Monday, January 31, 2011

Situasi di EGYPT..Kita disini buat pe je?

*ini entry copy paste. jika anda mahu, anda pun boleh copy.. apa salahnya berkongsi maklumat. berkongsi ilmu, membuka mata mereka yg masih tertutup..


Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.


Okay, wanna know the truth??

  • Airport di Alexandria dah tak boleh pakai
  • Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
  • Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
  • Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
  • Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.




http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321?v=wall


http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/


http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964


http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.


and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

kredit>woot-woot

Sunday, January 30, 2011

Sangat jeles dgn gathering sahabat blogger


Assalamualaikum...PERHATIAN, ini bukan blog jeles! tp, ini entry jeles! wuaaa.. Seperti yang korang-korang semua ketahui...Sahabatbloggers kat FB ade buat gathering pada hari ini.. dan, yaa, malang sekali bagi aku.. kerana tidak dapat turut serta dalam gathering tu..

Dan, ape yang membuatkan aku sangat jeles dan bertambah-tambah jeles lagi ialahh.. huaaa! ade heliza yg comell tu datang skali! mata bolatt!..Sangat jeles! . dan, aku bertambah jeles lagi tatkala melihat
 Bro Nazirul ni tangkap gmba sebelah-sebelah dgn diaa.!..

Pastu..tengok aku punye fb.. kna spam saje dgn notification SB.. pasal gathering plak  tu.. hmm, rugi rugi rugi.adoii,korang...nnt buat la lagi tauu! huhu... x pela..mood jeles aku x abes lagi ni.. aku nak pergi bersendirian buat seketika... PEN OFF

p/s : AKU SANGAT JELES.ANDA BAGAIMANA?

SEGMEN : Jom Syok Sendiri



1.Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?

-Nama Glamour sy dalam dunia maya ini SG atau SyedgraphiX

2.Kenapakah anda memilih nama tersebut ?

- "Sebenarnya saya memilih nama tersebut kerana ya, sy amat berminat dalam bidang designing dan photography..Disebabkan minat sy yang mendalam yang juga baru sy sedari sejak di sekolah menengah, sy berhasrat untuk menggunakan blog sebagai medium bagi memperkenalkan nama sy. Oleh itu, sy telah memilih SyedGraphiX sebagai nama yg terbaik untuk menaikkan nama sy"

3.Kenapa anda berblogging ?

- "Tujuan utama sy berblogging pada mulanya hanyalah sekadar ingin mencuba. Sy mula menyedari akan pelbagai manfaat yang boleh didapatkan di dalam blog.  Namun, Tujuan yang mulanya hanya ingin mencuba.. kini berubah kepada Hobi.. sy berasa puas melalui penulisan sy selain memperoleh ramai kawan maya yang lain dan boleh berkongsi ilmu sesama kami."

4.Siapakah pemberi semangat anda ?

-" Pemberi semangat sy adalah datang daripada diri sy sendiri. Disebabkan rakan2 sy  tidak berminat menceburi dunia blog, Maka...segala perjalanan sy dalam dunia blog ini dilalui oleh sy sendiri dengan tabah.. hanya rakan-rakan dari blog sahaja pendorong bagi sy untuk terus maju".

5.Sudah berapa lamakah anda berblog ?

- "Saya mendaftar akaun blog ini pada 2.1.2009 dan masuk tahun ni sudah genap 2 tahun sy berblogging"

6.Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?

- " Idola sy dalam dunia blog ini adalah Ben Ashaari . Sy sukakan blognya yg tampak simple dan berminat dengan segmen-segmen yang dianjurkan. Beliau juga seorang yang tidak sombong dan tidak pernah kekurangan daripada idea . Beliau juga salah seorang yang telah menaikkan nama sy sehingga sy berjaya dalam dunia blog ini.."

7.Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?

- "Banyak kenangan manis yang sy perolehi dalam blogging ni sebenarnya. Antaranya ialah pengalaman berjumpa dan berkumpul ( gathering ) bersama-sama rakan blogger yang lain.. memang satu pengalaman manis yang tidak dapat sy lupakan"

8.Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?

- " Kenangan pahit sy dalam berblogging ni adalah apabila ada salah seorang blogger yang 'copy-cat' hasil kerja sy tanpa keizinan sy. Selain itu, sy juga dimaki leh blogger jgak yang tidak menunjukkan profile-nya di artikel sy. Maklumlah, bukan semua yang suka kpd kita kan?

9.Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?

- " Pencapaian terbaik setakat ini ialah, sy telah menjadi salah seorang top blogger di malaysia.. Pengunjung yang datang ke blog sy pada setiap hari adalah sebanyak 1500 terdiri daripada seluruh negara.. Rate comment pada stiap post sy pula adalah tidak kurang daripada 300

10.Selain berblog , apakah minat anda ?

- "Saya minat akan permainan online. Sy juga memiliki forum sy sendiri untuk berbincang soal game dan sy setakat ini masih berjaya membahagikan masa antara blogging dan bermain game..."

11.Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?

- " Bagi sy, blogging adalah sepanjang masa. Sebaik sahaja ada masa lapang untuk sy post entry, sy akan gunakan masa itu.... dan jika tiada masa.. sy akan cuba untuk mengurangkan aktiviti yang lain ...Aktiviti sy yang lain juga tidak sekali akan sy abaikan.."

12.Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini 

-"Dunia blog pada harini semakin mendapat tempat di Malaysia.. dan, ya..rakyat Malaysia sangat kreatif! sy kagum terhadap beberapa blogger yang menggunakan blog sebagai medium bagi menulis novel dan mempamerkan hasil penulisan karya yang hebat dan menarik! "

13.Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri 

-" Untuk mereka yang ingin memiliki blog sendiri. sy warwarkan supaya gunakan bahasa yang menarik pembaca dan jangan sesekali menggunakan blog anda bagi tujuan untuk menjatuhkan orang lain, dan jangan juga blogging hanya sekadar mendapatkan keuntungan. tetapi, blogging lah kerana minat! . dengan minat, anda lebih lama bertahan didalam dunia ini. terima kasih.

Saturday, January 29, 2011

BEST ke jadi ENTRY POPULAR HARI INI?


Assalamualaikum... Korang tau x geng blogger punya web ni? aku rase blogger-blogger lama suma da sedia maklum tentang kewujudan geng blogger ni kan? Bagi blogger-blogger baru, meh aku jelaskan.. geng blogger ni ialah tempat untuk meng ping entry korang dan ade forum-forum bagai.. tp, aku x ambik port sangat dkat geng blogger ni.. ntah la.. aku rase mcm...x tau nak ckap ape lahh.

korang nmpak kan ape yg aku circle kan kat atas tu? "POPULAR HARI INI" wahh, aku rase semua da nampak .. besar lagi tu...ape yg bestnya jadi popular hari ni?? aku pun x tau la ape yg bestnye.. kdg2 aku tgk post2 kat bahagian popular hari ni tu x de la gah mana.. tp, dpat plak entry popular. huahh..

yang aku lagi hairann campur pelik tahap gabann.. knapa la kawan2 blogger aku sibuk sangat .. "wehh..entry aku dapat popular harini" wahh, aku rase mmg lumrah kot.. manusia ni terkejar-kejar akan populariti. huahah. kdang2 tu..siap post dkat facebookk..twitter..mcam2 lahh.. die punye link geng blogger tu.. kalau aku.. aku post entry post aku tu je.. cukuplah gengblogger tu aku gunakan sebagai medium untuk Ping Post..ok, x perlu sangat lah yang popular2 ni..

lagi 1, yang aku pelik.. knp.. lepas kol 12.. aku rase.. baru je server gengblogger reset balik untuk entry post paling popular... tpi, da beratus2 click untuk entry die. aku x tau.. aku x tau kenapa boleh jadi sebegitu rupa...dan, persoalan aku di post yang pendek ni.. aku ingin bertanya pendapat korang je..

BEST KE JADI ENTRY POPULAR DI GENGBLOGGER?

Friday, January 28, 2011

BEN ASHAARI BLOG


1.Letakkan banner dan linkkan ke blog Bro Ben 
-Beres bro

2. Nama tajuk 
- Dah ditulis diatas . hehe.

3.Brape kali update? 
- Update biasanya sekali sehari je.. tp depends laa, kalo idea banyak banyak kali pun ade. huhu.
jumlah entry stakat ni baru 84. hehe

4.Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
-Sebab satu peluang yang baik untuk memperkenalkan blog sy pada blogger lain 

5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
- Err..ntahla, x penah plak tpikir blog picisan ni akan jadi popular.. tp, sekiranya menjadi popular syukur je la kott. nak wat ape lg. hehe. yg penting jgn sombong2. ;)



SyedGraphiX | 1000 Followers Credits |

Assalamualaikum buat semua.. Alhamdulillah..walaupun aku baru tumpukan pada blog aku bulan 12 time nak ambek SPM..walaubagaimanapun..aku telah berjaya mengumpul sebanyak 1000 followers dalam masa 1 bulan stengah kot? ..korang bkan folllow aku sbb tpakse kan?? harap2 korang follow aku sbb u all just love the way im blogging pls?..macam2 mende da aku lalui nak capai ke tahap ni..aduii.. susah kot..daripada entry aku yg sependek-pendek.. kini aku da boleh mengarang entry dengan panjang ibarat membuat karangan..

Bermula daripada blog yang 'peribadi' bertukar kpd blog yang boleh membawa manfaat kepada semua *yeke?* harap perkongsian yang aku kongsikan dalam blog ni membawa manfaat la kpd korang ye..OK lah, tanpa melengahkan masa.. hehe, meh sini aku nak perkenalkan follower ke 1000 SG..


ni laa die. comel kan? ngee. haha.die ni blogger baru..baru start berblog. tp, x pasti la brapa lame. lupe nak tanye plak. hehe. nak review psal blog die pun susah sket. sbb x byk lagi post. hehe...cuma nak tegur.. akira, kalau akira gune music yg boleh play/pause tu kan senang.. sbb, bkan semua org suka lagu kita tu tau. hehe.
dan, ni award untuk akira eaa..

Kepada semua follower SG, aku nak mintak maaf andai sepanjang aku berblogging aku banyak menggunakan bahasa2 yang agak menyindir korang.. ataupun terlepas pandang komen korang..tidak jejak korang.. maaf  sangat-sangat. mungkin kerana kekangan masa SG balas lambat skit..MAAF ye.. terima kasih la SG nak ucap kpd yg support SG slama ni ye. yg comment2 kat blog SG ni.. tanpa anda semua sape la SG ni kan.. so, sbagai penghargaan kepada korang SG nak kasi award ni ye..harap sudi la mengambil nye..

you're so sweet lahh to all my followers and supporters! thanks again!
Kalau ada perkara yang anda ingin suggestkan kepada SG, silalah drop komen dibawah. Samada dari segi template, penulisan, penggunaan bahasa, atau mcm2 lahh.. bg je cadangan k? akan diterima dgn terbuka ;)

lotsoflove, SG =)

Thursday, January 27, 2011

Animated Banner Tutorial


Assalamualaikum.. harini, err. aku nak ajar korang macammane nak buat gmbar gerak2 mcam kat atas nih. hehe. Actually, gambar gerak-gerak / animation picture ni datang dalam banyak format , contohnya mcam flash dgn .GIF.. yang aku nak ajar korang arini ialah .GIF..nak buat banner ni senang je.. tp kena lah ada software nye.. jom aku ajar korang step by step untuk buat banner .GIF ni..

1) Korang kena ada photoscape..kalau x de.. click SINI dan download
2) Bukak photoscape anda..
3) Click Animated GIF




4) Drag kan gambar di list ke bahagian tengah... Pastikan setiap frame yang anda gunakan berbeza ..ubah masa untuk setiap frame jika mahu dan ubah effect yang sesuai dengan cita rasa anda!..


5) Bila da selesai cuma perlu save dan siap! ;) 


CONTOH LAIN 


Mudah kan? dengan beberapa step sahaja dapat create banner tanpa menggunakan photoshop..tp, imej asal aku gune photoshop la.. kalau sape yg x reti gune photoshop untuk image asal, photoscape jugak ada tool text kat situ. boleh je gune.. untuk edit segala gambar pun bolehh..senang kan? so..thats all. harap membantu ehh..hehhee..kalau korang kreatif.. lagi cun la banner korang =)

p/s : nak guna flash x reti lagi.. hehe. so, buat banner GIF je la dlu 

Wednesday, January 26, 2011

Apa Yang Ada Pada K-Pop??

Assalamualaikum kpd semua pembaca dan pengunjung setia SG punya blog. oraiit, pd tgh hari tadi, dekat BCR aku tengok2 orang ckap psal korea.. aduhh, aku bukan la ape..aku ni da la x suke korea.. pastu..boleh plak diorang chit chat psal korea dkat BCR tu. abeh aku nak wat pe. so, aku pun luahkan ketidak puas hatian aku terhadap kpop!. opps, bkan x puas hati ye.. x minat je. hihi.

ohh lupa, rupanya bkn aku sorang je yg x minat dok layan kpop ni...ade lg sorang..perkenalkann Cik Safiyyah
Alasan kami untuk tidak meminati k-pop telah ditolak bulat-bulat , bujur-bujur dan petak-petak oleh kipas susah mati k-pop.. sebelum tu, jom usha gmba dlu



Ehh, Apasal semua pempuan ni?? buat penat aku scroll ke bawah je..
 *kata salah seorang pempuan kaki k-pop*. ok lahh ok ok! aku kasi la korang tgk yg laki plakk..


mesti tersenyum tu kan??? hehe. aku tau da..kan kan? satu je ke? alahh .satu cukup la. mane boleh lebih.

PERSOALAN DISINI.. apa yg ada pd k-pop sehingga begitu menular di Malaysia?? bagi pendapat aku la.. meh sini aku list kan sebab musabab knp mereka minat k-pop, disebabkan peminat k-pop ni rata-rata daripada kaum perempuan.. aku listkan utk prempuan jela ea..

1) Sebab pelakon dia ensemm
2) Sebab pelakon dia ensemm
3) Sebab pelakon dia ensemm

aikk? knpa ada 3 point yg sama?. ohh, sorry.. aku da x tau da ape yg ada pada k-pop ni sehingga anda semua begitu tergila-gilakannya melainkan sebab pelakonnya yg boleh tahan la ensem nya -.-"

Orait..jom kita pergi kpd kenapa aku benci akan k-pop

1) Ya, sperti yg kita tau..perbezaan bahasa yg melampau antara kita dgn mereka! eh, aku bukan ciluk isi SS tau. tp, aku ade huraian aku sendiri.. Agak menyampah aku rasa apabila kdengaran orang mempraktikkan bahasa korea dgn menghafal segala jenis perkataan. oh, aku tau! mmg la x salah. tp..why not korang pergi belajar bahasa Arab.. bahasa Al-quran tu.. dapat pahala bila membaca tau.. dikira ibadah lagi tu..
*take a note. Aku x halang pun korang blajar bahase korea. cuma, tu lahh.. ade bhasa yg lebih baik untuk dipelajari..*..

2) Blogger skarang ramai lahh gilaa yang minat korea! , hadui..sries. aku rase mcm da ta dpat nak nolong je.. kalau aku bw je, aku nampak la muke min ho la... ape lg ntah aku x knal da.. pastu.. template siap guna tmplate korea..shoutbox korea. uiikks! jap2. ko tau ke? ENTRY die pun psal korea?? camne la aku nak drop comment kat blog ko kalau 10 entry ko..10 sume psal korea..Bertambah menjengkelkan lagi apabila profile FB turut menggunakan gmbar mereka.. uhh, tidakkk!. aku boleh gila. ye, GILA! -.-"

3) Kalau point ke 2 psal blogger yg obses melalui template dan segala design blog nya..ni plak aku nak cakap psal mereka2 yang dok mngabiskan duit pergi beli segala album-album k-pop! wad the fish la weh! mmbazir duit KOT aku rase.. baik ko makan guna duit tu.. kenyang pon kenyang.. pd beli mende yg tah hape hape..pastu, tambahan lagi dengan artis kpop yang ada tubuh fanclub kat mlaysia nih..korang tau x? diorang siap kumpul duit nak kasi adiah tuu dkat artis ksayangan mereka! fuhhh.. sungguh obses..

4) yg ke 4, Aku x suke jugak psal pemakaian dia.. korang tau x yang anak2 gadis skang ni ramai gillaa kot yang terikut cara pemakaian diorang.. elok ke tu? x kan? pk2 lahh...korang faham2 la pemakaian diorang mcamane..dan apabila da ade yg obses.. smpai snggup plak nak ikut cara pemakaiann..

korang baca tu dia tulis ape? seee?? korea punya pengaruh mmg dah menebal dalam diri korang.. -.-" . Cara pemakaian pun da terikut da tu..kalau nak tgk ape die tulis .. click je kat gmbar tu okayy?..

Last but not least, di hujung entry ni .aku nak mintak maaf kat semua kipas susah mati k-pop.. dan segala gmbar yang ada dalam ni aku google ok!. dan, kalau nak bgtau aku ape lg yg ade pd korea.. sila bgtau aku ye..Skali lagi diingatkan. ini pendapat secara PERIBADI! . thanks for reading ;)

1st GA Pearl by mOoN


Assalamualaikum.. wahh, nmpak x gmba sys ni *die lagi tue dr aku ni* ..nmpak kan? hehe.. korang tau ta.. sys ni ajak aku join die nye GA laah, jemputan VVIP daripada shoutbox haruslah aku tunaikan! hehhee..
jom kite tgk ape yg Sys Moon ni nak kite buat untuk GA die nih..


1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,

  • sebab kenapa anda join GA ni..
  • antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...
2. Letak banner kat atas *yg ntah apa-apa tu dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini...


3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! x boleh nak malas-malas...hehehe..


jom kita mulaa! hehe..
  • which color describe SG the most. ok, aku pilih kaler hitam.. Hitam ni walaupun warna die gelap.. tp, x smestinya melambangkan hati yg gelap dan segala benda yang buruk kan? kalau kaler putih skalipun x tentu lah lagi  hati seseorang tu sesuci kaler tu ataupun tak. hehe
  • Knapa eah aku ckap kaler itam ni dscribe psal aku? .. ok 1st, aku mmg suka gilaa lah kaler itam..baju aku..seluar aku...kasut aku....semua kaler itam tau.. hehe. tp, ade la jugak kaler laen..cume kaler itam tu banyak la...pastu2...aku punya rambut pun aku suka kaler itam tau! *x baek tukar rambut kaler laen ni.. dosaa tau!*
  • pastu, korang tgk blog aku.. hitam jugak kan? segala-galanya la itam. hitam ni memang melambangkan diri aku yg aku ni mmg hitam! opps.. aku x itam laa. lalala~.
  • orang cakap hitam ni menawan. hehee. hitam tu jugak manis..wahh, sgala2 nya psal hitam mmg mnarik! sbb tu aku suka..
  • Hitam jugak melambangkan aku yg kuat marah kot. -.-" . aku mmg x leh silap sket. asik nak mbebel jek keje nye..
Sebab ape eh aku join GA ni?

- Sbb GA u mnarik la moon.. pastu dapat jemputan VVIP pulak kan? so ape lagi.. hehe. pastu, nak bagi sokongan bagi orang2 yg wat GA ni smoga nnti kalau aku wat GA org bg skongan kat aku plak :P. 
pastu lagi, salah satu cara nak update blog :P

So, aku nak tag 3 orang utk join GA ni


p/s: sapa2 yg tbaca pun jemputlah join !

Contest Siapa Punya Header Paling Cool (14 Februari 2011 end)


Assalamualaikum.. sedang asyik aku berjalan-jalan dari satu belog ke satu belog.. tetibe, aku pun tersinggah la dkat blog Zikery Hassan..aku pergi ke sana hajatnya utk membaca entry dan mengdrop comment.. Setelah itu, aku ternampak entry die pasal contest ni... contest "Header siapa paling cool" oowwahh! .Aku pun seakan berminat dgn contest yang dianjurkan oleh Mejuez. knp nama dia camtu? oh.tu aku x tau. korang tanye die eh. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus follow dia untuk join contest best nih! hehe..

Syarat-syarat pulak adalah sperti biasa. iaitu...


1-WAJIB jadi follower blog ini :)  [done]

2-Buat entry pasal giveaway nie , simple simple je dah cukup [done]
.
3-Letakkan Banner Di Side Bar (tak nak pun tak pew..) janji ade banner contest tu.. >_< [nak leetak ke x nak ehh.]

4-Tag 5 Orang je rakan anda yang selalu ONLINE Blog/Si Blogwalking.
    Beritahu mereka pasal contest ini ok :) [kat bwah ye]

5-Tinggalkan link URL Entry Anda 
    dan ID Follower Anda [lpas publish entry ni laa]
Hadiah dia?? kalau nak tau... pergi je laa dkat blog tuan punya contest nih. hehehe...oklahh, ni header aku ea.


aku tau header aku burukk.. biar lah.. janji mcuba ok! hehehe.. ;) so, ak nak tag insan-insan terpilih...

1) bro mofaiz
2) bro Farique
3) http://hahazirah.blogspot.com

Lagi 2 orang tu aku jemput je la semuaa yg terbaca entry ni ea! hehe.. ok, jumpa lagi yaww. =)

Tuesday, January 25, 2011

New Bloggers Should Read This

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan entry aku pada hari ini..Assalamualaikum..adakah anda sudah tidur? bagus2. tidur yang lambat x elok utk kesihatan kan!. hehe. so, arini aku nak share kan ape sepatutnya blogger2 baru ni kena buat pada blog dia..Oleh kerana blog aku ni ramai jugak la blogger baru-baru, *otai2 x nak datang blog aku nih* so, aku nak share-kan perkara yang perlu korang buat kat blog korang..

1)Template

  • Aku syorkan korang..guna la template yg baru ni... x yah gune yg classic template tu ape.. bukanlah ape kann. sbb, kalau korang nak tau.. classic template ni gile banyak kot kelemahan die..Antaranya, korang susah nak cari kod...kalau korang tengok tutorial-tutorial pun kebanyakannya semua untuk template baru...kalau  tutorial nak tukar sidebar dgn image dkat blog aku ni. korang try la pakai classic template. mmg x kan dapat nya.. Aku tau la sesetengah tu nak kan template yg unik.. sbagai contohnya, click gmbar bintang lepas ke tempat post, click gmbar beruang lepas ke chatbox, click ke peti surat keluar tempat nak comment..x perlu la..x payah buat camtu.. ingat..kita ni blogger baru..so, nak tarik orang datang kat blog kita bukan senang..satu keje plak nak menekan2 ikon dekat blog-blog korang..mmg x kan singgah da la lpas tu.. sries aku ckap. -.-"
  • Korang nak style-style sangat ke template nye? boleh nak style.mmg x salah...tp, x payah laa guna template yang gerak2 tu....ade la makanan gerak2 jatuh dari atas ke bawah laa...sekat-sekat tau x korang..lantas menyebabkan blog korang lambat load..bila da lambat load.. ade ke orang nak tunggu? nak pulak kite yg masih blogger baru ni.. jgn harap la.. kalau otai-otai tu nak jugak die tunggu sejam kat situ ..dah, lupakan yang gerak2 punya template ni. ape kate korang edit je sendiri code html die..skarang kan da banyak blog tutorial. gi je refer kat sana.. banyak yg boleh membantu..
2) Button Follow
  • Ini lagi satu masalah blogger baru kita nih...bila bw, nak suh orang follow..tp, korang sendiri ntah sorok kat mana ntah button tu..x yah la korang gantikan gambar utk follow blog korang.. guna je la yg button asli tu...bkan ape..kalau dah gambar x de tulis nak follow tekan situ..mcamane pngunjung nak follow korang..pastu, bila diorang x follow. mula...pk yg bukan2..so, jgnlah guna image sbagai ganti kpada button follow anda...sbb, kalau korang guna yang original je..diorang da tau yang dkat situ tmpat follow. so, x de masalah la kan..letakkan je gadget followers ni dkat bwah shoutbox..nnt snang lah kan. lpas org bace entry, da shout..trus je follow dkat bwah tu..x de la nak merayau2 cari butang follow yang agak kreatif tu..
3) Shoutbox
  • Beralih plak kat shoutbox...aku bukan ape..kalau aku bw dkat blog2 nih..kadang-kadang ade blog yg guna shoutbox float. ok, tp..float shoutbox die tu.. tlampau bwah...aku nak tulis utk tinggal jejak pun x leh..korang faham-fahamlah kan..bila da jadi gitu..mungkin ke die datang lagi nak try shoutbox korang tu? adjust la width dgn height tu btol2.. atau.. kalau susah sangat. guna jelah yg biasa...ingat, shoutbox dgn blogger baru mcm kita ni mmg da jadi mcm isi dengan kulit.. jangan pulak nnt bising-bising orang x nak singgah blog korang..
  • Lagi 1, kalau nak letak shoutbox tu.. jgn laa letak dkat bawaaaahh sebawaah bawaaah nya. letak je la dkat atas.snang orang nmpak. korang ingat blogger ni rajin ke nak scroll ke bawah2 tu -.-" . seeloknya diletakkan di sidebar menggunakan width 100%..senang..kan? .korang x payah la nak buat navigation bar plak kat atas tu..utk ke shoutbox..org x suka kot..elok2 tgh baca entry..tetiba da  pergi ke page laen. trus x jadi nak drop comment..
4)Comment
  • Pasal comment ni pun sama je..korang tau x most favourite comment box yang mane?.. of coz la pop-up window comment tu... so, bagi sesiapa yg tak tukar lagi tu..tukar laa...senang je.. x susah..ikut step di bawah
Settings>Comments>

ok, bila dah smpai je dkat comment tu.. terus checked in box pop-up window..pop-up window ni lebih mesra pembaca la ..orang pun senang nak komen. sbb, dia terus bukak tab laen dan x ganggu link yang sedia ada . tp, andai kata korang ambil yang full view..die gune link yg tu..x new tab. sbb tu aku lebih syorkan kat korang supaya guna pop-up ni je..

5)Membezakan widget keperluan dengan kemahuan
  • okay blogger2. dalam isu ni. anda perlu bijak membuat pilihan..tolong la meminimumkan widget anda dan pilihlah yang betul-betul anda rasa perlu......bukan lah ape kan..sbb, kdg2 aku masuk blog tu.. macam2 widget ade...smpai nak load blog pun gila lambat kot!..lagi skali aku ulang, kalau nak ikut slera kita ni mmg la nak yg lawa2 semua, tp kna jgak fikir orang yang line internet die tu x seberapa..cukuplah hanya pamerkan yang perlu...
Actuallly banyak lagi aku nak tulis. tapi, aku rase cam da panjang kot. karang panjang lagi kang korang bukan baca pun. buat sakit tangan aku je tulis. apa-apa pun, pilihan kat tangan korang lha.. aku pun bloggers baru mcam korang jugak..cume nak tlong sesama ita je =).biar la kita ade semangat skit nak berblogging bila orang asyik dtg kat blog kita je kan?..oleh itu, jgnlah kita cepat membuat kesimpulan thadap orang lain. maksud aku disini. janganlah korang membenci seseorang (blogger) sbb diorang x dtg blog korang ..padahal, korang sndiri la puncanya diorang x datang blog korang...ok lah, selamat berbelogging ye semua

p/s : sama-sama kita maju bsama =P.Entry yg busan sbb x byk gambar .hihi

Sunday, January 23, 2011

5 Sebab Kenapa Blog Anda Lambat Load



Assalamualaikum..Post kali ni aku nak tanya korang..kenapa blog korang berat?? korang tau x knapa blog korang berat? ok, kat sini aku nak list kan certain things yang boleh memberatkan blog korang dan skaligus nak load pun lama gilaa .so, diorang singgah kejap je blog korang dan akn menjejaskan traffic anda.. fuhh.. Antranya ialah ,

1) Penggunaan javascript yang terlalu banyak boleh membuatkan blog korang berat. Perkara yang menggunakan java script adalah seperti welcome widget tu.. pastu shoutbox..ttapi, dalam kes ni..shoutbox kita x perlu amik kira dlu..sbb, penggunaan shoutbox dgn blog ibarat aur dgn tebing lah bg aku..lagi, widget laen pulak macam traffic feedjit tu..lpastu yang korang ambik2 dari adiwidget tu...mmg la style tp, korang telah memberatkan blog korang tau..oleh itu, kurangkanlah dan buangkanlah widget-widget yang dirasakan tidak diperlukan dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada blog. yelah. mudarat lah kan? bila da obesity. hehe =P

2) Saiz banner yang besar.. wahh, pernah x korang tau saiz banner yang besar mampu melembapkan proses blog untuk loading? pandai-pandai la memilih saiz yang sesuai utk blog anda.. mcam aku.. mmg saiz banner aku besar. aku akui tu. hehe. tapi, aku menggunakan jquery untuk mempercepatkan proses load gmbar bila korang scrolling ke bawah..korang nak jugak? jom ikut step ni..

Step 1 > Pergi dkat Page Element.
Step 2 > Then, ambil add gadget dkat sidebar tu..dan pilih html/java
Step 3 > Paste code di bawah dkat box tu




Kalau korang nak tau..Jquery ni..die ade fade style.. lawa.. la. ssuai untuk blog. ;)

3) Template blog.. ok, bab template blog ni.. aku rase x payah la korang nak guna yang gerak-gerak bagai. sbb, aku ade bukak blog mane tah smlam .gune template gerak2 tu.. korang tau x? template tu gerak punya lahh lama..tpi entry x muncul2.. so, aku pangkah je la. sorry2..see? pemilihan template main peranan kat sini. x yah la nak pilih yang gerak2. yang x gerak ni pun banyak je yg lawa-lawa

4) Lagu dalam blog? ye! lagu dalam blog. please.. x yah la taruk lagu dalam blog korang.. korang tau x. mostly 96% blogger semua x suka blog-blog yg pasang lagu scara auto play ni.. sbb, yela kan. dah la berat nak loading.. pastu, kalau bkak blog laen lagi.. dah jadi bertindih2 dah lagu.. not nice to hear la.. org tgh syok baca entry..tetibe je ade 3 lagu bercampur. pehh. korang bayangkan lah camne. macamane la aku nak drop comment kat entry die. aduii..

5) Penggunaan gmbar gerak2 atau .korang tau x .. gambar yg berformat GIF yang boleh gerak2 nih.. masa untuk load die lebih lama berbanding format PNG dan format JPEG. aku rase. pempuan la yang banyak guna gmbar gerak2 nih.. hehe..

Berikut ada 5 perkara yang boleh memberatkan blog korang. aku ingat nak tambah lagi. tp malas lahh.kang panjang berjela pulak org taknak baca kan. so, ckuplah stakat ini . At least ada la aku gunakan blog aku untuk perkongsian dgn orang ramai..

Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat

click banner untuk ke blog JT

ok, tadi aku dah buat utk bloglist. skarang untuk follower review plak.. aa.. jam menunjukkan 4.03 AM! aku kna tido cpat ni.. ni last entry aku kene publish.. cpat2 perah idea nak kasi kat JT nih. hehe..bro, aku ckap kat ko. blog ko mmg best sbb ko dah la terhangat..pastu aku masuk situ pun aku terasa bahang2 entry ngko. haha.. pastu lagi aku listkan di bawah.,

1)Entry.. aku suke entry ko yg pasal ape tuhh.. yang pasal ni.. lagenda budak setan versi JT tu. haha. mmg lawak. pastu, dgn ade lagu nye kat atas tu. sng cite.. mmg mood ko nak smpaikan kat pembaca mmg smpai la ke jiwa aku *clap clap*.

2)Aku suke ke blog ko utk mengetahui isu-isu bloggers semasa. haha, macam aritu.. masa isu SK kna ktuk dgn Ju-on tu.. time tu pun aku da stat da usha-usha blog ko..kalau x mmg aku x tau ape-ape pon lah kot psal nih..psal shoutbox , penipuan shoutbox. sume aku tau dari blog ko, pastu baru drpd blog Pendekar Berkuda. senang cite, blog ko mmg up-to-date la..

3)Lagi 1, bila aku baca entry-entry ko yg reverse psychology eh? hehe.. mmg aku suka la!. aku x mampu kot bro nak dpat idea mcam ko kupaskan setiap satu isi-isi cam tu. haha..syabas bro. keep it up =)

p/s : selamat pagi! ngantuk. tido dluu. yawwnn :)

Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat.


klik banner utk ke page Jejaka Terhangat

2 Benda yang special kat blog aku ialahh.. *ehh, tapi aku rase cam tadek je plak.haha*

- Blog aku ade meebo.. sp yg x de tu. bleh la chat kat blog aku. best kan? hehee.

- Blog aku ni snang la jgak nak load. cume 84kb je. ringan kan? so, x de masalah kalau korang nak terjah menerjah ni.. kan kan?

2 benda yang best kat blog ko

- Aku suka gaya penulisan ko. kadang2 agak terkesima aku apabila membaca entry2 ko..

- Stiap kali kalo aku singgah kat blog-blog orang. aku tgk ko punye komen.. mesti komen yg membina.. *eh, ni tmasuk kat blog ke? *

- Best sbb blog ko putih, simple dan sangat ringan! sng nak masuk . suka2. =)

aku nak tag :
1) http://sembil9n.blogspot.com
2)http://aboy93.blogspot.com

Saturday, January 22, 2011

Bloggers Chat Room Menghubungkan Sesama Blogger


jom kita borak2 di room meebo bloggers room! hehe, ehh..ape aku nih. stat2 trus ajak org borak2. haha. aduih, ok.camni...korang nak tau x ape kelbihan chatroom meebo nih? jom kta tengok jom..


Apa yang bagusnya meebo chatroom ni??
  • Boleh mengurangkan spam
  • berchat sesama blogger dari blog masing2
  • Boleh tahu blogger yang tengah online kat blog masing2.
  • Link url blog masih boleh dipromote kat situ..
  • Boleh private mesej/p2p antara dua blogger..

Adakah point tu tak cukup lagi membuktikan benda ni sangat berguna? para hadirin yang saya hormati sekalian. tidak payah la bersusah payah anda semua untuk pergi register ke sana ke mari lagi. Just copy je embed chatroom yang ada. Warna chatroom tidak boleh ditukar dan telah rasminya menggunakan warna kelabu . 

Hanya size saja yang boleh ditukar mengikut kadar size sidebar masing2. chatroom ni di monitor oleh Jejaka Terhangat. Jemput semuaa bagi memeriahkan lagi majlis ye! hehe..



p/s: aku ade plagiat skit ayat2 daripada Jejaka Terhangat


trimalah banner yg x seberapa ini hasil sumbangan aku :P



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...