamoto kalau korang nak ltak , ltak ahh. aku tak suke menatam tu.. keh keh. bila da siap ltak semua cukup rasa.. boleh laa letakkan kunyit skitt.. (nama pun nasi goreng kunyit) Pastu boleh laa korang letakkan nasikk..dah letak nasik letak plak sayur.. *aku tak suka sayur.. so nasi aku ksong je* tadaaaa! da siappp, tunggu je nasi tu sampai korang rasa nak angkat! HAHAHA. Tapi, bila korang da angkat tu.. pastikan hasil dia macam ni laa...


Keropok tu sekadar hiasan je... HAHAHA. aku tak tau nak cantikkan nasi aku ni camne. keropok pun jadi lahhh! yayyy! dah jadiii. hebat gakk aku kan? okehbaii. rasa dia mmg sdap laaa. sdap dari zamir beli kat kedai lagi. haahahahhahaha. okbai!!!..

takk..sbenarnya Zamir memang masak sndiri *kesian
*sumpah annoying gila entry aku ni. HAHAHA*

Monday, May 30, 2011

SMALL GATHERING AT MIDVALLEY

AMARAN KERAS : Entry ni panjang gilaa..harap anda boleh membaca tanpa skip. HAHA

DIMULAKAN DENGAN GAMBAR RERAMAI. *ehhh. mna aku hahh? -.-"
Aku pun taktau camne aku boleh amek keputusan nak gi midvalley nih. HAHA. Aku sbenarnya da banyak kali da gi mid ni.. dah naik bosan da pun -.-" . tapi, adess. dah diorang nak buat kat situ gak kann. nak wat camne.. <-- #dusta . So, aku pun bertolak dari rumah pukul 8 pagi.. then, sampai dkat titiwangsa pukul 10 pagi.. Actually da janji dgn Cik Bulat nak suh dia tunggu dkat KL sentral, aku ingat aku dah lambat da time tu... err..rupanya aku awal dari dia lah! HAHA. tapi serius aku tak nampak pun McD dekat KL sentral tuh. Aku pelik gak la mula-mula. haritu aku rasa aku ade singgah dekat McD time aku habis interview maktab.. tapi, aku cari semalam.. tak jumpe doh -.-" . Try masuk foodcourt.. mana la tau.. ingatkan ade kat situ. tapi, takda gakk. adehhh...yg si bulat ni da banyak kali da call.. tapi, tak smpai 5 minit aku da jmpa da McD! haha. and, aku ingatkan diorang tgh dok kat dalam tu makan2. LOL. rupanya tunggu kat depan tu je. HAHA. 

So, bila dah berjumpa...terus gerak ke KTM . ehhh, jap.. actually.. aku lupa nak bayar duit KTM dekat bulat tu ahh.. errr...dia belanja kot..ape yang aku dengar dkat KTM tu... suare cik bulat dengan zamir je.. panas tol aku.. aku nak mencelah ni actually.. tapi, diorang abaikan aku.. diorng asyik je bsembang dua. arghh. malas la aku nak masuk sembang.. kang dia cakap aku kacau line ke ape kann. so, aku senyap je bersama yg lain dok kat tepi tuu... sedih rasanya.~ . ohh, satu stesen je rupanya nak ke mid.. dkat betul ehh. dah sampai dah mid ni... sampai-sampai je terus directly pergi tempat bowling. aku tak ingat woi ape name tempat dia.. haha


Aku tak ambil lah gambar tempt bowling.. memadai lah dengan hanya gambar bola bowling. HAHA..Korang nak tau? aku main kann. aku dapat nombor satu woit! Asyik strike je... naik ngantuk da aku main.. diorang ni asyik baling masuk longkang je.. haiihh..korang percaya ke?? ok, sila jangan percaya. dusta semata. actually diorang semua ajak aku men bowling nih. adehh. sorry la korang korang. aku tak reti men menatam alah ni. pernah try skali je kott.. tapi, tak brani nak try semalam... arghhh #gedik sial ko syed. -.-" . Even ramai je diorang ni tak pandai main. HAHA. tapi, aku taknak jgak menn.!. Faktor duit pun salah satu daripadanya jugak. lalalala~ . Aku taknak citer psal bowling ni lelebih. sebab aku tak main. hahaha. so, kalau nak tau pemenang diaa. korng leh cari dkat entry org len ekk.. 

Lepas maen bowling ni... diorang ajak gi makan.. okehh. time ni.. aku taktau aku ikut sape. hahaha. sepatutnya aku ikut zamir dgn yang lain tu... ni aku bantai ikut bro. framestone dgn yang lain lain.. camne boleh silap orang tah. keh kehh..


Aku tak makan pun sbenarnya.. aku tengok je depa ni semua melantak. HAHA. nak tau knp aku tak makan? makanan dia pelik laaa.. ye, aku memang jakun tengok makanan camni.. aku nak makan pun pikir sampai 100 kali kot..tapi memang rela la aku berlapar daripada makan mende camni -.-" . Aina makan semalam.. mende tu macam meggi 2 bungkus je.. tapi, u know what? harga dia RM9.00 wooo. kalau bagi aku 9 hengget tu.. da bulat perut da aku makan kat tempat lain. adehhh..Naseb baek laa Kak Iera ade teroder lebih satu air. hahaha. so, takyah aku nak beli air laen. YAY! thankss akak!  kalau aku ikut zamir , cik bulat, kudin kan da dapat aku makan McD. Takde lah aku tak makan sampai ke malam.. adess..Then, kitorang gerak gi surau... Lepas tu, aku ikut orang len pulakk kumpul reramai dkat ape tah name diaa.. aku taktau. HAHA. diorang kumpul reramai kat situ untuk photoshoot and icebreaking la.. jom usha gambar. -.-"


Dahh dahhh. Actually banyak lagi gambar laen. HAHA. tapi, for more info . login dkat fanpage aku la. LOL. ehhh , ni..aku nak bagitau ni.. gegambar dkat atas ni semua after icebreaking.. time icebreaking tu kann. aku rasa macam aku la manusia paling bangang.. sumpah dohhh.. mau aku terjun bangun 24 tingkat . demm -.-" . aku tergedik2 kat dpan org ramai tu... tapi, boleh plak aku tanya diorang "nak cakap ape eh?" cukup gedik tak? LOL. haiih... aku tergedik berdiri dpan orang ramai tu punya la lama.. tapi, just cakap 2 mende je.. nama blog dgn nama aku. HAHA. bak kata Amal , aku berdiri lagi lama dari aku bcakap!. ok dah! taknak ingat balik. macam pfft je... 

bongok ko syed. hahh -.-"
Lepas tuu ape lagi ehhh... tu je rasenye perkara yang berlaku. HAHA. yang penting aku memang kekwat gila sehari. kekwat tu ape? ntah. org cakap . sombong. ERK...manaa taknya.. aku dalam fb kemain lagi sembang lebat.tapi, bila jumpa. HAHAHA. aku buat bodo je kat diorang. LOL. ekceli aku malu wooit. serius! tapi, takde la malu ape punn. cuma.. aku taktau nak cakap pasal ape dgn diorang. adehhh. aku da lama tak bergaul ni... asik terperap dok kat umah je.. sorry sorry. Nak pulak time dkat bowling tu. lagi nye lahh. aku memang diam abess.. mane orang tego.. yang tu je laa aku sembang..seriously.. aku bukan sombong ehh. cuma aku tak tau cara nak memulakan sesuatu perbicaraan. harap korang faham. ok dah, last but not least.. aku balik tumpang kete Fad Ali... thanks fad.. and, aku rasa aku sangat menyusahkan dia.! okbai. 

p/s : congratulations to FAD ALI for his very 1st time anjurkan gath. dan juga turut dibantu oleh Amal and, sorry to all for being quite annoying semalam.. aku bukan taknak tag nama-nama yg join. tapi, errr..dah panjang sangat entry aku ni. sorry yeh! :')


Thursday, May 26, 2011

BACK FROM KUANTAN - KEDAH

ASSALAMUALAIKUM

Waa..rindu gila kat blog okay! srott. :') . dah lima hari kot tak update. HAHA.. segala menda semua turun.. Traffic, Alexa rank . ape semua lahh. semua turun ! turun turun turun! tapi, aku tak kisah sangat la.. as for now.. aku dah tak obses sangat mengejar traffik , rank semua tu.. lantak piii lah! . Tapi, actually. sedih jugak. lalala~ . mengong kan..ni.. aku nak bagitau ni...errr.sebenarnya.. aku takde dkat umah spanjang 3 hari lepas.. Aku gi mana? errr..pergi Kuantan..For what??.Aku gi Kuantan sebab nak kutip duit. lalala~


Ni lahh bangunan tempat yang aku nak kutip duit tu..Nama bangunan ni Yayasan Pahang punya bangunan. Nak masuk diaa nanti dia ada bagi pas . LOL *perlu ke bagitau? >.< .Tapi, agak malang bagi aku..sebab aku tak dpat RM500 yang dijanjikan. hahaha. Mula-mula melangkah masuk ke dalam bangunan tu.. aku gi kaunter pertanyaan. Then, tanya dia. "Cik, camna nak amek borang utk duit RM500?" HAHA. soalan aku mmg takleh bla. direct to the point je. takde nak selindung2.. spatutnya cakap laa nak ambik borang utk duit sumbangan ke or whatsoever. tapi, boleh plak tanya camne nak amek borang utk duit RM500. HAHA

"Pergi kaunter 1 atau 2 ye" . Dia suh pi kaunter 1 atau 2 plak.. orang tak ramai time tu...so, skejap je la turn aku. takyah nak duduk bagai.. then, dia pun  tanya "dapat blajar kat mana?" Aku pun cakap la.. dapat dkat Institut Perguruan Dekat Lembah Pantai. Pastu dia cakap, "maaf la dik..maktab kitorang tak bagi duit ni...segala tempat blajar yg dibawah kerajaan kami takleh bagi duit ni". ohh, waddefishh. aku takleh dpat laa. alaaa....Then dia suruh tunggu pegawai dia tengah mesyuarat.. kalau nak tau sebab apa tak dpat dan sebab2 yang lain lagi lahh... 5 minutes later, sampai laaa pegawai dia ajak masuk bilik. ehh, masuk bilik utk berbincang ahh -.-" . 

Bila da masuk office dia..aku pun tanye la..kenapa tak dapat RM500 tu.. dia pun terangkan dengan detail . adess. "kitorang dkat yayasan pahang ni..hanya memberi duit tu kepada mereka yg berada di IPTA sahaja.." Pastu, aku pun cakap laa. "matrik pun bukan IPTA. macamane diorang bleh dapat?" Dia pun cakap yang matrik tu  dapat sebab perbelanjaan dia tak ditanggung. Macam maktab, dia ada bagi elaun tetiap bulan. cheeiit! aku tak puas ati gak. so, aku tanye lagi.. Elaun tu hanya untuk bulanan. tapi, duit yayasan ni kan hanya dapat SEKALI..dia pun jawab laahhh.."tapi, awk tak perlukan banyak duit kalau nak masuk. sbb, perbelanjaan semua dia tanggung. cuma mula-mula je yg awk kena bayar" . Okay fine. aku kalahhh.. haha. tapi, dia ade bagi borang.. untuk duit dermasiswa. RM400 ponn boleyy laa. huhu.

Aku pun keluar dari bangunan tu dengan penuh kekecewaan. HAHA. tapi, time dalam office tu tadi.. pegawai tu sempat telefon Ustaz Azmi , dia bagitahu laa psal masalah aku... and, ustaz tu suruh jumpa dia dkat pusat kutipan zakat dkat kuantan..Alhamdulillah la.. aku dapat laa duit sumbangan daripada sana.. Pastu, tetiba je kazen aku cakap..boleh ambik duit RM300 dkat Kompleks Bukit Teruntum tingkat 21

ORANG CAKAP, BANGUNAN NI YANG TERTINGGI DKAT KUANTAN #EhYeKe?
Bila sampai je dekat tingkat 21 tu kan. hahaa. tadaaa! RAMAI GILA UMAT MANUSIA YANG NAK DUIT FREE. keh keh keh...mmg ramai gila sampai.. sampai orang yg keje dkat amanah saham punya office tu pun cuak cuak je dia nak bukak pintu. takut sangat lahh konon kitorang ni nak merusuh ke hape. Hello, kitorang ni pelajar yang bertamadun okay. tak perlu kot korang nak tutup pintu office bagai sebab takut kitorang serbu. haiiyaa! . Dalam celah celah orang ramai tu.. aku tjumpa plak 2 orang kawan aku! haha. yay! ada geng. #tiba. kawan aku yang first tu .. dari sekolah rendah. so, aku macam tak brape ngam sangat laa dengan dia.. cuma tanya dia dapat blajar kat mana je. then, blah. haha. kawan aku lagi satu ni plak bekas sekolah aku.. so, mmg rapat la jugak time skolah sama dulu.. kitorang pun QUE duorang je laa..

Lama gila kot tunggu dpan pintu yang tertutup dkat pejabat Amanah Saham Nasional Berhad ni. -.-". Diorang cakap duit tak keluar dari bank lagi laaa... tu lahh ini lahh. hadoii. last2 2 jam lebih kot aku berbaris tunggu..akhirnya dia bukak jugak pintu pejabat.. then, gilir-gilir la masuk lelaki perempuan...tiba turn aku.. diorang cakap pejabat nak tutup dahh. ohh. aku ape lagi. cepat2 masuk. HAHA.. naseb baik sempat..aku tak tau la yg blakang2 punya baris tu sempat hamekk ke tak .sebab memang ramai gila kot orang.. Bila da dapat RM300 yang diorang cakap tu.. aku pun blahh laa.. pergi dkat ground floor untuk makan-makan and minum-minum dkat situ...Tapi, kena cepat ni. sebab, nak bertolak ke Kedah pulak.. sebab, akak aku baru isi borang dermasiswa duit sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) so, diorang nak kan pengesahan Hal Ehwal Pelajar daripada pihak universiti akak aku..

AKU CARI GAMBAR KAMPUS TAK JUMPA PLAK. HAHA.
Sementara tunggu akak aku buat pengesahan semua tu.. aku dengan mak aku pun pergi makan-makan dekat kawasan yang berdekatan..dekat area tu kann.ade orang thailand ni..dia jual ape ekk. dia jual macam bebola semua tu.. dia cucuk2 then dia bakar.. sedap kot! haha. murah pun murahh. 50 sen je wehh satu cucuk. so, mak aku beli RM5 untuk makan dengan aku.. dan kitorang pun lepak dkat gerai sebelah insaniah tu...Pastu, kitorang order Laichikang (betul ke spell dia?). First time aku makan laichikang tu. hahaha. sedap la jugak!  hohooh. aku ni bab makan2 semua sedap. lalala~ tapi, malang sekali tak dpat amek gambar. sebab, aku malu nak ambik gambar makanan.. nanti msti orang pelik "jadahnya budak ni amek gambar makanan". Bila mak aku pun da abes makan semua.. akak aku pun sampai.. da siap urusan dia. LOL. orang dah habis makan baru ko sampai. so, aku pergi order lagi RM10 mende cucuk2 tu... Then, laicikang pulak aku order lagi satu untuk bahagian aku. HAHA. gilaa tamak..

AMEK KO.. NAK SANGAT BERGAMBAR. HAHA
DAH HABIS.. EKCELI BANYAK LAGI YANG TAK MASUK CAMERA NI
Bila dah selesai segala urusan.. kitorang pun nak balik dkat Pahang da.. babai kedahh. babaiii.! hohoho, tapi.. banyak gila kot berhenti dkat perhentian. akak aku ni asyik penat je. haha. aku pun asyik dok camwhore bila tak dpat tido. cheeiit.. tapi, yang ni perhentian yang ke dua last kitorang berhenti .

MODEL LAH KONONN. HAHA
AKAK AKU DENGAN MAK AKU..
BOSANNNNNNNNNNNNN!!
HAHAHA. gambar last sila abaikan. LOL. nak dipendekkan cerita...kitorang sampai kat rumah 12.30 AM , smpai je dkat rumah aku terus bukak laptop. HAHA. gila aku ni. tapi aku takde la tweet2 or ape. just baca mention , notification. n soon lah. haishh..dah la! penat dah menaip! adios amigos. da siap entry aku.. Pen OFF

p/s : Duit yayasan pahang tu memang akan dapt kalau korang further studies dkat IPTA 
p/s : Duit ASNB dkat kompleks teruntum tingkat 21. sape dapat ipta/ipts yang anak pahang. cepat gi sana..
p/s : Duit Zakat boleh amik borang dkat sana jugak. OKBYEE

Friday, May 20, 2011

SEMAKAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [KPLSPM]

ASSALAMUALAIKUM

Bagi pelajar lepasan SPM 2010 yang telah terpilih untuk ke sesi temuduga KPLSPM Ambilan JUN 2011, Anda kini boleh membuat semakan samada anda ditawarkan ke program yang anda mohon ataupun tidak.
Sila tekan pautan di bawah untuk menyemak keputusan tawaran KPLSM anda



Alhamdulillah..tak tergambar dgn kata-kata...Syukur sangat-sangat...syukur kerana aku terpilih untuk kemasukan ke IPG.. it just happened yesterday.. time tu aku nak gi kedai *kedai lagi*. Then, bila aku nak gi kedai.. automatikly la aku nak bawak nset brsama dgn aku kan.. pastu, tetiba tgk 1 messaged received. Aku pun pelik laa. aiikk. tak pernah pernah ada orang antar message.. asal tetiba ada msg ni. -.-". tgk pulak nombor stok nak tipu orang.. Tapi, aku bukak jugak la msg tu kan.. bukak bukak je, terpampang tulis camni; 
"RM0.00 MOE: Tahniah! Anda ditawarkan ke Program KPLSPM Ambilan Jun 2011. Sila Layari URL http://apps1.moe.gov.my/bpq atau http://didik.my/kplspm"
Aku punn da TER-lompat jap time baca msg ni *aku mmg over* tapi, tetiba je aku terpikir plakk. ehh, jap jappp.. bukan ke keputusan untuk IPG ni keluar 21 hb? kenapa aku tetiba je dapat msg hari ni? so, aku pn malas nak percaya. takmo letak harapan. takot nnt kecewa. adesss. then, aku pun try tepon kawan aku.. iduan..sebab nak tanye sama ada dia dapat ataupun tak msg yg aku dpat macam kat atas ni.. dia cakap dia tak dpat punn..pastu, aku pn cakap kat dia yg nanti aku try check link yang dia kasi tu.. and, kalau aku dapat ke hape.. nanti aku telefon dia malam nanti.....sebab time tu aku kat kedai.

Balik je dkat rumah, lelaju je aku berlari naik ke tingkat atas mengejar laptop untuk menyemak link yang dia bagi tadi.. and, bila bukak je.. Alhamdulillah..tu je yang mampu aku ucapkan bila melihat paparan di bawah...
Finally dapat jugak dkat tempat yang sama time aku pergi interview haritu.. serious aku terharu gilaa. then, bagitahu akak n mak aku pun diorang excited gilaa sebab aku dpat dekat. so, boleh balek slalu tgk tgkkan mak aku =).. Tapi, sedih pulak aku bila aku check-kan untuk iduan..dia tak dpat pulak.. hmmmm~
dear iduan ; woiit.. sabar okay. aku rasa macam bukan rezeki ko kott. maybe rezeki ko dkat tempat lain.. jgn putus asa kayhh! insyaAllah.. nak berjaya tu ada je tmpat lain. why not kau pergi INSANIAH tu? lol. aku baru berangan nak study dgn ko weh.. grr.rasa nak bakoo je KPLSPM nih T_T
Terima kasih aku ucapkan kepada yg slalu panggil aku 'cikgu' tu erkk . Kata-kata tu kan satu doa. =) .. dann dann.. terima kasih dkat Afiq Razak sebabb sebabb.. sebab bagi aku tidor dkat sana. -.-" 
then, terima kasihh jgak dkat pak sdara aku yg banyak membantu mencari maklumat bagai. ouhh. serious terharu =') . Nanti, sy blajar kat sanaa sy gi umah pakteh sokmo ehh. boleh? keh kehh..Doakan kejayaan saye ye kawan-kawan.. dan , maybe.. sy akan kurang mengupdate blog ni bila da masuk sana T_T. *tetiba je guna saya* . thanks ;)


BANYAKNYE BORANG KENA ISI T_T 
p/s : nak ready awal-awal sediakan semua dokumen yg dia mintak. nanti takut serabut macam time aku gi temuduga aritu . haha XD

Thursday, May 19, 2011

TERJAH BLOG NURATIQAH


ASSALAMUALAIKUM

Blog ke dua yang aku nak review arini ialah blog http://luv9nteen.blogspot.com/. Nama Tuan blog dia Nur Atiqah *motif? XD . okay, tanpa melengahkan masa lagi , sekarang aku nak start review. 
TEMPLATE 
Dari segi template atiqah ni.. Sorry to say lah. aku tak berkenan skit dengan template macamni.. sorry awak~ .Bukan la nak cakap yg template aku ni yg tbaek dari ladang kambing. tapi, agak tidak berkenan dengan template tiqah ni. kenapa? first, cuba korang tgk.. Post area dekt blog dia kecik gila..hanya belah kiri dan kanan tu je yang besar.. korang perasan? so, bagi AKU laa.. agak mengganggu la bagi aku untuk membaca entry dia..bila dia punya post area tu kecil. >.<

POST AREA KECIL YANG AKU HIGHLIGHT DGN KALER MERAH

Then, yang ke-dua pulak, Susunan widget agak tak teratur. Kenapa aku cakap tak teratur?? first, masterlinky yang tempat tukar tukar link tu..spatutnya tidak nice la letak dkat atas. sebab, bila orang masuk je need to scroll down all the way untuk tgk entry. so, macam tak best lah. spatutnya widget master linky tu lebih sesuai diletakkan di bahagian footer. 

CONTOH WIDGET YANG PATUT DILETAKKAN DI FOOTER

Bila dah letak widget ni dkat footer.. so, takde la jadi masalah sangat bagi aku. sebab, aku ni jenis ..kalau bukak blog orang ..malas nak scroll down panjang2 ni.. Kalau boleh aku bukak je terus nak nampak entry depan mata *pemalas kan aku ni? -.- . Then, lepas tu, widget banner plakk. HEHE. widget banner tu spatutnya letak dkat sidebar or dekat bahagian atas blog tu.. Tak, bukan sebab awak ada letakkan banner sy dkat blog awak, then sy suh letakkan widget tu kat atas. ohtidak terdetik skit pun kat hati ni. tapi, tu la guna nya banner. as promote blog others kan? so, kalau nak org click ape yg kita promot. better mende tu kita letakkan dkat tempat yang orang senang nak nampak. kann? :)

Rasanya part lain dah takde kott...cuma, nak tegaskan..yang template ni kalau boleh gunakan yg area post tu besar skit. sebab, senang skit kite nak baca. hehehe. 
ENTRY
Part entry ni tak banyak laa nak tegur. sebab, tak brape reti nak judge penulisan orang. sebab, aku bukan cikgu penulisan. aku cuma budak budak hingusan jaa. HAHA. tapi, nak jugak tegur ni. *ecehhh. Kalau boleh, nak buat entry.. lepas tu, justify kan dia . Justify tu untuk bagi nampak kemas. Bukan ape, some of them agak pening nak baca bila tulisan sekerat sekerat. i mean.. macam pendek pendek laa.. dengan align center tu..

Aku lebih suka baca entry yang di justifykan sebab nampak lebih kemas. even, nampak pendek kengkadang.. Sy suggestkan, awk besarkan post area tu kott. untuk bagi nmpak entry awak lebih senang untuk dibaca. hehehe.sebab, malas nak scroll down banyak2 time baca entry.. 
Saya rasa tu sahaja yang boleh sy review untuk blog awak. maaf andai apa yg saya katakan di atas tadi mengguriskan hati anda. Tidak terdetik pn sedemikian, cuma ..cuma..sama-sama lah kita menegur untuk memperbaiki diri untuk prestasi yg lebih baik. teruskan berblogging. thx. 

ALAMAK! MAMAT NI DAH TUKAR HOSTING DAH!


ASSALAMUALAIKUM

Dah tiga hari kan aku tak update blog. rindu aku tak? ngeh3. Aku busy lah weii lately. T_T. aku pun taktau apa yang aku buat, but.for sure mmg busy gilaa. dan..aku rasa.. korang ingat lagi tak pasal FOLOWERS BLOG REVIEW yang aku buat ni?? Aku rasa macam tak ingat je.. setakat ni aku baru siapkan 2 review. padahal da lame da aku buat segmen ni.... Korang jangan ingat aku tipu plak.. takk. aku tak tipu.. ni. skarang aku nak review blog http://www.ceritamamat.com/

Actually..Blog mamat ni dulu guna blogspot tau. sebelum dia mintak direview.. ni link asal dia http://luahan-hati-matika.blogspot.com/. Tengok tu? dia buat entry utk aku tu time dia guna blogspot. skarang dah berpindah ke self-hosting dah woi! betapa lambat nye aku nak review dia.. so, macamane nak review skarang ni? aku rasa dia baru btukar ke wordpress. so, segala interface and template dia pun macam still tak lengkap lagi.. Header pun still text biasa je lagi.. baru tukar la katakan,

Tapi, aku nak cakap jugaklah.. yang aku respect jgak la kat dia ni .sebab umur baru 17 da guna self-hosted and follower dan mencapai 2K+++. *clap clap* Memula aku ingatkan yg dia ni da besar panjang. alamakk, rupanya dia muda dari aku. patutla dia panggil aku abang.. HAHA. entry dia pun aku tgk bahasa yg sedap mata memandang. takde guna bahasa rempit, comel or etc macam aku ni. so, maybe tak nmpak yg dia tu umur 17. keh keh.. Papepunn, korang jom tengok blog wordpress mamat ni! =)


Monday, May 16, 2011

RINDUKAN SUASANA SEKOLAH DAN 16 MAY


ASSALAMUALAIKUM

First of all , sy nak wish selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh dunia esp. to my ex school SMA Al-Khairiah Temerloh Pahang.. 

Seriously.. even tak sampai setahun tinggalkan sekolah ni.. tapi, aku rasa aku rindu sangat dgn sekolah tu! sangat sangat! i miss every single of moment dkat skolah tu.. aku rindukan situasi time perhimpunan..rindukan waktu time pembelajaran..aku rindu dan teringin nak gunakan peti aduan salah laku pelajar tu... aku juga rindu nak ponteng kelas dkat pondok kat atas ni..pada setiap subjek yang aku tak minat.. dan pada setiap masa cikgu takda...aku rindu segala... tapi, aku tak rindu la dkat akak kantin. #okbye..

Tapi, apa kan daya...kita makin hari makin dewasa.. makin hari makin tua... so, bila da makin tua.. tanggungjawab makin berat jika nak compare di zaman persekolahan..aku sedih sebenarnya.. aku sedih sebab tak menikmati betul2 zaman persekolahan aku... i thought that bila da habis skolah.. yeahhh, fun lah konon.. but, end up macam ni je. boring-life! .. dah bagitahu dkat my mum, nak masuk form 6..tapi, mak cakap tak payah. sebab, aku cakap dulu taknak masuk form-6, so sekarang tiba-tiba nak gelabah masuk pahall? ..hmm, harap akan ada rezeki aku dimana-mana..

Aku nak letak gambar punn..takde gambar.. adess.. series aku mmg takde gambar time tadika, sekolah rendah.. sekolah menengah ada la sikitttt. sikitt sangat lahh. tak banyak pun.. kalau aku yang ambilkan gambar ada la. HAHA. takk, actually.. aku malu gila bila smpai part part nak ambik gambar ni. so, thats why laa gmbar2 takde sangat gambar aku. huhu..yang ada cuma gambar mereka je :)

GAMBAR 100% KEPUNYAAN SYEDGRAPHIX! JANGAN CILUK! kbai! MALAS NAK WATERMARK. AKU RINDUKAN SAAT INI
SAYA SAYANG MEREKA SEMUA
Kalau ikutkan hati aku.. nak je aku ucapkan satu per satu selamat hari guru kepada guru-guru yang telah mengajar aku selama ini...tapi, ia nya bukan lah sdikit.. korang bayangkan kalau aku yang belajar 21 subjek ni.. agak2 brape cikgu tah aku kena wish 

Actually banyak mende yang aku nak citer ni. tapi kann. aku tak pandai susun ayat. sumpah aku tak pandai.. bile lepas ke bab-bab hati dan perasaan sayang aku terhadap cikgu..aku terus tak dapat mengarang dgn baik . LOL. lihatlah, betapa aku sayangnya seorang cikgu..

Tapi kannn, satu je kata-kata yang aku ingat daripada seorang cikgu matematik. ya! MATEMATIK! *subjek yg paling herot berot pada aku*. Cikgu cakap camni "Syed, awak ni tak serius laa..macamana la awak ni nak berjaya.." Then, aku cakap.. cikgu.. saya tak boleh! serius saya tak boleh nak blajar MATH. sebab saya tak minat!... cikgu pn cakap "Awak tak boleh tunggu minat syed.. awak kena usaha kalau awak nak berjaya. jangan sampai menyesal satu hari nanti"

Ohh, cikgu..nasihat cikgu sy mcm ambil endah tak endah je kann. and now. ya! saya menyesal! saya menyesal sbb requirement untuk masuk mana mana IPT memerlukan credit MATH! dann, sy hanya mendapat D dalam mathematic.. Tapi, malangnya..nasi dah jadi bubur.. menyesal kemudian pun dah tak guna.. bagus syed! tahniah kerana tidak berjaya kredit subject math!.. dahh laa korang. hmm, aku tak mampu nak teruskan entry ni. serious. sebak didada. aku rasa macam nak nangis. yaa, terpulang ko nak cakap aku hati tisu ke , hati ape skalipun .ada aku kisah? Akhir kata... thanks cikgu kerana mendidik sy menjadi mnusia yg bguna . even, sometimes i feel like i am nothing. FULLSTOP.

Sedang memikir masa depan - Syed

Sunday, May 15, 2011

REMAJA DAN KAIN PELIKAT


ASSALAMUALAIKUM

Topik yang bakal aku kupaskan harini ialah KAIN PELIKAT dan REMAJA. Apasal pulak kain pelikat dengan remaja?? ape kena mengena hubungan diantara mereka? LOL.  takk takk.. actually.. errr..korang pernah tak tengok remaja *lelaki la for sure* jalan-jalan gi mana-mana with kain pelikat? (aku rasa mcam skema plak bila spell pelikat -,-") . Frankly said laa... aku tak pernah lagi tengok mana-mana lelaki yang muda macam AKU ni pergi jalan mana-mana pakai kain pelikat. seriesssss! even aku punya kawan pun takda... melainkan kalau pakai untuk pergi ke masjid =) .

Aku taktau laaa kenapa diorang tak suka pakai kain pelikat ni.. tp, salah satu sebab diorang tak suka adalah sebab.. kelihatan tua dan kolott dan tidak pandai berdressed up. Adehh. ape punya alasan entah. bagi aku best ape pakai kain pelikat ni.. sebab? bagi aku lah kan.. pemakaian kain pelikat ni lebih selesa dan free. Free disini bermaksud.. senang laa nak bergerak.. nak kangkang pun bulehh kangkang luas luas.. kalau ko pakai seluar.. nak kangkang luas luas sikit da koyak rabakk kan. HAHA. .

Tapi, macam yang aku cakap tadi la..bila aku pakai je kain pelikat ni.. mesti ada orang cakap "kau ni macam orang tua la..tak muda la wehh kalau kau pakai kain pelikat gi keluar". SEE? tapi aku cool je.. ghasak ape aku...aku pakai sebab aku suka. haha..kalau aku pergi pavilion pakai kaen pelikat haruslah kau cakap macam tu.. ni kalau aku gi depan rumah aku pn kau nak cakap camtuu??

Pastu, kalau petang-petang tu.. aku pakai kain pelikat gi kedai utk beli barang ke hape.. orang pandang pelik je.. whyy?? kenapa diorang ni pandang aku? aku tak tutup zip ke? eh. tak. aku pakai kain.sebab tu la ehh diorang pandang aku. ohhh i see..tiba-tiba aku terasa seperti #retis bila diperhatikan sebegitu. then, semalam aku pergi ke pasaraya.. still with my kain pelikat.. dan, seperti biasa.. orang pun dok pandang aku macam aku ni something je.. demm lah. tak pernah tgk ke orang pakai kain? tapi bila pikir balik.. memang aku segan pun tetiba pakai kain pelikat gi pasaraya. HAHA.. tapi, dek kerana malas nak tukar.. persetankan semua tu! kih3. Lepas tu boleh pulak aku terjumpa bekas kekasih cinta monyet aku time dekat pasaraya tu.. and, korang tau dia respon camne? yeah, muka dia macam nampak hantu! then, dia cakap "hoyyy! dasyat gila kau!"

Pakai kain pelikat pergi pasaraya pun bleh dipanggil dasyat? wahh. i looike! demm. agak-agak kan.. kalau aku jadi pakwe dia lagi sampai sekarang.. mesti malam tu terus jadi duda aku ni..pastu, aku pun text someone laaa utk tanya pendapat .. "awak, awak rasa pelik tak kalau sy pakai kaen pelikat pergi pasar raya?". then, dia pun balas lebih kurang macam ni laa "tak pelik punn, biasa je laa kalau pakcik pakcik yang pakai sebab dia baru lepas balik masjid ". Pehhh.. Sentap aku.. kiranya aku ni boleh diketegorikan sebagai PAKCIK lahh ye? waaa. baru ku tahuu, baru ku tahu...Tetiba dalam kereta tu aku rasa menyesal plak gi pasaraya pakai kain pelikat! HAHA... tu jelah ceritanya... and, aku nak tanye korang ni..
korang rasa pelik ke if a boy yang bujang trang tang tang macam aku ni pergi pasaraya pakai kain pelikat??
pleeease jawab! grrr. aku nak tahu jugak kan pendapat korang camne? and, bagi perempuan, korang kisahh tak if korang punya BF macamtu? lalalla~ . Thats all. thanks =)
Haii! saya tengah lipat baju dibelakang saya tu.. rajin kan sayaa?
 boleh tak jadi Suami mithali? okbye =P

Saturday, May 14, 2011

TUTORIAL : TUKAR TUKAR WARNA BACKGROUND TEMPLATE

ASSALAMUALAIKUM


Ohhh, 1stly nak cakap yang jumlah pelawat aku da 60K . dan, gambar di atas pun actually bukan aku yang printscreen. hehe. tapi, datangnya daripada Hisyam. Oleh itu, dia tetiba je tanya aku macamane nak buat tukar tukar kaler template macam yang ada dkat blog aku ni. hahaha... korang tau tak yang mana ni??? jap jappp. aku nak tunjuk. keh keh.


Dah nampak? haaa.. mende ni laa yang si hisyam ni tanya aku nak buat macamane..so, aku dengan murah hati pun nak ajar laa dia camna nak buat.. Actually bukan nak ajar dia je.. nak ajar semuaaa lah yg baca! *poyo*
Okay.. mula-mula... korang kena buat macam ni! 

1. Pergi ke Page Element > Add a Gadget > HTML/Javascript

2.Then. sila rajinkan diri copy code di bawah :

<center><script type="text/javascript">
function bgChange(bg)
{
document.body.style.background=bg;
}
</script>

<span style="font-style:italic;">aku taktau laa kaler kat bawah ni okay ke takk. sebab aku dah takde idea nak letak kaler ape. haha. so, korang click je laa kalau korang sakit mata tengok kaler hitam belegam aku ni. okbyeee</span>
<br/>

<br/>
<table border="2" width="200" height="20" bordercolor="black">
<tr bordercolor="#4BFE78"> <td
onclick="bgChange('#150517')" bgcolor="#150517">
<td
onclick="bgChange('#C9BE62')" bgcolor="#C9BE62">

<td
onclick="bgChange('#7D2252')" bgcolor="#7D2252">
<td
onclick="bgChange('#7E2217')" bgcolor="#7E2217">
<td
onclick="bgChange('#D3D3D3')" bgcolor="#D3D3D3">

<td
onclick="bgChange('#827839')" bgcolor="#827839">


</td
onclick="bgchange('#827839')"></td
onclick="bgchange('#d3d3d3')"></td
onclick="bgchange('#7e2217')"></td
onclick="bgchange('#7d2252')"></td
onclick="bgchange('#c9be62')"></td
onclick="bgchange('#150517')"></tr>
</table>

<div class='clear'></div></center>


Yang warna HIJAU tu korang tulis laa ape yg berkenan di hati. kalau taknak tulis pn takpe. just padam je. HAHA...tapi seelok2nya tulis lah. kang tetiba je orang pelik. tah mende ape tah tiba2 ade kotak2..

And, yang warna MERAH tu plak...warna yang korang pilih untuk tukar background korang tu...nak kod untuk warna-warna selain dari di atas bleh tgk dkat SINI. Ikut korang la nak pilih kaler ape yg bersesuaian dgn kondusi blog korang tu.  yang kod bawah dia tu korang jangan tanya aku. aku taktau. hahaa. kalau nak try..korang boleh explore sendiri la ea.. :) ecehhh.. then, bila da siap. SAVE macam biasa. dan tadaa! da siapp..
Kini, anda boleh lah main tekan tekan kaler dkat sidebar korang tu. hahaha..agak2 da bosan tgk kaler yang sama.. then, boleh tukar kaler yg laen.. kalau yg laki plakk teringin nak template letak background kaler pink pun boleh je guna mende ni. hahahaha. orang bukan tau pun korang tekan kaler tu. keh keh...okay, sekian sahaja dari aku pd harini.. thanksss n gudluck :)

p/s : this tutorial sebenarnya diberitahu oleh Saiful dan dia cakap 
dia amek dkat Teknik Buat Blog

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru


ASSALAMUALAIKUM CIKGUU!!!
"WAALAIKUMUSSALAM DUDUK YE MURID2"

Hai koranggggggg!!. di pagi hari yang indah bertemankan secawan air batu kosong di tepi aku , aku menggagahkan diri untuk menaip entry ini kerana sebenarnya..aku tak tido lagi ni.. aku tido semalam pun dah lambat. kul 4 pagi. pastu bangun pukul 6 pagi. gilaa. smpai skarang tak tido lagi.. tapi aku cool je kan ? ok macehh cakap aku cool :) .Aku tertarik dengan segmen yang dianjurkan oleh abam zik*gila gedik abam* HAHA..Nak tau kenapa aku eksaited gila nak join segmen dia nih? mesti la sebab aku nak jadi cikgu! LOL. jangan gelak. aku tau aku berbakat untuk menjadi cikgu harapan negara. kau jeles kann kann? .

So, tujuan segmen ni dibuat.. dia suh aku sambung ayat yang dia kasi je.. ni haa.. Kalaulah saya seorang guru...kan best kalau soalan time aku temuduga IPG dulu dia tanya macamni. hahhahaa. baru lah aku boleh jawab dengan lancar. kan kannnn..okeh jom tgk ape yg aku buat kalau aku seorang guru.. :)
1) Nak dressed up kasi tak hengattt
- Penampilan adalah sesuatu yang penting bagi seorang cikgu..bukan bagi seorang cikgu je. bagi sesiapa saja lah kan. kadang2... melalui pemakaian kita.. orang boleh bagi andaian kat kita.. yang kita ni jenis yang macamane.. kemas ke tak..selekeh ke.. pengotor ke.. tak mandi ke.. and so on lahh.. so, bagi menampakkan ke-kredebiliti aku sebagai seorang guru harapan bangsa.. setiap hari aku akan jaga gila lahh penampilan aku.. *ayat nak lebat aku ni* 
2) Tak tido menunggu detik 16.5. LOL
- Ni lagi satu perkara yang best bila bergelar seorang guru. HAHA. apa dia? mestilah hari guru! kalau aku jadi guru nanti kann.. bila dah nak sampai je 16.5 aku siap pesan kat diorang suh diorang beli hadiah banyak-banyak untuk kasi kat aku. HAHA. boleh tak macamtu? Pastu, mesti lahh hari tu bakal menjadi hari yang paling istimewa dalam sejarah hidup seorang cikgu.. Kalau macam hari biasa.. mengajar mengajar dan mengajar. ya! tak dpat dinafikan, memang la tugas seorang guru tu untuk mengajar.. tapi, ye lah kan.. kadang tu.. nak jugak rutin yang lain selain dari tu. keh keh. oleh itu, bila tiba je 16 May.. macam2 aktiviti dah dirancang.. tak mengajar la aku sehari! yayy! XD
3) Boleh ajar anak-anak. *erkkk
- Yang ni penting ni!  bila kita dah jadi guru kann.. boleh la kita turunkan ilmu yang kita ada dekat anak anak...sampai bila aku nak hantar anak aku dekat tempat tuisyen or orang laen.. padahal aku sendiri boleh ajar kan? walaupun aku tak dpat ajar semua subjek..but, at least.. aku still ada masa dengan anak-anak aku untuk ajar dia walaupun sikitt...
Aku ajar anak aku update blog. HAHA
4) Nak jadi guru cemerlang setiap tahun . boleh?
- Aku ni kan attention seeker. HAHA. so, mesti lah angan-angan aku kasi tinggi punya...aku kalau boleh nak jadi cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang u know!? .. Setiap subject yang aku ajar tu,.. aku akan pastikan aku punya anak murid score A. then, secara tidak langsung... aku akan menaikkan nama sekolah aku. tak gitu? pastu..nanti, mesti akan ada offer utk mengajar di sekolah yg lebih bagus. . dan gaji pun dia up lagi. hahaha....

Okay lahh, dah cukup 4 =P. Actually. point yang aku bagi ni bukan betul sangat pun. sila jangan percaya. aku nak jadi cikgu yang betul2 ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid beliau.. dan sudah pasti, tidak mengharapkan sedikit pun balasan terhadap apa yang aku buat..bahkan jugak ganjaran.. aicehh. aku jawab soalan kat atas ni ada macam cikgu tak?..hehehe. kalau korang nak join join jugak kann.. nah.. just click kat sini ... 

*perasan tak yg tulisan aku dah besar? hehe

Thursday, May 12, 2011

HERBALIFE EXTRAVAGANZA EVENT 2011

ASSALAMUALAIKUM

Korang pernah dengar tak pasal HerbaLife? errr.. herbalife tu satu company dimana dia ada jual macam-macam produk kesihatan *ok aku tibai je.* ..dan, baru baru ni.. iaitu pada berapa haribulan ekk. aku rasa dalam 6 hb sampai 10 haribulan mak aku dan makcik aku telah mengambil keputusan untuk mengikuti satu event yang telah dianjurkan oleh pihak mereka yang diberi nama Extravaganza. Extravaganza pada tahun 2011 ini diadakan di Bangkok, Thailand. Mak aku pun actually baru tahun ni join HerbaLife group ni.. aku dapat tau yang joegrimjaw pun ada pergi jgak. huhu..Mak aku pergi sana via Aeroplane.. tapi, ada jugak group diorang yang pergi naik Train je. penat wooo...aku taknak cite banyak. nak tempek gambar banyak2 je kat entry ni. HAHA

Mak aku plus makcik aku with their group. mak aku yang baju
kaler merah jambu kott.. tuuu.. makcik aku baju kaler ungu
Aku taktau diorang ni dari negara mana.
Malaysia + China ke wehh? aku rasa China kot bendera camtu. tak ingat =.=
Siap ada tampal tampal kat pipi lagi orang jepun kott. aku pn tak hengat! XD
Thumbss up! yeahhh!
Ada macam adik beradik tak?? ngeh ngehh
ni namanya tempat rusuhan baju merah aritu mak aku cakap
yng ade time masuk tv tu. haha. iye ke aku ni? XD
Bersama pak guard thai yang cool. HAHA
yeye je pakgard aku ni.. tibai je lahh .
Penat dah aku nak upload. ahaha. da la lambat nak tunggu. dahh dahh. ckup la korang tatap gambar kat atas ni yeaaa... oh yea, sempena hari ibu 2 hari yangg lepas.. disebabkan mak aku dkat thailand.. so, aku tak dapat la nak wish.. then, di kesempatan ini. aku nak cakap.. Selamat Hari Ibu Umiiii~!! . ilysm ♥.

IBU TERCHENTAA DI THAILAND 
Ohhh.. okay then... mak aku beli baju lah untuk aku. HAHA. but, it is ADIDAS celup je lahhhh.. takpe la janji banyak baju. weeee~jap jap. nak upload. KEPOCHI kan aku? HAHA

Pilih la yang mana berkenan. LOL.
Dalam banyak banyak... aku paling suka yang ni. HAHA
Pastu, mak aku cakap... buah buah kat sana semua murah murah wehh! aduhhh... sedap gila makan buah kannn? grrr.. mak aku pn sempat la beli buah Dragon fruit banyak banyakk. hahahaha.
INI DRAGON FRUIT..AKU AMBIK GAMBAR DIA PAKAI DIGITAL CAMERA JE. BUKAN DSLR. T_T
ARGHHH... NIKMAT GILA BUAH NI. SEDAPPPPP! I LIKE I LIKEEE. HEHEHE
Okbyeee.. cukup sampai disini entry bergambar yang panjang ni. HEHE. thanks sudi baca awak awak dan awak.. ♥ . Assalam ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...