Thursday, December 30, 2010

Header For Cik Syufaa

Salam dan Selamat malam..

okay, aku..lately..mmg takde mood giler nak berblogwalking. tak tau la pasal ape..dan mengapa.. dan bagaimana untuk aku nak rajin semula. haishh...entry kali ni.. aku nak postkan header utk customer ak yg ke-2 yang menggunakan perkhidmatan header aku :) .Siapa lagi kalau bukan Cik Syufaa.
ok, sekarang aku nak upload header yang aku dah design untuk cik syufaa kite nihh..

ternyata bground hitam menenggelamkan header ni ;)
Tadaaa. ni lah diaa...Syufa ckap, die nak header yang simple...x nak messy2 sangat.. so, aku letakkan tagline die dgn URL dan kartun princess tu. hehe...kaler font tu pulak sume ikut pilihan Syufa.. So, bila da letak dekat belog syufa yang cun tu.. header diatas kelihatan begini..

jeng jeng jengg!. wahh, pandai la syufa pilih kaler font and bg themes.. mmg simple... tp, masuk dengan template Syufa...


p/s : anda mahu juga? tunggu apa lagi. send me a message at iamsuxz@gmail.com

Design Your Header Service

Salam n Hello.

Since da ramai tanya aku pasal header.. macam mana nak buat header.. boleh tak design kan header.. so, sbb itu la jugak service ni dan POST ni muncul..ok, aku ni x dela berbakat sangat dgn segala design header nih..tp, kalau korang nak tempah je kat aku okay? bawah ni ade laa sikit sample-sample header yang aku dah buat..

SAMPLE 1

SAMPLE 2

SAMPLE 3

SAMPLE 4

stakat ni, ni jela dulu yang aku ada... so, kalau ada sesiapa yg berminat untuk menggunakan perkhidmatan aku..sila hubungi aku ye.. dan sertakan butiran seperti di bawah ;

1)URL blog anda dan TAGLINE(jika ada)
2)Nyatakan apa yang anda mahu letak di header anda
3)Berikan tema kpd header yang anda minta
4)Konsep header anda 
5)Apa-apa sahaja yg anda mahu
Hantarkan butiran tersebut kepada email : iamsuxz@gmail.com
Kemudian, pasal harga...aku letak RM10 and above..Pasal ramai ke x yang nak tempah .. aku x kisah sangat..sbb, ni pun sbagai sampingan je kan? so... x kisah la..

Payment semua dibuat melalui Top-up ok.! hehe. ni semua gara2 malas mau kluar ke BANK! =.="

sebarang soalan boleh diajukan terus kepada sy.. atau tinggalkan comment anda di sini..Terima kasih

AWARD UNTUK FOLLOWER KE-600

Salam dan selamat pagi butaa,

wahh, tgh aku bkak blog.... tetibe je terpandang shoutbox...siapa punye msg?? hehe.. siapa lg kala bkan Cik Ct !.Hehe.. die tulis ape?? ni haa.. dia ckap die fllower aq yg ke 600.. wahh. mane bukti?? owhh. jap ehh.kalau korang x percaya sngat. nahh! tgk gmbar nih. hehe.
kann? skang pcaya da? hehe. waa. time kasih eaa cik ct eniey.. kerana tlah memollow n menjadi fllower syed yg ke 600! . big thanks to youu.. dan, oleh kerana ingin membalas kesudian cik eniey menjadi follower sy yg ke 600..sy berbesar hati ingin memberi award yg x la sberapa. tp, hasil tgn sniri. walaupun agak simple! hehe.maklumlaa.. buat keje pagi buta mmg camni. hehe.. harap cik ct sudi trima ehh..
tadaa! ini diaa.. walaupun x lawa.. arap cik ct sudi la trima ehhh... n, satu je sy mintakk.. bleh tak bg pendapat skit ttg blog sy? hehehe. tu je tauu. TY ;)

Wednesday, December 29, 2010

Tolong Undi Saya ... =.="

Salam..

OMG! ya Allah! mcam mane lahh aku bleh lupa yang aku ade masuk satu contest.. yang memerlukan undian daripada orang ramai!!! iaitu pencarian 10 HEADER tercantik! ARGHH! nape aku baru tau nihh! ..
tolongg tolonngg.. korang! kalo korang nak syed menang n tercalon daripada salah satu header tercantik..
undi la syed dekat SINI...Tu pun kalo rase header sy cantek la yea! ikhlas tauu! da tlambat da sebenarnye nak bkempen ni.. sbb, mase mengundi da tinggal sehari je... tp, walopape pun.. da ade 12 org undi aq. time kaseh ea!.. mintak jase baek korang untuk undi Header Saya Ye!

*walaupun aku da tau agak lambat utk semua nihh. sbb tarikh tutup esok.. tp, cuba jela =.=" *

Tuesday, December 28, 2010

2 Hari Menghilang

Salam to all.

Wahh... 2 hari ehh aq mghilang. hehe. rindu ouh kat blog usang yg hitam ni. hihi. aduii, ape? aku gi mane? gi makan angin laa. aiceh... tp, makan angin kali ni best sket kot.? kenapa? sebab, aku pergi sendiri jee. sendiri means sorang-sorang.. without parents without siblings. wahh! so cool! aku gi mane? gi KL je pon. hehe..
tp 2 hari jee. x bestnye.. nak lama2 lagi...haha.. btw, hari ptama tu.. aku jalan2 tanpa arah tuju.. merata aku singgah tau.. kat bandar tun razak la.. macam2 lg laa. last2.. aku x tau nak gi mane.. berenti dekat stesen masjid jamek.. aku pun pelik kenapa aku gi situ. haha. last2, menyedari tiada apa yang aku boleh buat kat situ.. aku jalan kaki dari masjid jamek pergi ke KLCC. pehh, bapak jauh KOT! sumpah penat! hahaa..
pastuu, tgh jalan2 ni....nak tangkap la gambar skit buat kenangan konon2.. tlupa plak! kad memori camera x bawak! GRRR! geram siot! last2.. guna jela phone punye cam. sobs3. ;'(
tgk.. da la x lawa camera phone nih..ish. campak kelaut la. hahaha..


Pastu, bila dah lame la jugak aku dok merayau kat twin tower tu...kazen aku ckap die nak dtg. wahh.
orait la tu. ade gak member kot. pade sorang2.. hahaa.. sape kazen aku?? ok.. nhhh tgk.


ni lhaa die. hhuhu. ehh, die bkan bdak dajah 6 dajah 5 tau. die da form 3 next year! haha

Tapi, aku respect la jugak kat budak nih. boleh gi sorang2 dkat KL pd umo 14 tahun! wahh, da la sorang2..jalan kaki lagi tu... x hebat ke? hehehe..pastu kann. lpas daripada menara tuu..puas kitorang cari monorail utk ke bukit bintang kat ner... rupenye monorail bukit nenas tu je.. hahaha.. tp aku ckap kat die ..
"bukit nenas punya monorail die pergi dkat  titiwangsa jelah"
wahh, ternyata aq salah. amik kau! bajek tahu je jalan KL! hahaha. tu pun tau setelah bertanya dgn pakcik jual air dkat tepi2 tuhh. timekasih ea pakcik! 

Then, lepas amek komuter bukit nenas tu... kitorang pun.. benti dkat bukit bintang...pastu.. mula2 masuk lot 10..tp, rase mcm boring je kot. lgpon, kaki aku ni da longgar gile.. x larat nak bjalan dahh.. so, ktorang amek kputusan pergi Times Square.kitorang tgk wayang je.. cite ape? cite ni haa.


haha! klakar sngat2 cite ni! sumpah ckap x) . lgpun kitorang tgk 3D punye enn, tp..x de la nampak sgr ke three D an die. cewahh..pas tgk movie..kitorang jalan pusing jap.. ingat nak men cosmo world! pastu, gile mahal! hahaa. ingat aku ni berduit sgt ke.hihihi. lgpun, time tu da maghrib da.. pehh .bapak lambat nye habes cite nih. hihi.. kitorang smpai rumah pun dlam pkul 9 gitu.. 

mmg penat laa. kaki rase macam x larat je .. da la esok nak hang out lagi kann. hehe. pastu, esoknya pulak. aku kuar lg... dengan kazen aku n dia. huhu.. ape nihh. diorang ni .. malu2 plak.. sakit aku tau.. jalan2 diamm je. x cakap pape. boring kot.. da la die tu.. org tanye sepatah die jwab sepatah. ishh... 
pastu, petang tu kitorang tgk movie laen plakk..


tadaa! cite ni laa. mmg best laa. lawak! hahaha. x larat nak ketawa da tgk cite nihh :P.. lepas tgk cite ni je.. terus balek. kol 4.. sampai rumah kol 6.. wuuu~ sedeyh nak tinggalkan dia n KL...ckup la smpai disini..

*actually banyak part da ni skip. ahaa. x pe kan? XD

Sunday, December 26, 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet



Salam dan selamat pagi korang! . pagi2 nihh, best tol layan lagu kan? hehehe. So, aq suke layan lagu kalau berpacaran ni.. mmg sdap la! , da la sore ana yg Cute tuu sdap sangat..tp, kalo imej diorang lbih islamic, baru la lagu ni akn memberi kesan kepada org lain kan? tp, btw.. diorang ttp da sampai kan msg tu. huhu..so,
jom kite nyanyi sama2 ikut lirik! yeahh! x)

korang suke x lagu ni? hehe.. tp, rasenye ramai la jugak yang suka lagu ni. bukti dia? okk.. jap ea...
tgk? baru tulis sikit je..da ramai like.. kan kann? hehee
so, Congratzz la tu Ana , Altimet ngan Sohaimi Mior Hassan. tbaek la lagu korang! hehehee.

p/s : suke part2 setan tuh .hahaha

Saturday, December 25, 2010

Cara Remove WaterMark

Salam to all.

ok, malam ni..aku nak tampil lagi sekali dgn tutorial yang amat mudah la aku rasa. hehe. iaitu. cara2 nak remove watermark daripada gambar.. korang tau x watermark tu ape? watermark ni adalah.. alah. korang perasan x .. bila ada gmbar yang dah didesign ke ape.. die mesti tulis Edit by : syedgraphix. *msti nama sniri ke?*. lebih kurang mcam tu la. untuk mengelakkan daripada gmbar dicopy lah katekan.. Tp, aku nak ajr korang cara nak remove benda tu. guna teknik yang senang mudah dan efisien. cewah...cara2 die macam nih.

1) korang mesti ade photoshop..
2) mesti ade gambar..
gambar ni aku creditkan kpd Abg Adam *sbb, aku malas nak cari watermark lain.hoho*


4)Lepas tu, korang highlight kan mcam gambar diatas gune spot healing brush tool tadi..


5) Tadaaa! Watermark da hilang! Senang je kan?? weee~ slamat mencuba..

Gambar sepnuhnya milik : Bro Adam

p/s : heyy. aku bukan ajar korang supaya korang suka suki je nak tukar hak cipta orang tau!
aku cume bg tau mcamane nak guna je! so, jgn salah guna! ingat!!

Tukar Sidebar Anda Dengan Image


Salam to all.. and hope u all have a great day ok!.

Tutorial kali ni.. aku nak ajar. macam mane cara korang nak tukar sidebar korang dgn image yang korang da edit lawa2 ok!? . Cara die mmg senang. cume perlu edit , ganti kod. dan save.. tanpa melengahkan mase. jom start okeh! hehe..

1st, korang kna ada gambar yang korang nak tukar untuk sidebar tu...

ok, aku nak tukarkan sidebar aku kpd gambar ni
Then, korang kena ambik name sidebar korang ...
name sidebar aku 'Kotak SG'

ok..kemudian , bukak edit HTML dan tandakan 'Expand Widget Templates'


Langkah seterusnya.. Tekan CTRL+F ..lepastu, tulis name sidebar anda.. contoh, 'Kotak SG'


ok, bila da jumpa.. korang scroll ke bawah sikit kod tu.. nnt jumpa kod

dan gantikan kod tersebut dengan URL image korang .
ini contoh URL gambar sy

lepas tu preview dan bila dah ok save la! hehee
Now, da SIAP! sangat senang kan!? cuba laa.. hihih =)
p/s : tapaham bole tanye. jgn malu2 jangan sogan2 . XD

Lucky Blogger Contest By Hahazirah

Salam All,

okay, harini pada waktu pagi nih. aku nak join contest yang dibuat oley kawan aku .. iaitu Cik Hazirah .
name contes nya ialah Lucky Blogger Contest.. Okay, cara nak join sangat2 senang.
  1. Buat satu entri kat blog korang
  2. Follow blog Hahazirah Through Heart. No excuse, haha!
  3. bertajuk 'Lucky Blogger Contest by Hahazirah'. Letak banner contest nih di entri tu then tag blogger lain untuk join contest ini at least 3 orang, lebih takpe. 
  4. Tinggalkan link url entri korang kat bahagian komen entri ni jugak.

snang kan?? ok! then, skarang.. aku nak ajak korang ramai2 join contest nih! aku tak nak tag .. sbab,
nnt x adil la bg yg x ditag kan!? hehehe. so, kalau korang nak join Click Banner kat bawah ni ok!?

Friday, December 24, 2010

Malang TAK berbau

Salam to all readers. wahh,baru lepas tgk konsert melodi cinta rossa kat tv3!
hahaa, ape da. rugi je mereka2 yang bayar mahal2 pigi konsert dia. 
last2, tunjuk kat tv3 jugak. kitorang yang untung tau! hahaa. actually, aku bukan la nak cite pasal konsert yang tah pape tuh. hihi. aku nak cite pasal kejadian 2 hari lepas.. fuhh! . mmg cemas dan agak tragis laa.Sebenarnya dah lama dah aku nak update pasal cerita ni..tp, sibuk buat entry pasal org tag laa. itu la ini la. sampai terlepas peluang aku nak cerita pasal hari tu. hehe. so, ceritanya bermula camni

****************************************************
tgh syok2 aku layan blog. dan akak aku sedang syok menonton video kat Youtube gamaknya. tetiba je, phone berbunyi.. nada  bertajuk 'Coconut' di nset nokia mak aku berdering...lantas akaq aku mencapai nset tersebut.
Apabila akak aku telah mengangkat telefon tersebut. Kedengaran suara seorang perempuan menyuruh kami untuk pergi ke tempat berniaga mak aku..Tempat berniaga?? yaa.. mak aku seorang peniaga..niaga ape? makanan pagi laa. Nasi lemakk. kuih muih.. semua segala nasik la ade! hihi. nak tempah? ckap kat aku tau.lala~. balek pada story.. stelah kami tiba je disana.. tiba2, terkejut la jugakkk..
habis semua mejaa..kerusi...kuih-muih..lauk pauk.. semua terbalik! tempat niaga mak aku mmg licin la!
mcam pakai Clean & Clear je tau! . fuhhh.. aku pun mula2 x perasan. pastu, bile tgk lame2 skit. baru aku perasan yang tempat mak aku niaga jadi macam tu.. kereta? kereta plak jadi macam ni


Wah, kereta aku mandi dengan sambal nasik lemak loh! aduii,


kalau nak ikutkan kereta lainn. aku rase da abih remuk segala dah! tp, kereta ni, ada sikit je calar. dan sedikit 
kemek kat bahagian depan. punca berlaku sedemikian??
ok. puncanya. mak aku nak tekan brake. ttp, die tertekan minyak. haiyoo.. habis melompat kot kereta nih.
sbb, depan tmpat niaga mak aku tu ade longkang.. *aku x dapt tgk waktu kejadian tu berlaku*
ermm.. cite lebih2 pun x guna jgak. sbb mende da lepas lepas la kann. hihi.
so, skarang. pagi2. aku yg kna antar mak aku gi niaga. coz, ade a bit of trauma kat mak aku. haha.
sokay laa.. nak pesan kat korang sume. kalau bwak kete ati2 tau...! jgn tlampau 
bnyak berangan n bfikir ... n yg penting . jgn cuai! thats all! thanks

ohya, lupe plak.. mase tu .. mak aku ade terlanggar anak org skali.. (pembantu dia) .Dan, alhamdulillah. tiada apa yang berlaku pd dia. cuma sdikit kecederaan je. bengkak2.
Nasib baik la Allah melindungi mak dan pembantu dia skali! =)
tengahari dan petang tu...terus aku dgn mak aku bergegas pergi beli meja baru..kerusi baru.. semua baru la.
MALANG MEMANG X BERBAU KAN?

P/s: ANUGERAH SKRINN!! MALAM NI =)

Thursday, December 23, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

aiyaa.. tengah syok2 melayari laman sesawang facebook.com..tetiba je teringat akan hutang yg masih belum dibayar kepada Abg Afiq..Adoii, tag lagi. ahaha. ok, segmen jom berkenalan nih. aku kena jawab baper soalan ehh.. errr.. 1...2...3..4.. ha. 7 soalan.. adui. banyak tuh.. haha.. tp, x pe. aku akn mencuba utk menjawab nya! .jom kita setat. soalan pertama berbunyi begini......

1)Apekah status anda
-aish..die tanye status da. haha. status aku? of coz la single mingle triangle rectangle sume tuh..bkan mase nye lagi kot utk aku pkrkan psl ni ihih. *yeke nih? .Pastu, Status aku lagi ialah, merupakan seorang student yang baru tamat tingkatan lime di sekolah menengah agama di bawah negeri Pahang. hoho.

2) Ceritakan sikit tentang diri anda
-ok, aiya.. ni soalan aa.. gua manyak tidak suka maa.. x reti btul nak dscribe ttg diri sniri nih.. tp, try je la eh.
ok, first..name aku syed *sume da tau kot . pastu..emm..aku ni ank bongsu drpd 2 org adik bradik *sob3. slalu kna tinggal sorang . Aku jugak amat berminat giler giler dan lagi skali giler! thadap bidang Graphic design. 
lagi2, aku juga amat berminat terhadap photography. tp, x mampu lagi nak beli DSLR stakat nih. so, godek2 je la camera samsung yang aku beli pakai duit sniri tu.. *semangat kumpul. videography!? yahh, aku bminat jugak..tp, aku x suka nak buat video. sbb too the leceh. lambat. byk step. kena convert la, itu la, ini la.. leceh kan?. .aku menyampah tol kalo org dok tergedik2 dpan aku! pastu dok hipokrit gitu..blagak! bajek baguz! rase die la yg perfect.! haihh, kpd mereka2 mcam ni. stay away from me la. tah pape je...HACKER? yeahh, aku tringin tol nak jadi hacker. tp, siapa la aku. haha. sikit2 je boleh la..banyak2 kem salam banyak2 ok ? . haha. ckup ckup! 

3)Certakan tentang blog anda
- Oh god , suh cite psal belog itam yg usang dan kelihatan suram dan terbakar lalu rentung nih!? aiyaa, ok laa. act, x de ape pun nak cite psal blog itam nih..Blog nih, diregister pada bulan 6/2009.. tp, aku baru start mengepost entry bulan 9/2009..wah ambek mase 3 bulan. haha. pastu3, lepas bulan 9 tu...aku da x pernah sentuh dah blog ni! mmg x pnah sentuh. even login skalipun x!. haha. aku mula post entry baru pd bulan 9 2010..wahh, pmulaan baru bg aku.. *post entry la maksudnye* untuk tahun 2010. bulan 9! wahhh, gile dasat. mana post kau utk bulan 1~8. haha. *kan aku da ckap aq x pnah bukak da blog! .. Aku pun mule laa nak bukak balik blog ni pade bulan 10/2010..well, aku da siap tukar template... tp, template aku x lawa pun time tu. 
*skarang pun x lawa, tp boleh la tahan*
ni template dulu..puas aku cari =.=
n then, lepas aku tukar template yg nih.. boleh la.. ade la jugak visitor dtg kat blog aku time nih,, tp follower time ni baru ade 45 x silap aku.. bapak la simple gile blog nihh.. nak tengok header die? lagi simple. jap eh.
ni header aku time tu...gile lah.. bapak oldfashioned! hahaa..pastu, x lame pastu. follower pun mkin btambah.
pastu aku tpkir plak.. da la blog ni mcam2 takde. maklomla. aku gune classic template time tuh. so, banyak plak kekurangan dia...pastu..ak lame la jgak x update ape2. aku ambik mase bape minggu untuk mcari
template yg terbaek untuk aku design! . time bulan bape ehh.. bulan 10 x silap..bulan 11 x silap aku. lebih kurang aaa..kemudian, aku pun start buat header. ohh,buat header plak! lagi leceh. banyak kali aku try and error tau x. penat giler2. plus pening lg. mmg give up da time tu. so, aku mlas nak amek kisah da....sbb, sume header aku buat . tah pape! tak fix! n mcam2...mcam2 dah aku buat, aku edit template yg dari blogger la..
tp, mmg x lawa jgak. x menetapi citarasa asli aku! miahaha..pastu..selang beberapa minggu..aku da jumpe template skrang! wahhh, pastu. aku saje je la. try upload header yg aku buat...tgk2.. wahh! FIXED! just nice je size die!..aku pun legaaa gile! tarik nafas manjang2. hoho...pastu..berkembang la blog aku..
ada satu hari tu...aku dapat dalam 150 follower sehari.dah la tu, malas ckap banyak2. kang nak muntah plak korang bace. kan? hahaa.jom usya soalan seterusnya

4)Apakah pandang tehadap dunia blog?
-ok..pandangan ehh..best ape blog ni. disamping dapat tambah fren2 yang x pnah aku kenal sblum nih.. aku jugak dapat info macam2 la .psal foto editing. html code. isu semasa 
jugak banyak aku dapat.maklomlaa.. blogger2 ni ramai up-to-date aaa. tu yg aku suke tu. hihi

5)Apakah nasihat kepada mereka yg baru nk buat blog?
-Nasihat? ok.. nasihat aku..pd yg nak berblogging tu.. pastikan korang tulis btul2 ikut ap yg korang nak tulis.
jgn la buat belog semata2 nak memburukkan orang or wadsoever la..sbb, x baek..lagipun Allah pun x suka kann? btol x? , elakkan mencopy hasil2 kerja org.. sbb, bkan semua org suka. kalau nak copy pun tulis la credit,baru org x bengang kan? lagi 1, mula2 mmg korang x de idea nak tulis ape. *mcam aku la. last2, bila da banyak entry korng tulis. dan banyak blogwalking korang dah buat, banyak idea korang dpat..dan korang jugak dapat memantapkan penulisan disamping menambah bilangan follower tau!
6)Keunikan blog anda..
-aduss,soalan dia..ahaha. ntah laa,aku x tau pun ape yg unik blog aku nihh.. i cant just judge my blog on my own. so, korang la yg boleh judge kan samada blog aku ni unik ke x. yang penting blog aku ttp blog aku..
graphic sume tu.. mmg da sebati dalam diri aku. tp, kehidupan pun ttp aku nak tulis jugak kan? heheh..

7)Sampai bila anda akan menulis blog dan impian anda alam dunia blog..  
 -sampai bila? selagi ada benda yang aku nak tulis..dan selagi ada benda yang aku nak paparkan ..slagi tu la muka aku ttp berada di blogger.com..impian aku? nak jadi mcam ezhan..sume org knal die. wuhuu. best nyela. fames amos plak tu.. masuk paper pasal blog tutorial photoshop dia. mmg respect la bro! walaupun brlainan course yg ko amek kat univrsti. tp, graphic bro mmg power la! nak2 pulak ada DSLR tu. waaa.. bes nye laa.
 

*nak tag siapa? sapa2 yg tbace. nak buat. buat la. ihihi 

Tag from ZOUL

Salam, Pagi2 nih. aku nak balas 'Hutang' Aku dekat 'Abg kembar'. haha, die telah mengetag aku untuk menjawab 25 random things about me ..ok, Rule die berbunyi begini ;

"once you've been tagged, you are suppose to write a note with 25 random things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if I tag you, it's because i want to know more about you".
okay, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan! ngeh3

1) Aku berketurunan Ahlil bait ( Syed & Syarifah)
2) Bermulanya 2011, aku telah melangkah ke umur 18 (*cukup umur da!*)
3) Aku bapak mnyampah gile dengan mereka2 yang bajek pandai! *bla ah kau.
4) Be mine sunshine, i'll be yours . senang.
5) Aku x suka memulakan sesuatu! , maksudnya..kalo korang x tegur aku..aku xkan tegur korang..tp ni dkat luar je laa.. dlam blog aku mmg mesra alam giler! 
 
6)DSLR addict.! waaa.. nak DSLR! tp, x mampu.. memadai la dengan my samsung. sob3.
7)Aku suka photoshop sangat2!! waaa. hidup aku msti boring kalo die x de :P
8)Berketinggian 175 cm dan mempunyai berat 57kg.
9)Suka terperap di rumah mengadap laptop daripada kluar melepaking x tentu hala!
10) Kaki game jgak aku ni dulu. slblum ada blog, tp skrang..kaki geng da lari. tinggal kaki blog je :)
11) x kan pergi sekolah kalau aku x jumpe tie aku time pagi tu!
12) Nak jadi Graphic Designer *harap2 tercapai*
13) Ustaz @ lect pun ok jugak kan?
14) Anak ke-2 drpd 2 org adik bradik! OUCH* 
15) Aku nak jadi hacker jugakk! hahaha *x baek sungguh*
16) Videographer? haaa! aku suke jugakkk.. 
17) HTML code. errr...errr... buat aku pening je.
18) Suka taylor swift, sbb die chumil !
19) Aku nak dpat 5A ke atas untuk result SPM aku taun 2010!
20) Nakk sangat masuk UIA . nak amek TESL . tp, mcam x dpat jea XD
21) Sesuai utk korang meluahkan perasaan *aicehh..problem solver konon*
22) Aku duduk kat pahang laa! tau da kan?
23) Aku suka ckap 'huhu..hihihi..hohoho....aicehh' x tau knape. jd mcam trademark plak da
24) X reti lagi nak design LOGO. ajarkan! sape2 yg pandai
25) Aku rase nak pengsan nak smpai ke 25 nih.. finally. sampai pon. haha . :)

Nak tag 25 org? gile kau! sape nak jwab, jwab je la :)

Saya Suka Gambar Ni Sebab....

Salam,
Slamat pagi! lagi skali ye,
jam menunjukkan pukul 3.11 AM.
tiba2 hati aku tertarik untuk join contest yang dianjurkan oleh Cik Yuni ..
Ape? contest ape plakk? akahhh, korang nihh.. ni ha.. contest die


Photo Addict Contest!
wahh, aku ni photo addict ke? hahaha.. adui, ok! abaikan dlu. jom kite tgk syarat2  untuk join.
di SINI.

Dah baca? senang je rite? hehe. so, ape tunggu lagi! jom upload photoss!


Ok, ini ada lah gambar yang sy pilig bagi juinn ini contest. hehe. Seterusnya, Sbb knp sy suka gambar ni?
ok.. gambar yg 1st tu..sy suka sbb ade org ckap sy ensem! ngeh3. gile prasan kau!
dan , org yg ckap tu adalah org yg amat bmkna bg aku. 
tp,actually. bukan die yg ckap ak rase. IBU die yg ckap =P. wahh, ibu tuu.. 
haha.lagi 1, aku suke gambar ni sebab aku da edit die, jadi macam ade kuasa gitu. haha..sukaa laa..
ok, tu sbb bg gmbar satu tu, yang gambar ke dua tu pulak, 
aku suka sbb, photographer tu.. mcam fokuskan lens die kat aku je..
perasan x?? mcam aku je yang die nak fokuskan kat gmbar di atas. and, hakikatnya..aku yang paling
menyerlah.. even aku tak pandang kamera.. tp, gambar kat atas tu. ak uda edit lg la. kasi 
die fokus betul2 kat aku. hihi.. tp, mmg terharu laa. jd macam model plak! . mmg x dirancang ok!
jgn sala faham plakk, tu mmg original punya pose. aku x sedar pon bile mase die tangkap.
aicehh, nampak sngat aku tgh berangan time ni. hahaa.
tp, walaupapepon..aku suke both of the pic. enough! :)

3 rakan yang aku nak tag ;

AWARD by CIK SARAH


Yaaaa, sy dapat award! hahaha. lately kann.aku amat lucky betol. kerana sering menjadi pengikut mereka
yang ke 100. hahaha. bangge jap.. 
Award ni saya terima daripada Sarah Baisudin ehhh, Cik SARAH! .
Thx byk3 tauu.. hahaha..
Dan sedikit maklumat ttg dirinya

"seseorang yang minat music..ape2 muzik,universal..pendengar yang setia dan suke keindahan alam...dan yang paling penting saya sayang mak saya..!!"

Selamat Berbeloging ya! XD

Wednesday, December 22, 2010

Adobe Photoshop CS5 Free? Nak ke? [UPDATED]

 
Salam and hello.
aku raselah.. diantara blogger2 kita nihh.. ramai lagi KOT yang x de adobe photoshop nih. hihi. so, kehadiran aku disini. adalah untuk membantu korang2 yang masih belom memiliki adobe lagi! wahhh, kasi FREE tu! hehe.tp, yg ni portable punye ye. x yah install2. trus bleh gune. lagi bes kan??
HAHA....syarat2 die? alaaa, malas aaa aku nak bersyarat..cukup la bila korang dah download menda alah
ni...korang buat entry baru.. tulis psal korang yg da download Adobe tu kat blog aku.
snang je kan? kalo malas buat entry pun x pe..ltak je kat sidebar tu n link kan ke blog aku.. 
disini aku sertakan linkk.. tp, ikut korang la nak buat ke tak syarat2 yg kat atas tu..
tu terpulang atas kejujuran diri masing2. aku x kisah. aku just nak tolong je kan? :)


okehh. slamat mengedit ye korang3..! ehh, korang try dlu. kalo x leh kasi tau aku. aku cari link laen =D 
lagi 1, tujuan ltak kat sidebar tu..supaya lebih ramai org dpat gune adobe nih =D

Contest header untuk Cik Azizah

Salam n Hello..
Yargghh. jam menunjukkan pukul 4.06 AM. wahh, gila! sudah pagi rupanya! aku masih
belum mahu melelapkan mata.. nak tahu kenapa?? ya, ini semua gara2 contest yg dianjurkan
oleh Cik Azizah.. Hehe. Contest nya diberi name Contest Header untuk Cik Azizah ..
okehh, jom kite tengok syarat2 die dlu okehh!?

1. kalian mestilah ada blog dan follow blog cik azizah [DONE]
2. letak banner contest dalam entry & sidebar ok.[DONE]
3. tajuk entry " Contest header untuk Cik Azizah"[DONE]
4. kalian buat cantik2 dan mesti ada tajuk blog daku iaitu "Interesting Stories About Me" beserta nama "cik nur azizah"..gambar daku tak kira la yang mana 1 di atas tu.. nak buat 2 gamba ke.. 1 cukup ke..nak corak lain ke..ikut la..ikut kreativiti kalian la..[DONE]
5. tinggalkan link kalian kat entry ni[DONE]
6. then tag 2 orang kawan kalian..selesai!


Okayy, Disebabkan semua syarat telah dipenuhi oleh saya, So... saya nak tunjuk header

yang sy buat SPECIALLY for youu lahh kak azizah! hehe.

*ni jela yang sy mampu ye kakk.. gambar kak takde la sy letak.. sbb kualiti x berapa
jelas..nt x lawa plak kann? hehe..*
Sekian sahaja untuk pagi buta ini! nak tido, ngantokk. kak zizah. pilih sy sbgai pmenang okes!
hahaha XD



Tuesday, December 21, 2010

EFFECT macro pada GAMBAR

Salam n hello to all ;)

eh, korang tau x macro tu effect ape? hehe.. sblum tu. korang pi amek kamera korang.. pastu bukak mode..nnt jumpa la macro tu..macro ni. macam.. dia fokuskan kat satu objek tu.. pastu background die blur je..ok, harini
aku nak ajar korang.. macam mane korang nak edit gambar yang actually
x de effect micro... kepada effect macro dgn menggunakan photoshop..
sangat mudah! hanya 3 step sahaja dan siap! :)
ok, mula2.. korang kenala ada gambar dlu. hihi.
Ok, ni gambar yang aku pilih...Gambar ni aku place je.. aku lupa nak merge. so, abaikan 'Layer background"

Ok, lepas dah ade gmbar.. korang duplicate kan gambar tu (CTRL+J)

Seterusnya, Sila klik pada Filter>Blur>Gaussian Blur..dan tentukan pixel anda mengikut kesesuaian dgn gambar anda..DAN PENTING! pastikan anda menggunakan LAYER yang dah DIDUPLICATE tadi..

 Kemudian, anda ambil ERASER tools.

Padam sehingga anda mendapat objek yang anda ingin fokuskan dan yang anda ingin BLURkan

jeng jeng jengg!! da siap! dapat pun effect macro.. kan kann?

p/s : da abess, tak fham bole tanye XD

Majalah ohh Majalah

Salam n Hello to ALL of You..

haihh... 2010 bakal melabuhkan tirainya.. tetiba je.. teringat pulak dekat satu tanggungjawab
yang diberikan oleh pihak sekolah kepada saya untuk menyiapkan majalah sekolah 'SETINTA'
bagi keluaran tahun ini.. WAH, agak mencabar jugak la tugas sebagai desaigner bagi majalah.
maklumlah, sebelum ni pun x pernah lagi design2 majalah ni.. kira, first oppurtunity dapat dari pihak sekolah
tambahan lagi, AJK2 dan krew2 sekolah aku yang sukar untuk bagi kerjasama! . Semua aku yang kena buat!
aduiii, last2.. ustaz yang tolong design sparuh .* thanks ye ustaz!*
Aku time tu pun atas gesaan SPM lagi,
so x dapat la aku nak FULLY design on the Magazine. just a little bit part only yang aku design.
Tapi, x pe la.. at least .. aku dah tunaikan tanggungjawab aku. pada mereka2 sume tu yang x buat APA2.
Jawatan nak sangat. tp, bile suruh je buat kerja, macam ape je. x komited langsung! haiyo. susah wa mcm ni.
Aku x sempat nak buat credit atas nama aku kat majalah TU! hahaha. tp, x pe la...macam tu pun dah cukup
membantu.. walaupun sebahagian besar ustaz yang settledkan...Aku nak mintak pendapat lah dari korang tentang design aku yg aku paparkan kat bawah nie. tolong komen yep .
 NAK TENGOK LEBIH BESAR CLICK SINI
Ni antara page2 yang aku sempat design... tp banyak lagi sebenarnya. aku ambik separuh je la. hehe..ape macam? ok x.. ni first try aku tau buat menda macam nih. aku mmg x de basic langsung dalam bab2 ni...
bagi laa respon anda sedikit ye.. Teguran daripada anda2 amat saya hargai.. untuk memantapkan lagi
skill2 saya! . terima kasih,

Monday, December 20, 2010

MERDEKAA!!

Goodbye to baju skolah! XD


Salam n hello,
ehh..ehh.. asal tajuk entry ni merdeka? bukan da lepas? HAHA. ehh, korang2 jgn salah faham tau! x) . ni bukan MALAYSIA yang MERDEKA>.<.
Ni aku laa yang merdekaaa. hahaa. merdeka dari segi ape plak nihh?
ACT, aku baru merdeka daripada penjajahan SPM! wuuhuu. agak keriangan di situ. hehe..
ape laa budak2 skolah aku nihh, org blom abes jawab exam lg.. semangat kuar awal!
da la bakar mercun! tkejot beruk la jgak aku KOT. TERmelatah plak tu...
naseb baek aku ckap "ASTAGHFIRULLAHALAZIM" ..aicehh...seronokkkk sngat2! x yah nak pk psal skola lg kan? pk psal result je x) .. tp, SAYANG plak nak tinggalkan skolah. WUU :'( .
Tp lagi skali.. nak wat camne.. x kan nak dok kat skola tu slame-lamenye. x daye aq. haha. adoihh.td,
mase pulang buku teks... aku pnye buku ade la jgak x ckup ak rase.. tp aq tgk ade je bdak ni rembat2.. ish3.
x baek kot weh! aku pon join la skaki. hahaha. alaa, skali skale. aku ni mane pnah wat jahat.. so.. x salah aa kan? aiyaa. salah jugak ke? x pe2.. nnt mintak maafla kat cikgu tau! hihi...

************************************************
Oh ye, teringat plak dekat gift yang ADE org tu kasikk. hihih..... nak tengok kahh ? kjap ea
AWAK! thanks ea kasi mende nihh sblom SPM arituhh. hihi.. awk tau x? penat gile nak abiskan mende nihh..
aduiii3... ni pun da tinggal 4! yayyy.. suke3... sy makan ikut time tauu! pcaye x?!? hihi..
alaaa, tp x sume laaa sy ikut time nye =P. ade yang 'keylat2' skit. biasa laa kan? hehe..
tu pun 4 bijik Choc yang awk kasi nihh da kena makan dek tikus dahh. banyak sngat kottt.
tikus tu pun suke choc awk kasi nih! hahaha. sy lagi la suke....kalo jumpe tikus tu.. ishh.
rase nak bunuh2 je tauu! .Macam org kasi choc ni kat die je kann? hehehe..
*ahh. gile mode perasan aku dah naek* 
dah laa tikus tu makan choc yang paper untuk ekonomi punya! waaaa.. sedey tauu.ahaha.
kalo die makan yg 'hooray' tu ke. x pe la jgakk.. hehe.. tikus pun pandai nak blaja ekonomi
kan awk kann? hahaha.. x pe la die.. bia je laa.. janji die bahagie. sedekah skali skale je kann?
bkan slaluu. hik3...

************************************************
Lepas SPM nihh, ingat nak gi KL, nak gi umah kazen aku.. tp tu lahhh, die gi CAMERON plak da...
WAAA. sumpah sedeyh doe. ade takk teman2 blogger yang nak teman aku jalan2 kat KL nihh??
hihih... jom aaa ikott. aku boring tahap hyperbola da nihh. tak sian ke kat bdak SPM nihh. aiyaa..
gambar sumbangan uncle google

Bagi sesiapa yang muka nya kena baling tepung gara2 habis skolahh.. bawak bersabar yekk! haha.
come'on laa! tahun last da nihh... hahaha... da lahh, mood happy nih.. balek skola x mandi lg.
so, nak mandi smayang2 dlu. nnt kite blogwalking sama2 yekk kawan2! ;)
TTFN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...