Tuesday, January 4, 2011

Ahlul Bait : Syed dan Sharifah


Tajuk yang aku nak bangkitkan pada post kali ini ialah tentang keturunan Syed & Sharifah..haha, bukan ape..
aku google td.. nampak macam2 pandangan la pasal ni...so, ape salahnya kalau share2 kan? skurang-kurang nye ..korang tau la serba sikit.. mane yg x tau tu.. kan kan?

Di Malaysia, orang yang keturunannya berasal dari Rasulullah s.a.w dikenali dengan panggilan Syed bagi perempuan dan Syarifah bagi lelaki. Di negara Arab pula mereka dikenali dengan panggilan Syarif. Syarif maksudnya yang mulia. Panggilan ini mungkin kerana menghormati baginda s.a.w. Rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. membuatkan keturunannya juga dipanggil dengan panggilan 'yang mulia'.
Nak tau lagi? teruskan membaca yekk!
korang perasan x ..kalau syed ngan sharifah ni.. mesti ada Al- yahya , Al-hindwan , Al-Juffry, Al-Habshi , Al-barakbah , banyak lagi Al la.. tu namanya salasilah dan nasab.. kiranya macam keturunan laa. for example, aku punye nenek Al-hindwan tok aku plak Al-yahya.. So, automatically.. ayah aku Al-Yahya la.. aku tak tau la nak terangkan cara pembahagian nasab dgn salasilah ni macamane..mybe ikut belah laki la kot...sebab, nasab die byk sangat...

Lepas tu, ape soalan yg menjadi satu kemestian yg slalu diajukan kpd aku .. ialah..
"wehh, ko Syed.. nanti ko mesti kena kahwin dengan org Sharifah ke??"
"Sharifah kalau dia nak kahwin dengan orang biasa bolehh??"

Sebenarnya...soal kahwin ni.. simple je...orang yg ade name Syed..boleh je kalau die nak kahwin dengan org yg tak bkturunan yg sama...tp, kalau org tu Sharifah..digalakkan untuk dia berkahwin dengan org yg sama keturunan dgnnya...sbb, kalau dia kahwin dengan orang yg tidak berketurunan yang sama dengannya...zuriat yang bakal dilahirkan tidak boleh diletak dengan nama "Syed dan Sharifah" dipangkal-NYA..sebab tu kalau korang perasan.. kalau org sharifah je msti kahwin dengan Syed.. itu bertujuan untuk menjaga keturunan, supaya meluas lagi la Keturunan Syed Sharifah ni..tp, masa time dulu2.. org mmg berpegang betul la dengan perkahwinan diantara Syed dan Sharifah.. malahan, ade diantara mereka yg memaksa anaknya untuk berkahwin dengan keturunan yang sama..bila tidak dituruti, ada yg menyisihkan anaknya sendiri.. tapi, sekarang ni aku rase da x brape kuat da kot... ntah aa, aku pun x tau nak ckap macamane..


soalan ini dipetik daripada laman http://wacanailmuan.blogspot.com/




Soalan: Apa hukumnya seorang yang berketurunan nabi s.a.w. berkahwin dengan orang tidak berpangkat Syed atau Syarifah?


 Dalam isu ini para ulamak terbahagi kepada beberapa kumpulan:
1-Tidak ada kufu' kecuali dalam agama. Orang Islam boleh berkahwin sesama mereka tanpa sekatan kecuali orang yang telah dihukum kerana kesalahan zina dia tidak layak berkahwin dengan orang tidak berzina

2-Kafaah wujud bagi orang Arab sahaja, ini kerana persoalan kufu' dibincangkan oleh orang Arab, mereka beranggapan orang Arab Quraish tidak sekufu' dengan Bani Hashim dan orang Arab biasa tidak sekufu' dengan keturunan Arab Quraish.

3-Menganggap kufu' juga berlaku dalam orang Arab atau bukan Arab.

Persoalannya ialah apakah kafaah hanya pada keturunan atau juga wujud dalam kedudukan sosial. Apakah tidak setaraf seorang yang miskin untuk berkahwin dengan orang kaya. Orang yang berketurunan bangsawan dan orang yang tidak bangsawan.

Asas pertama ulamak yang mensyaratkan kafaah ialah hadis riwayat al Hakim daripada Ibnu Umar: Sabda Rasulullah: Arab antara mereka sekufu' antara kabilah dengan kabilah antara kampung dan kampung.

Namun demikian hadis ini dihukumkan daif (lemah dan tidak boleh dijadikan hujah) oleh Ibnu Abi Hatim, al Daraqutni dan Ibnu Abdil Bar.

Banyak hujah yang menunjukkan 'kafaah' tidak dikira dalam harta dan keturuna tetapi dikira dalam ilmu dan akhlak. Antara peristiwa penting ialah Rasulullah mengahwinkan anaknya kepada Othman bin Affan dan Umar al Khattab.

Selain itu banyak nas yang menyeru kearah persamaan sesama muslim antaranya Firman Allah yang bermaksud 'Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara' Dan terdapat ayat-ayat lain dengan banyaknya.




Aku jugak nak sentuh comment yang dibangkitkan oleh http://syauqani.blogspot.com/ di laman

aku rase orang-orang syed dgn syarifah ni diorang xpham agama sebenarnya....

dalam islam pun memang tade beza antara sesama manusia melainkan taqwa....

bila dah fanatik...yang salah jadi betul..yang betul jadi salah..ni la masyarakat yang xnk dalami ilmu agama....yang adat dikata agama.... 

abg, bukan diorang x faham agama..tp, adat..diorang tak bezakan pun sesama manusia.. cume diorang menurut adat yang menyuruh mereka utk memperluaskan keturunan mereka melalui perkahwinan.. salah ke?? mmg la tiada beza antara sesama manusia melainkan taqwa..adakah kami di sini membezakan sesama manusia?? tidak bukan? sy rasa teguran abg yg menyatakan "masyarakat yang xnk dalami ilmu agama" agak melampau laa...

sudah sudahhh... aku nak bercakap panjang dalam hal ni pun aku x faham sangat. so, better,, aku gi bace dan buat rujukan berhari2 dkat forum2 diorang nih....haiya.. pening2..yang penting.. kna ingat.. kemuliaan manusia disisi Allah adalah kerana ibadat dan ketakwaan nya kepada Allah. bukan KETURUNAN! ..tiada apa yg membezakan sesama manusia melainkan amalannya kpd Allah..

bangga sama dia! ;)

28 comments:

Syarifah AlbenYahya said...

Orang yang belagak faham mesti akan cakap "Manusia sume xde beza melainkan taqwa". Tapi "At-Taqwa 3indAllah" - Taqwa tu nt Allah yang claimed si A,B, D orang yang taqwa. So yang korang cakap -- manusie sume same, yg mmbezakan hanya taqwa - ini ape? Korang tau ke sape taqwa sape x?

so ape yg mmbezakan Zuriaturrasul (syed,syarifah) dengan yang lain?
Contoh mudah la, Ayam dengan babi darah same merah, tapi apasal babi haram dimakan? Sebab Allah perintahkan begitu, dan ade la sebab kenape ia xdibolehkan (byk mudharat kalu mkn).

So same la jugak, Kenape Syed n Syarifah perlu cari sesama bangsa/keturunan? Sbb Rasulullah sendri ajar kite nak cr pasangan lihat pada 4perkara, ape dia? Agama, Keturunan, Harta, dan rupa paras.

So kalu ini apa yang Rasulullah ajar, bukan ke same juga dengan apa yang Allah suruh kite wat?
Si syed haruslah cr yang sesama bangsa. Menjaga keturunan tu pahala ape, kalu meramaikan anak itu pahala, meramaikan keturunan Rasul itu pahala jugalah. Xbegitu?
Wallahu A3lamu Bissawab...

Untuk tuan tanah, anda syed kan...Jagala keturunan. Kenapa harus cr isteri syarifah? sebab mostly non-syarifah ni dorg xfaham haQ2 menjaga keturunan rasul dan kenape perlu dijaga. Yang mendidik anak2 tu nanti adalah ibunya, kalu ibu xfaham...Habislah anak2 sume xfaham. Maka terbiarlah segala tanggungjawab menjaga keturunan oleh anak2 awak nanti.

And terkeluarlah Ayat "manusie sume same kecuali yg bertaqwa" oleh keturunan awak sndri.
BUkan nak belagak ngn org lain, tapi kite cume jaga keturunan. Orang nak kate biarlah kerana mereka tak faham. gaduh pon xgune.

SyedGraphix Dot Com said...

btul2... thx for ther explaination. sy pun blur ni.

MadhiMardhiah said...

suka post kali ni. sy pun dtanya pasal tu dr dulu lg. and yet, sy jwb, entah laa.nanti la buat research. thx!

SyedGraphix Dot Com said...

haha..u're wlcome

hahazirahas said...

"Di Malaysia, orang yang keturunannya berasal dari Rasulullah s.a.w dikenali dengan panggilan Syed bagi perempuan dan Syarifah bagi lelaki."

knape syed prempuan, shrifah lelaki? ko slh taip ke atau mmg mcm tu? konpius jap. ngeh3~ :P

SyedGraphix Dot Com said...

ops..typing error. sila abaikan. hahaa

kpah k-poh Sharifahnor said...

dah ditakdirkan oleh Allah..mana2 pun jodoh. elok juga kalau syarifah tu kawin dgn syed sbb nanti anaknya boleh ler bawak nama syed tu..Tapi syed tu.. kawen dgn org biasa..nama syed tu tetap anak dia boleh bawak kan...[ oppsss..akak bukan keturunan]

AtoKSemPoi said...

nice info bro..keep on ok. now aku pun ade 2 keturunan, satu belah ayah aku SYed Al-Idrus dan satu belah mak aku kerabat raja kelantan. Salam Kenalan bro.
:D

SyedGraphix Dot Com said...

sharifah : hehhe. btol2

SyedGraphix Dot Com said...

atok : wahhh, anak raje. hehe

Anonymous said...

@Syarifah AlbenYahya
betul.....sgt setuju...dulu sy pon pelik kenapa parent sy sgt strict pasal perkahwinan syed n syarifah..di sbbkan x puas hati,sy cri sendiri..sy terjumpe hadith dlm blog sum1..
1) Telah bersabda Nabi saw : ” Aku melaknat enam golongan yang mana Allah
swt dan seluruh para nabi jua melaknatnya iaitu : Orang yang
menambah-nambah dalam agama, orang yang mendustakan takdir (ketentuan)
Allah, orang yang berkuasa dengan kejam menghina orang yang dimulikan
Allah dan memuliakan orang yang Allah hinakanny., orang yang
meninggalkan sunnahku, orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan,
dan orang yang menghalalalkan apa-apa yang Allah haramkan mengenai
keturunanku” – HR. Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Ad-Dailami, Al-Khatib dan
Kitab Al-Jami’.


2) Nabi saw bersabda : ” Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku” – HR. Imam Dailami


3)
Sabdanya lagi: ” Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku
melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang
mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan
barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt”
– HR. Assabus Sunan


4)” Syurga diharamkan Allah bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahli
baitku (ahli keluarga Nabi saw) dan menggangguku melalui keturunanku”
– HR Imam Ahmad


5)” Sesungguhnya kalian akan diuji mengenai urusan yang ada kait-mengait
dengan ahli keluargaku (Ahlul Bait), sesudah peninggalanku nanti.” – HR
Imam Tabrani dlm Al-jami’ul Kabir dari Imarah Ibnu Yahya ibnu Khalid
dari ‘Arafathah RA

6) hadith dari Sayidina Umar bin Alkhattab r.a. katanya: “Aku akan melarang wanita2 dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki2 yang setaraf dengannya” (Driwayatkan oleh Daraqutni)


7) Riwayat Salman al-Farisi:
نهانا رسول الله أن نتقدم أمامكم أو ننكح نساءكم
“Sesungguhnya Rasulullah telah melarang kami untuk memimpin (mengimami) kamu atau menikahi wanita-wanita kamu.” (Yakni melarang lelaki non arab menikahi perempuan arab)


8) Dalam kitab Makarim al-Akhlaq terdapat hadits yang berbunyi:
إنما انا بشر مثلكم أتزوّج فيكم وأزوّجكم إلا فاطمة فإن تزويجها نزل من السّماء , ونظر رسول الله إلى أولاد علي وجعفر فقال بناتنا لبنينا وبنونا لبناتنا
“Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian, kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasulullah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja’far, dan beliau berkata : Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak laki kami hanya menikah dengan anak-anak perempuan kami”.


9) Hadits-hadits lain yang menjadi dasar pelaksanaan kafa’ah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Al-Hakim dan Rafi’i:
فإنهم عترتي, خلقوا من طينتي ورزقوا فهمي و علمي, فويل للمكذّبين بفضلهم من أمتي القاطعين منهم صلتي لا أنزلهم الله شفاعتي
“…maka mereka itu keturunanku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikaruniai pengertian serta pengetahuannku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa’atku

semoga berguna.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Bapa saya, datuk nenek moyang saya, semuanya 'syed'.. semua dari bumi Arab.. tapi apa yang boleh saya katakan tentang syed mesti nikah dgn sharifah dan begitu juga sebaliknya adalah "sesat"..
harap golongan syed/ sharifah yang ada tidak menghina Nabi Muhammad s.a.w dgn perkara karut sebegini. Berkenaan hadis2 yg berkaitan yg dijadikan sokongon, mungkin perlu belajar ilmu hadis lebih mendalam supaya lebih mengetahui tentang hadis sahih & palsu.. hadis palsu yg dibuat bagi menegakkan prinsip syed mesti nikah sharifah.
tiada salah syed nikah sharifah, tapi jgn sampai mengharamkannya dgn menggunakan nama Nabi Muhammad s.a.w. Yang paling penting akhlak nabi jadi amalan, tapi berapa ramai syed/sharifah tp akhlak memalukan Nabi.
Wallahulam.

Anonymous said...

perintah jaga keturunan pun korang tak boleh buat,

cam mana nak jaga sunnah2 yang lain

bukalah mata dan hati

Anonymous said...

kenapa anda berkata sesat begitu mudah...atau anda yang telah menyesatkan orang...apakah anda pikir anda sudah membaca begitu jelas hadis soheh???ish3...menghukum orang...y kalian hukum itu siapa???darah dan pemikiran siapa???adakah anda yakin anda bertaqwa tetapi menidakkan Nubuwwah dalam bahasa anda...kenal diri rata kenal tuhan biar nyata...baru kenal erti taqwa dalam bahasa dan dalam cahaya....maaaffff atas segalanya...aku menyintai kalian Aal Muhammad...Allahumasolli ala Muhammad wa'ala Aali Muhammad...anda ucap selalu tika sembahyang jgn pula benci luar solatmu...

kalo hadis yang begitu banyak kate palsu juga walaupun sudah jelas dr sanadnya...mm...ok...fine...bagaimana pula dengan ayat2 firman Allah...boleh semak yaa...sama2 kita blajar...Al-Ahzab 30-34 Al-Baqarah 124 Al-An'am 84-86 Aali-Imran 61 Asy-Syura 23 dan banyak lagi

melalui imam 4 mengikut mazhab syafie dan mazhab hanbali adalah tidak terputus nasabnya jika perkahwinan syarifah dengan non-syed

tetapi mengikut mazhab hanafi akan terputus nasab jika perkahwinan syarifah dengan bukan syed...

Saidina Hussein mengahwini puteri Raja Parsi bernama Shah Zinan binti Yazdagrid dan melahirkan seorang imam masyur iaitu Ali Zainal Abidin...yang dikenalai sebagai 'ketua ahli zuhud di syurga'...moyang kesemua keturunan Al-Hussien di dunia...

Anonymous said...

ahlul bait pon klu akhlak barai pon xde mulia la.. bongok! - al bukhari

Unknown said...

sekarang ni kita bukan bercakap ahlul bait yg perangai x elok.. kita ketepikan perangai x elok sesama ahlul bait atau org ahwal.
Kami menjaga keturunan bukan sebab sombong, tidak pula memandang rendah orang lain. Kalau kamu tidak setuju, itu masalah kamu, tak suka? Diamkan saja. Yg penting kami happy dgn life kami skrg. Kami anggap semua sama, kalau Allah s.w.t memberi syaffat kepada kami, itu urusan Allah. Bukan urusan kami atau kamu, Faham tak? Kalau kamu tak puas hati, pegi la marah Allah, tengok kamu kn bala atau x..
Kamu igt ea, kalau kami nak cari sesama keturunan kami, itu urusan kami, xder nak mintak duit dgn kamu nk buat hantaran satu sen pon.
Yg penting kami hormati keturunan lain, dan kami hormati juga mana2 syed/syarifah yg dapat jodoh dgn org biasa..

Al Shahab said...

Salam buat semua. Rasa terharu terhadap komen2 dari golongan ba-alawi juga golongan ajam yang tidak kurang hebatnya. Memang ahlul bait mendapat syafaat tetapi allah taala memang bijak sana dan maha adil jadi barang siapa diantara bangsa ajam yang mengenal akan perjalanan yang di bawa oleh rasulallah tadi maka tarafnya sama setaraf dengan golongan ba-alawi tadi kerana nyawa yang diberi tadi tiada beza antara ahlul bait atau ajam cuma bezanya antara yang mengenal atau buta mati hatinya. Wassalam.

Anonymous said...

sy dari keturunan meor di perak. keturunan meor wujud daripada ank perempuan keturunan syed yg memakai gelaran sharifah/siti berkahwin dengan orang biasa,apabila mendapat zuriat, ank lelaki memakai gelaran meor/mior dan perempuan pula wan/mai....tapi yg sdih nya, kesan dripda perkra ni,ada kalangan saudara sy dari keturunan syed x suke ngan bnda nie....mula tidak bertegur sapa dan berlagak seperti tiada hubungan persauadaraan.....huhu..

Al Shahab said...

Salam buat semua. Tiada yang terbaik buat manusia melainkan mengenal akan agamanya serta tuan yang menciptakannya kerana manusia di lahirkan untuk mencari kembali rahsia yang telah di janjikan sewaktu di alam rahim ibu lagi jadi janganlah kita sesama manusia bertelagah mengenai keturunan kerana ahlul bait telah di janjikan keistimewaan mereka dan apa yang penting adalah mencari kembali janji / sumpah sewaktu di alam rahim mengenai rahsia ketuhanan itu. Wassalam.

Anonymous said...

Saya nk tahu nasab Alyahya,,, please sape2 yg tahu

Deeja said...

Saya pun nak tahu nasab al-yahya

Deeja said...

Saya pun nak tahu nasab al-yahya

Al Shahab said...

Slm kalau na tahu nasab antum sila contact Persatuan Ashraf Malaysia......syukran

Anonymous said...

@Syarifah AlbenYahya
cik kak.. rasulullah saw mmg ajar cr pasangan tgk keturunan.. tp phm kn dulu keturunan tu cemane yg dimaksudkn.. keturunan mst lah yg baik2.. itu maksudnye..

bab syed kene cr syarifah tu sy kurang setuju.. kan jodoh tu ketentuan allah.. atuk sy tak kawin syarifah.. ayah sy pun tak kawin syarifah.. ketentuan allah cik kak!!! kita hanya mmpu rancang.. and insyaallah sy sok pun takkan cr syarifah.. ape ada pd nama?? hanya iman dan takwa yg menjamin syurga..

maaf kalo kate2 sy boleh wat kak skit hati.. tp itu realiti nye.. iman tak dpt diwarisi..

-syed afi

Al Shahab said...

Slm buat semua. Kita tinggalkan bab cerita keturunan nie dan yg penting kita sama-sama menghayati perjalanan yg di bawa oleh rasulallah dan penerus ahlul bait yg ditinggalkannya kerana manusia yg mengikut akan para ahlul bait ini teramatlah sedikit bilangannya dan rugilah manusia yg tidak mengenal sedangkan dia berada di kalangan kamu. Jazakallahu khair.

Anonymous said...

setujuuuuuuuu..

Al Shahab said...

Slm buat semua. Sempena menyambut aidiladha apakah dengan mengeluarkan wang untuk korban lembu@kambing itu yang tersirat atau sebaliknya? Apakah korban sebagai seorang Islam terhadap agamanya? Sama-sama kita fikirkan.

Al Shahab said...

Slm buat semua. Jasad yg suci dari hadas besar dan kecil membolehkan ia sembahyang.Utk ia dirikan solat ia kena sucikan hati dari hawa nafsu mahmumah jika tidak sembahyang yg didirikan hanya dapat penat. Demikianlah halnya manusia mendirikan masjid yg indah2 tetapi masjid yg indah itu hanya bahan binaan semata-mata. Dimana perginya penghuni masjid itu tadi???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...